Saturday, January 22, 2011

INGIN BERNIAGA TAPI TAK MAMPU AMBIL CONSULTANT - Post #23

INGIN BERNIAGA TAPI TAK MAMPU AMBIL BUSINESS CONSULTANT
Apa yang perlu anda lakukan.....


Jika anda ingin berniaga sesuatu jenis perniagaan yang agak complicated dan yang banyak memerlukan sumber maklumat untuk melakukannya, sebaik mungkin ialah dengan mengambil perkhidmatan Consultant Perniagaan yang akan memberikan nasihat serta tunjuk ajar untuk bagaimana merealisasikan sesuatu perniagaan.
Dan selalunya Fee atau Yuran untuk para Consultant perniagaan ini bukan murah tetapi amat berkesan. jika anda kurang berkemampuan untuk menyewa khidmat para Consultant Perniagaan, langkah yang perlu anda ambil ialah Memperhebatkan PENCARIAN MAKLUMAT berkenaan apa yang anda perlu ketahui mengenai perniagaan yang ingin anda lakukan itu melalui PENCARIAN MAKLUMAT DI INTERNET.


Dewasa ini, ada tersedia pelbagai maklumat-maklumat perniagaan yang anda ingin ketahui tersebar luas di dalam Internet.
Anda hanya perlu menaip apakah jenis soalan yang anda kehendaki dan boleh menggunakan bahawa Melayu juga.
Jika sesuatu maklumat itu tidak wujud didalam Bahasa Melayu dan hanya wujud didalam bahasa Inggeris, apa yang perlu anda lakukan ialah menggunakan Language Translator yang sediaada di Internet. Ironinya, anda perlu FAHAM apa yang diterangkan.


Jangan bertanya sebarangan kerana anda akan mendapat jawapam yang kurang tepat kecuali anda bertanya kepada orang yang menjalankan perniagaan yang sama dan telah mantap perniagaan mereka, mungkin mereka boleh memberikan tunjuk ajar semampu mereka.


Ini adalah kelebihan didalam kemajuan dunia siber pada hari ini dimana setiap maklumat hanya dihujung jari anda, anda hanya perlu meluangkan masa untuk mencarinya didalam siber. tetapi anda perlu bijak untuk memilih maklumat yang tepat menurut apa yang anda inginkan.


Begitu juga dengan perkhidmatan Business Consultant, bukan semua diantara ribuan mereka itu bersifat JUJUR dan IKHLAS untuk membantu anda. Anda perlu berhati-hati, jangan terjebak dengan PENIPUAN sebelum menatap ketangga yang pertama..!!!


editor

No comments:

Post a Comment