Saturday, January 22, 2011

OTAK PENIAGA JUJUR vs OTAK PENIAGA PENIPU - Post #27

OTAK PENIAGA JUJUR vs OTAK PENIAGA PENIPU
Apa yang mereka fikirkan......


Kedua-dua jenis mahluk peniaga ini adalah MANUSIA biasa dan memiliki kebolehan yang tersendiri didalam bidang perniagaan, mereka memiliki kebijaksaan untuk bagaimana MERAIH UNTUNG bagi perniagaan mereka.
Mereka juga datang dari pelbagai latar belakang pendidikan, bangsa, agama dan negara tetapi kedua-duanya mempunyai SATU MATLAMAT sahaja iaitu MENCARI UNTUNG.


Tetapi kedua-dua golongan ini hanya berbeza cara berfikir sahaja, dimana Peniaga JUJUR akan berfikir mencari untung melalui pendekatan yang beretika dan tidak cuba menipu masyarakat pelanggan
Berlainan dengan Peniaga PENIPU, mereka akan memusatkan pemikiran untuk mencari jalan untuk bagaimana memperdayakan masyarakat pelanggan dengan mewujudkan skim-skim perniagaan yang cantik dan indah dimata serta sedap didengar oleh telinga.
Jadi bagaimanakah mereka ini bertindak...ikuti seterusnya......


TINDAKKAN PENIAGA JUJUR

  • Mereka tidak mengambil keuntungan yang terlalu banyak
  • Mereka memastikan produk dan perkhidmatan mereka dimampui oleh semua
  • Mereka tidak menggunakan iklan-iklan yang terlalu banyak bahasa
  • Mereka berjual beli secara profesional dan beretika
  • Mereka mengambil berat keperluan masyarakat pelanggan
  • Mereka sering berusaha memperoleh bekalan tanpa putus
  • Mereka menyayangi pelanggan
  • Mereka beranggapan tugas mereka sebagai satu amanah sosial
  • Mereka tidak mementingkan diri sendiri
  • Mereka berjiwa murni walau apa pun agama dan bangsa mereka

TINDAKKAN PENIAGA PENIPU

  • Mereka mahu mengambil keuntungan yang banyak
  • Mereka tidak peduli harga yang mereka tawarkan itu mahal
  • Mereka menggunakan iklan dengan lenggokan bahasa-bahasa yang indah
  • Mereka berjual beli dengan mengenepikan etika profesional
  • Mereka tidak peduli nasib masyarakat pelanggan
  • Mereka sering menggunakan taktik menyorok bahan untuk menaikkan harga
  • Mereka sering memutuskan bekalan bagi tujuan menaikkan harga juga
  • Mereka anggap pelanggan sebagai sasaran atau mangsa
  • Mereka tidak merasa tanggungjawap sosial
  • Mereka sangat mementingkan diri dan golongan mereka sendiri
  • Mereka berjiwa kotor dan sering melanggar undang-undang agama dan negara

RUMUSAN
Sehubungan dengan itu, akan wujudlah pelbagai permasalahan didalam sesebuah negara sehingga setiap negara terpaksa menubuhkan unit-unit pemantauan mereka sendiri bagi membendung anasir-anasir yang mengkocar-kacirkan ekonomi bangsa mereka sendiri.


Dilema ini juga wujud didalam negara ini dimana majoriti besar penduduknya beragama ISLAM, tetapi kerana kerakusan dan ketamakkan mereka tidak memperdulikan lagi HALAL HARAM didalam menjalan perniagaan.
Sehingga ada pihak yang sanggup mempergunakan Bijak Pandai Agama bagi memberi sokongan terhadap perniagaan haram mereka.


Yang TETAP ialah DOSA tetap DOSA dan yang HARAM tetap HARAM


editor

No comments:

Post a Comment