Friday, January 28, 2011

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #4 - Post #48

TIPsNIAGA.COM Posting #48

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #4
Untung Besar Tapi Sikit - Untung Sikit Tapi Banyak....


Topik kali ini berkenaan dengan UNTUNG, dimana TUJUAN sesebuah perniagaan yang ditubuhkan itu ialah untuk mencari UNTUNG...Itu adalah ASAS


Tetapi didalam menentukan halatuju sesebuah pernaigaan, sebagai Pengusaha anda harus berfikir secara realistik dan rasional, jangan terlalu mengejar untuk mendapat UNTUNG BESAR sahaja, kerana sikap sebegini akan memakan diri anda sendiri...Sebabnya?...


UNTUNG BESAR TAPI SIKIT - UNTUK SIKIT TAPI BANYAK...
Ini adalah Tajuk pada Topik dan itu membawa maksud bahawa didalam melakar NILAI atau HARGA jualan sesuatu produk dan perkhidmatan, anda harus melakukan beberapa analisa dan perkiraan.
Contohnya...
Strategi A
Jika sesuatu produk itu anda tetapkan Harga Jualannya RM150 seunit dengan kadar keuntungan RM75 (100% Untung Kasar), berapa Unitkah anda dapat jual kepada pelanggan?..
Kadar Minima dan Maksimanya.
Jika kadar Minima sebanyak 200 Unit dan Maksimanya 500 Unit, 
ini bermakna untuk 200 Unit anda akan berjaya mengumpul RM30,000 dan RM75,000 untuk 500 Unit. 
Dan keuntungannya pula sebanyak RM15,000 bagi 200 Unit dan RM37,500 bagi 500 Unit.
Selepas itu produk itu tidak mendapat permintaan yang menggalakkan lagi.


Strategi B
Jika produk tersebut pula diberi harga RM97.50 seunit dengan kadar Untung hanya 30%, adakah ia dikira Mampu beli/milik untuk semua golongan?, jika jawapan anda YA maka anggaran jumlah pembeli berkemungkinan berlipatkali ganda.
Jika RM97.50 seunit anda dapat menjual 2,000 unit, anda akan dapat mengumpul sebanyak RM195,000 dengan nilai keuntungan kasar sebanyak RM65,000.
Strategi PENILAIAN yang mana satukah anda mahu gunakan?...Sudah tentu Strategi B kerana ia dapat dijual dengan BANYAK dan menjana KEUNTUNGAN yang LEBIH walaupun Margin Keuntungan hanya 30%.
Inilah yang disebut sebagai UNTUNG BESAR TAPI SIKIT - UNTUNG SIKIT TAPI BANYAK


RUMUSAN
Oleh kerana itu didalam meletakkan sesuatu NILAI atau HARGA JUALAN, anda harus bersifat pesimistik dan yakin yang produk yang anda pasarkan itu akan mendapat sambutan ramai berdasarkan Nilai-Nilai Pembuatannya. Jika perasaan itu telah anda RASAI, maka anda jangan awal-awal lagi "membunuh" peluang untuk menjualnya dengan kadar yang banyak dengan meletakkan Harga Jualan yang tidak mampu milik/beli.


Inilah yang banyak berlaku dimana-mana sahaja terutama apabila dilanda oleh kenaikan harga bahan mentah seperti minyak petrol, gas memasak, bahan asas seperti gula, tepung, ayam, daging dan lain-lain lagi...Dengan kenaikan barangan tersebut, ramai yang meletakkan harga yang tidak munasabah (tertalu tinggi)
Tetapi impaknya ialah anda akan kekurangan pelanggan pada akhirnya. jika ini berlaku maka pungutan harian anda akan terjejas.
Sepatutnya, kenaikan tersebut haruslah diparas yang paling minima, jika anda pasti pelanggan anda ramai maka dengan kenaikan yang minima anda akan maseh mendapat pulangan yang lebih jika dibandingkan dengan kehilangan pelanggan.


Contoh...
Sebuah Kedai Makan yang sering menjual Nasi Ayam Goreng dengan harga RM4.50 sepinggan, tiba-tiba apabila harga ayam naik dari harga RM6.50 sekilo kepada RM7.00 sekilo, Kedai makan itu terus menaikkan harga jualan Nasi Ayam Gorengnya dengan harga RM5.00 sepinggan!
Dengan harapan untuk menyerap kenaikan harga Ayam dan gas memasak, tetapi pelanggan juga pandai membuat kira-kira, mereka akan berfikir, jika daging ayam mentah naik RM0.50 sen sekilo, kenapa pula Nasi Ayam Goreng yang hanya menggunakan beberapa GRAM daging ayam naik harga sampai RM0.50 sen???
Jadi, ini satu langkah yang kurang bijak daripada pihak peniaga dan langkah ini jugalah yang membuat pelanggan tetap mereka mencari alternatif di kedai-kedai yang lain.


Ada satu peribahasa daripada Billionaire terkenal..katanya.....
"Hanya seorang sahaja didunia ini yang boleh memecat seorang CEO syarikat hingga ke tukang kebunnya, dan orang itu adalah PELANGGAN!....Dengan pergi ke tempat lain untuk melanggan, anda telah mereka PECAT!!!"....begitulah maksud peribahasa tersebut.


editor

No comments:

Post a Comment