Wednesday, January 19, 2011

3 KUNCI KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN - Post #10

RAHSIA PERNIAGAAN - 1


3 KUNCI KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN
Berikut adalah 3 perkara utama yang harus ada pada setiap usahawan jika ingin berjaya didalam setiap usaha yang ingin dijalankan dalam bidang-bidang perniagaan.
  1. MATLAMAT atau HALATUJU
  2. KEPUTUSAN YANG DIBUAT
  3. TINDAKKAN YANG DIAMBIL
MATLAMAT

  • Didalam setiap pelan Perancangan Perniagaan, perkara terpenting untuk memulakan sesuatu jenis perniagaan itu ialah APAKAH MATLAMAT atau HALATUJU perniagaan yang anda rancang untuk ditubuhkan itu.
  • Melalui MATLAMAT yang telah dilakar itulah perancangan-perancangan selanjutnya muncul dan di cipta serta dikemaskini, dimana ianya akan digunapakai sebagai LANDASAN segala PENTADBIRAN dan PENGURUSAN perniagaan tersebut.
  • MATLAMAT Perniagaan harus wujud samaada untuk perniagaan kecil mahupun yang berskala besar, dan matlamat tersebut harus dijadikan sebagai wadah atau halatuju bagi semua kakitangan syarikat didalam menjalankan setiap peranan mereka didalam organisasi yang ditubuhkan. ianya harus dikongsi daripada pengerusi hingga lah kepada si tukang kebun.
  • Gagal untuk menyemat matlamat atau halatuju syarikat kepada kakitangan akan melemahkan pertumbuhan kemajuan syarikat itu sendiri.
KEPUTUSAN YANG DIBUAT

  • Seorang Usahawan atau pemilik syarikat yang memegang peranan sebagai Pengerusi atau Pengarah Urusan yang berkuasa mutalak untuk membuat sebarang keputusan muktamat bagi pihak syarikat HARUS dapat bertindak dan membuat keputusan-keputusan yang TEPAT, yang BETUL didalam keadaan yang genting atau mencabar.
  • Jika mereka gagal untuk membuat keputusan-keputusan yang TEPAT dan BETUL dalam masa yang tertekan dan singkat, perniagaan yang mereka pimpin akan menemui banyak kerugian dan kegagalan.
TINDAKKAN YANG DIAMBIL

  • Jika seseorang Usahawan itu dapat bertindak dan melakukan sesuatu keputusan didalam keadaan yang getir, mereka tidak akan dapat membuat sesuatu keputusan untuk keluar daripada sesuatu masaalah yang dihadapai didlam syarikat dan keadaan itu akan membuat syarikat tersebut hilang DAYA SAING dan terus kerugian
  • Oleh itu, setiap KEPUTUSAN harus diSEGERAkan dengan TINDAKKAN susulan bagi mengatasi sesuatu masaalah.
  • Kerana itu didalam setiap diri seorang Usahawan harus ada inisiatif sendiri dan berupaya melakukan sesuatu dengan tegas dan berani menghadapi risiko, juga harus bijak menganalisa sesuatu hal dengan pantas.
KESIMPULAN
Jika anda maseh belum yakin memiliki ketiga-tiga perkara diatas, anda perlu melakukan sesuatu bagi menambah pengetahuan didalam mentadbir sesuatu perniagaan.

editor

No comments:

Post a Comment