Wednesday, January 19, 2011

TipsNiaga No.1 - RESTORAN - Post #7

RESTORAN
Nama Restoran - Penjenamaan


PENJENAMAAN
Perkara ini juga harus dimasukkan didalam Pelan Perancangan anda, kerana NAMA RESTORAN askan memainkan peranan sama penting untuk dikenali dan dikenali oleh orang ramai dan pelanggan-pelanggan anda.


Nama atas nama tempat / lokasi

  • Ada pengusaha restoran selesa untuk menggunakan nama-nama tempat atau lokasi restoran mereka ditempatkan, ini sebagai tanda atau kemudahan untuk diingati oleh orang ramai.
  • lebih-lebih lagi jika lokasi atau kawasan yang anda tempatkan restoran itu adalah kawasan yang terkenal seperti nama Bukit Bintang..KLCC..CHOW KIT dan sebagainya.
  • Contoh, jika nama restoran anda itu berbunyi "Bukit Bintang Restaurant"..secara amnya, jika seseorang menyebut atau ingin pergi ke kawasan Bukit Bintang, mereka akan "teringat" restoran anda.
  • Jika Menu-Menu anda menarik dan sedap, sudah tentu mereka akan berkunjung ke restoran anda didalam lawatan mereka ke kawasan Bukit Bintang yang sebenarnya atas urusan yang lain.

Nama atas nama Menu

  • Ada juga yang menamakan nama restoran mereka dari salah satu menu-menu utama mereka, kerana itulah "Killer Menu" restoran mereka, seperti "Bukit Bintang Chicken Rice Restoran"
  • Strategi seperti ini harus diambil kira kerana ia akan menyumbang kepada pertumbuhan pelanggan dan mudah diingati.

Nama atas nama sendiri

  • Ada juga pemilik restoran yang menggunakan nama mereka sendiri samaada mereka belum dikenali ataupun yang sudah dikenali ramai.
  • Penggunaan nama sendiri dilihat sebagai PENJENAMAAN yang MUTLAK terhadap Menu-Menu yang dijual kepada pelanggan.
  • Perkara ini sering dilakukan oleh orang-orang yang MENCIPTA atau MEMPELOPORI sesuatu Menu dan mahu HAKMILIK PENMJENAAM Menu tersebut kekal atas nama mereka.

Penjenamaan seperti ini ada yang berjaya dan ada juga yang gagal untuk dikenali ramai atas pelbagai sebab.

Menggunakan Nama-Nama UNIK


  • Ada juga menggunakan nama-nama yang unik dan jarang digunakan sebagai strategi untuk menarik perhatian orang ramai.
  • Tetapi harus mengelakkan menggunakan nama-nama atau jenama yang sudah terkenal seperti McDonald...KFC., jika itu yang anda lakukan...anda mengundang masaalah perundangan..!!!

Ikutilah selanjutnya....


EDITOR

No comments:

Post a Comment