Thursday, January 27, 2011

PERJAWATAN PEMASARAN & PENJUALAN - Post #41

TIPsNIAGA.COM Posting #41

PERJAWATAN PEMASARAN & PENJUALAN
Definasi Tugas & Tanggungjawap.....


Melaui Posting #40 kita telah mengetahui serba sedikit mengenai Definasi mengenai Jabatan Pemasaran & Penjualan melalui Fungsi-Fungsinya dan kini saya mengajak anda untuk mendekati dengan lebih dekat berkenaan  Penjawat kedua-dua Jawatan tersebut agar lainya akan lebih jelas didalam fikiran anda serta akan dapat melakar Strategi yang sesuai serta akan dapat mengawal dan memperkemaskan pergerakan perniagaan anda.


JAWATAN PEMASARAN 
Didalam kategori ini Jawwatan dibahagian Pemasaran memiliki pelbagai NAMA dan penjenamaan tersebut untuk disesuaikan dengan imej sesuai Organisasi atau syarikat seperti:-
  • Marketing Person
  • Marketing Officer
  • Marketing Representative
  • Marketing Agent
  • Marketing Executive
ATAU
  • Outsourcing Officer / Executive
Business Development Officer/Representative/Executive dan banyak lagi nama-nama.
Tetapi kesemuanya akan berfungsi dengan tugas-tigas dan tanggungjawap untuk mencari dan membina peluang-peluang pemasaran di tempat-tempat, kawasan-kawasan, daerah-daerah, negeri-negeri dan negara-negara SASARAN dengan TUJUAN meluaskan pengedaran sesuatu produk untuk tujuan JUALAN
Setelah mereka dapat memasuki sesuatu tempat, kawasan, daerah, negeri, negara dan dapat bertapak disana, baharulah tugas & tanggungjawap tersebut diserahkan kepada bahagian PENJUALAN untuk diajukan jualan terus kepada PENGGUNA / PELANGGAN


Kerana itu didalam setiap Organisasi dan Syarikat yang mengeluarkan sesuatu Produk, Jabatan PEMASARAN adalah Jabatan yang TERPENTING, dibahagian inilah halatuju kemajuan dan kemunduran sesebuah Organisasi dan Syarikat terletak. Jika bahagian ini GAGAL untuk menembusi sesebuah tempat, kawasan, daerah, negeri dan negara, maka Strategi yang mereka gunakan tidak efektif dan tidak berkesan, kemungkinan menggunakan Strategi-Strategi yang salah dan tidak menepati sasaran.
Sebagai contoh, inilah yang berlaku terhadap pemasaran Syarikat PROTON yang agak lemah untuk menembusi penjualan kereta-kereta keluaran PROTON dibanyak negara. Ianya bukan kerana Kualiti kereta buatan PROTON rendah atau tidak menepati syarat sesebuah negara TETAPI team-team pemasaran yang ditugaskan kurang berkesan.


Begitu juga halnya dengan banyak produk-produk buatan tempatan seperti Negara Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan negara-negara ASEAN yang lain kurang cergas untuk menembusi jualan diperingkat Antarabangsa.
Oleh kerana itu, Ejen-Ejen Pemasaran atau Marketing Agent yang berpengaruh serta berpengalaman perlu digunakan sebagai pemangkin pertumbuhan pemasaran & penjualan sesuatu produk. Sememangnya BUKAN semua Usahawan mampu untuk memasarkannya sendiri kerana perkara Pemasaran akan berkait rapat dengan geopolitik keantarabangsaan serta JENAMA dan KUALITI yang kukuh.


JABATAN PENJUALAN
Begitu juga halnya dengan Jabatan Penjualan, setiap Jawatan itu memiliki pelbagai nama seperti:-


  • Sales Representative
  • Sales Executive
  • Sales Engineer


ATAU
  • Customer Service Officer / Executive dan sebagainya
Tetapi kesemuanya bertugas untuk MENJUAL sesuatu produk keluaran syarikat mereka secara terus kepada para pelanggan yang disasarkan sebagai PENGGUNA.
Anggota PENJUALAN harus faham dan tahu segala informasi & spesifikasi yang dimiliki oleh sesuatu produk bagi tujuan MEMBERI PENERANGAN yang jelas kepada BAKAL PEMBELI / PENGGUNA
Jika mereka GAGAL untuk menerangkan dengan jelas, peluang untuk mereka untuk menjual dan membuat pelanggan membeli adalah tipis. Kerana itu disetiap Jabatan Jualan akan mengadakan sesi-sesi Product Knowledge untuk anggota mereka, ini sebagai satu kemestian untuk semua Anggota Jualan


Seorang Anggota Jualan harus memiliki ciri-ciri yang MESRA PELANGGAN dan harus yang dapat mengawal diri dan perasaan didalam apa juga tekanan keadaan serta bijak berinteraksi dengan orang ramai. Orang-orang yang dari jenis panas baran, sombong, kurang bercakap serta terlalu ego sememangnya tidak sesuai untuk jawatan ini kerana mereka akan MEROSAKKAN hubungan dengan pelanggan serta akan memalukan pihak syarikat atau organisasi yang mereka wakili dengan tingkah laku yang tidak terlatih serta tidak professional


KESIMPULAN
Setiap Syarikat dan Organisasi harus meneliti dan mengambil kira segala aspek dan keperluan untuk mengisi perjawatan dikedua-dua Jabatan ini kerana jika anda tersalah pilih maka apa yang anda harapkan tidak akan menjadi
Harus belajar untuk mengenali karektor-karektor kemanusiaan seperti yang dilakukan didalam kursus-kursus HR atau Human Resource bagi mempersiapkan diri anda. INGAT jika anda BOS atau CEO anda perlu tahu semua ini!


editor

No comments:

Post a Comment