Thursday, January 27, 2011

9 ASAS TEKNIK MENJUAL - Post #44

TIPsNIAGA.COM Posting #44


9 ASAS TEKNIK MENJUAL
Latihkan Diri Anda......




1...PERSIAPAN
Sebelum anda membuat temujanji dengan pelanggan yang berpotensi, pastikan anda membuat sedikit persiapan dan penyelidikan perniagaan mereka dengan teliti, memahami siapa mereka dan apakah industri yang mereka ceburi dan melihat apa yang pesaing mereka lakukan. Juga, melakukan kajian kecil di web tentang perbincangan orang ramai mengenai sesuatu industri, ini untuk menjual sesuatu kepada sesebuah organisasi.
Untuk menjual terus kepada Pengguna Awam, pelajari dan selidiki kekuatan kewangan mereka dengan menyelidik pekerjaan dan pendapatan serta kekeluargaan mereka.

2...KEMAHIRAN MENGENAL ORANG

Pelajari serba sedikit kemahiran untuk mengenali sifat dan sikap orang ramai kerana ini dapat membantu anda didalam kerj-kerja penjualan apabila anda berhadapan dengan pelbagai jenis sikap dan sikap mereka. banyak buku-buku rujukan yang boleh anda dapati untuk dipelajari.         



3...TANGGAPAN PERTAMA SANGAT PENTING

Selalunya orang ramai atau bakal pelanggan anda akan dapat membuat keputusan untuk melanggan dan membeli daripada anda dalam masa 15 saat pertama bertemu anda. Oleh kerana itu segala persiapan Mental dan Fizikal dan diiringi dengan persediaan awal akan dapat meyakinkan anda untuk menjalankan tugas serta akan dapat meyakin bakal-bakal pelanggan anda dengan cara yang profesional tanpa menimbulkan sebarang keraguan dan mereka senang apabila berurusan dengan anda. 
Ini termasuk dengan penampilan diri yang kemas dan bersih dan bukan didalam keadaan yang serembah serembih!

4...MEMULAKAN PERHUBUNGAN PELANGGAN

Selepas perkenalan pertama kali dengan pelanggan anda, anda perlu membina perhubungan yang selanjutnya dengan mereka walaupun dipertemuan pertama mereka tidak membeli apa-apa daripada anda, simpan data maklumat diri mereka dan sering-sering berhubung. 
Langkah ini akan dapat menambahkan senarai pelanggan anda dan ia memungkinkan mereka akan kembali melanggan kepada anda apabila mereka merasa bersedia.


Selepas anda membuat kenalan pertama, anda perlu untuk membina hubungan.Adalah penting untuk mendengar dan memahami keperluan perniagaan mereka.Selepas anda telah membina hubungan itu, dipaparkan anda memahami, dan mendapatkan kepercayaan mereka, anda berada pada jalur yang benar untuk membuat mereka menjadi pelanggan tetap. 
Ramai yang tidak bersedia dipertama kali disebabkan oleh masaalah kewangan pada waktu tersebut

5...PEMBANGUNAN HUBUNGAN

Membina Perhubungan dengan pelanggan adalah amat penting dibidang JUALAN, dan bina perhubungan tersebut dengan teratur dan profesional.
Pastikan mereka diberi segala maklumat mengenai diri, nombor telefon anda dan perniagaan yang anda wakili, jika perhubungan tersebut baik dan anda didapati sangat-sangat mesra dan membantu, peluang anda untuk dihubungi semula oleh mereka amat cerah. Inilah sikap yang harus ada didalam seorang Jurujual.

6...BIASAKAN DIRI MENDENGAR

Sebagai orang yang bekerja dan berinteraksi dengan ramai orang, anda perlu BANYAK MENDENGAR apa juga keluhan mereka dan anda juga harus tahu untuk bagaimana memberikan nasihat atau tunjuk-ajar agar mereka merasa selesa dengan anda, tetapi jangan terlalu bersikap peribadi.
Sifat suka mendengar ini juga akan menambah potensi jualan anda meningkat dari masa kesemasa kerana anda disenangi oleh orang ramai.


7...MENJUAL KEBAIKAN
Didalam kerja-kerja menjual sesuatu produk perkara yang utama yang perlu anda titik beratkan ialah soal MUTU dan KEBAIKAN sesuatu produk itu dengan pengguna, terangkan dengan jelas apakah kebaikan-kebaikan sesuatu produk itu kepada mereka dan keluarga mereka dan jangan sesekali untuk MEMAKSA mereka untuk membeli kerana paksaan akan membuat pelanggan anda merasa tidak selesa dan merasa benci terhadap anda.
Itulah sebabnya anda perlu membina perhubungan yang baik seawal pertemuan.
Jika anda terlepas pandang perkara ini, berkemungkinan pelanggan tersebut akan melanggan kepada pesaing-pesaing anda.


8...SETIAP JANJI HARUS DITEPATI
Dosa Perniagaan yang paling BESAR ialah TIDAK MENEPATI JANJI....Kerana itu, apa-apa yang telah anda janjikan kepada pelanggan anda seperti hal-hal Mutu, Reka Bentuk, Spesifikasi, harga dan Jadual Penghantaran HARUS DITEPATI.
Jika tidak, kepercayaan pelanggan terhadap anda dan syarikat akan tercemar dan runtuh, ini akan menggambarkan bahawa anda seorang yan gtidak jujur serta tidak efisen didalam menjalankan tugas.
Sebaik mungkin jika berlaku sesuatu perubahan, anda perlu memberitahu pihak pelanggan sebab-sebab akan berlaku kelewatan dan jangan sampai mereka yang menghubungi anda terlebih dahulu


9...ANDA ADALAH PAKAR
Anda harus sedar bahawa anda adalah seorang PAKAR didalam bidang ini, pastikan segala maklumat syarikat dan produk-produk anda fahami dengan jelas. Apabila pelanggan merasakan anda memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai produk-produk yang anda jual, keyakinan mereka terhadap anda akan menebal.
lebih-lebih lagi anda berkemampuan untuk menokok-tambah maklumat-maklumat tambahan yang tidak terdapat melalui Katalog produk tetapi maklumat tersebut adalah SAHIH


editor

No comments:

Post a Comment