Wednesday, January 19, 2011

TipsNiaga No.1 - RESTORAN - Post #9

RESTORAN
10 SEBAB PERNIAGAAN RESTORAN GAGAL


Apakah yang menyebabkan sesebuah restoran itu GAGAL atau gagal bertahan?..Ikutilah 10 PENYEBAB UTAMA yang menyumbang kepada KEGAGALANNYA.
Selalunya, kegagalan untuk bertahan itu akan berlaku dalam masa 3 tahun mereka beroperasi.


SEBAB 1

  • Restoran berada di lokasi yang SALAH, lokasi yang tidak SRTATEGIK, lokasi yang SUKAR dikunjungi, kedudukan restoran yang TIDAK DAPAT DI LIHAT orang ramai dan kurang atau tiada kemudahan untuk MELETAK KENDERAAN.

SEBAB 2

  • Pemilik Restoran Yang TIDAK BEKERJA di restoran
  • Pemilik restoran yang 100% menggajikan pekerja untuk menjalankan perniagaan restoran mereka akan gagal dalam masa panjang kerana melepaskan tanggungjawap kepada pekerja yang digajikan.
  • Kerana setiap pekerja yang DIBAYAR GAJI tidak akan merasa sebarang kegusaran jika sesebuah restoran itu gagal berniaga kerana mereka tidak memiliki apa-apa kepentingan didalam restoran..hanya sebagai pekerja yang dibayar gaji!
  • Adalah bijak untuk menguruskan perniagaan restoran anda sendiri dan bertindak sebagai Pengurus Operasi, jika tidak..kegagalan akan berlaku segera.

SEBAB 3

  • Memilih pekerja yang SALAH untuk kerja-kerja yang tidak sesuai dengan pengetahuan dan pengalaman mereka, terutama dibahagian penyediaan masakan makanan.
  • Jika mereka bukan dari bidang yang sama, mereka tidak akan mampu untuk menjalankan tugas memasak sperti yang anda mahukan.
  • Ini akan menyumbang kepada kegagalan mereka untuk mengikut piawaian masakan anda dan akhirnya masakan mereka tidak berkualiti serta tidak menepati citarasa resepi yang sebenar. Akhirnya para pelanggan akan menjauhkan diri dari melanggan ke restoran anda.

SEBAB 4

  • Perkhidmatan Pelanggan Yang BURUK juga akan menyebabkan pelanggan tidak mahu melanggan di restoran anda lagi. 
  • Ini disebabkan oleh layanan yang kurang baik, lambat atau buruk yang diberikan oleh pekerja-pekerja anda.

SEBAB 5

  • Tidak Mengawal Aliran WANG TUNAI - Perkara pengawalan aliran wang tunai juga penting disesebuah restoran, jika perkara ini gagal anda tangani, maka lama kelamaan restoran anda akan kekurangan wang dan modal pusingan harian akan terjejas. 
  • Akhirnya restoran anda tidak dapat beroperasi kerana tidak cukup tunai untuk membeli atau membayar keperluan bahan mentah, gaji pekerja serta sewa bangunan.

SEBAB 6

  • Pekerja Bergaji Tinggi - jika para pekerja restoran anda bergaji terlalu tinggi di permulaan perniagaan restoran anda, anda akan menemui kesulitan untuk membayar gaji mereka jika operasi restoran anda tidak mencapai seperti yang diharapkan.
  • Bermakna KOS OPERASI tinggi daripada PENDAPATAN

SEBAB 7

  • Restoran yang tidak melakukan PENGIKLANAN samaada secara berterusan atau berkala akan menemui kegagalan untuk maju, kerana pengiklanan akan membantu restoran anda untuk menarik pelanggan-pelangan baharu daripada luar kawasan. 

SEBAB 8

  • Pemilik Restoran yang TIDAK PEKA pada KOS BAHAN MENTAH
  • pemilik-Pemilik restoran yang tidak mengendahkan turun naik Kos-Kos bahan Mentah di pasaran akan menemui kegagalan untuk meneruskan perniagaan mereka.
  • Ini adalah kerana setiap bahan mentah dipasaran akan berlaku turun naik harga mengikut kepada keadaan semasa seperti tahap permintaan, cuaca, musibah dan sebagainya.
  • jika hal-hal seperti ini tidak diambil kira, keuntungan dari sesuatu menu akan berkurangan ataupun rugi.

SEBAB 9

  • Pemilik yang berbelanja besar sewaktu pembukaan restoran
  • Pemilik yang berbelanja besar diwaktu pembukaan restoran akan menemui kegagalan untuk bertahan kerana kekurangan Wang untuk bertahan, mereka telah membelanjan wang MODAL melebihi daripada Budget yang sepatutnya dengan membeli barangan yang tidak perlu atau yang belum diperlukan.

SEBAB 10

  • Pemilik-pemilik restoran yang GAGAL MEMBAYAR CUKAI kepada kerajaan juga akan terpaksa menutup perniagaan mereka.
  • Cukai harus dibayar pada waktunya dan tidak haruas ditunggakkan kebeberapa tahun, jika itu berlaku anda akan menemui jalan buntu jika pihak berkuasa mengambil tindakkan tegas untuk memungut cukai-cukai yang tertunggak.

PASTIKAN Pelan Perancangan untuk membuka perniagaan restoran anda dibuat dengan teliti yang merangkumi segala perkara atau aspects.
KEGAGALAN itu sebenarnya berlaku sewaktu anda GAGAL melakukan PERANCANGAN AWAL.


EDITOR

No comments:

Post a Comment