Thursday, January 27, 2011

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #2 - Post #46

TIPsNIAGA.COM Posting #46

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #2
Pemilihan Produk & Perkhidmatan


Ramai bakal-bakal Usahawan akan memilih bidang atau jenis-jenis perniagaan yang 80% terkenal dikalangan pelanggan kerana dari pemikiran mereka, dengan populariti tersebut, rangkaian pelanggan mereka cukup ramai dan mudah untuk menjual produk atau perkhidmatan mereka.
Dan mereka tidak menghiraukan sekmen 20% kerana beranggapan bilangan pelanggan yang kurang dan tidak popular dikalangan Usahawan.


Ini adalah satu tanggapan yang kurang tepat kerana mengikut statistik perniagaan, didalam sekmen 20% itulah perniagaannya lebih menguntungkan dan jika dibandingkan pendapatan sekmen 20% ini dengan sekmen 80% adalah SAMA jumlahnya....MENGAPA?



RAHSIANYA


Sekmen 20% 
Selalunya berkisar kepada produk dan perkhidmatan yang rumit dan kadangkala ianya sangat sukar untuk dihasilkan, hanya Usahawan-Usahawan yang melakukan kajiselidik yang menyeluruh terhadap permintaan sekmen keperluan bagi sekmen 20% ini sahaja yang mampu melakukannya.


Oleh kerana wujudnya pelbagai kerumitan serta halangan-halangan tertentu, hanya segelintir yang memasuki sekmen 20% ini, disebabkan kurangnya para peniaga atau usahawan lain maka sekmen 20% ini tidak perlu bersaing tetapi memupunyai permintaan yang sama tinggi terhadap produk dan perkhidmatanya.
Disebabkan oleh faktor-faktor tersebut, mereka dapat menjana pulangan yang besar sehingga pendapatan kasar mereka menyamai sekmen 80%


Sekmen 80%
Sekmen 80% ini lebih kepada penyediaan keperluan AM kepada semua pengguna umpamanya seperti keperluan:-

  • Makanan ASAS harian
  • Pakaian
  • Peralatan / Perkakas rumahtangga
  • Keperluan Pengangkutan
  • Dan yang lain-lain keprluan harian



Dan jika dilihat dengan teliti akan ada ramai Pengusaha yang akan masuk kesekmen ini dan akhirnya mereka terpaksa berkongsi pelanggan yang sama, ini akan mengurangkan daya jualan mereka kerana terpaksa berkongsi keuntungan dengan Pengusaha-Pengusaha yang sealiran


Dan sesiapa yang terbaharu memasuki sekmen 80% ini, peluang untuk mereka bertahan lama didalam bidang tersebut boleh dipertikaikan kerana telah ramai Pengusaha lain yang sudah lama bertapak disekmen tersebut.
Pengusaha-Pengusaha yang baharu terpaksa bekerja lebih keras untuk memenangi dan menarik pelanggan kepada mereka. Disinilah risiko sebenar yang harus ditempuh oleh mereka.


Sebagai Contoh
Dimana-mana kita akan dapati kedai-kedai makan menjual Nasi Campur dan berselerakan dimana-mana sahaja kerana permintaan Nasi Campur ini tidak pernah putus disebabkan ia sebagai makan asas kepada golongan besar manusia.
Jika anda seorang Pengusaha Nasi Campur yang terbaharu, maka nada perlu bersaing dengan Pengusaha-Pengusaha sediaada dan anda perlu berada setapak kehadapan daripada yang sediaada, samaada dari segi mutu makanan ataupun mutu perkhidmatan yang anda berikan. Jika tidak, perniagaan anda pasti akan gagal kerana para pelanggan selama ini telah mendapat RASA yang TERBAIK.


Begitu juga dengan nasib Pengusaha-Pengusaha penternak cacing, lintah, ikan puyu, ketutu, ikan keli, burung unta, burung puyuh, burung walid dan yang lain-lain yang muncul di Negara Malayisa dan Indonesia. Ramai diantara Pengusaha-Pengusaha baharu yang terpaksa berhenti atau menukar jenis perniagaan atas sebab-sebab persaingan yang sengit kerana populariti jenis-jenis itu telah menarik ramai orang untuk menyertainya lantas menjadikan jenis perniagaan tersebut kurang berdaya saing.
Puncanya apabila kurangnya permintaan yang akan pula menyebabkan kejatuhan harga apabila stok bekalan melebihi permintaan yang sebenar. Hanya Pengusaha-Pengusaha yang sangat established atau Mantap sahaja yang akan dapat meneruskan perniagaan disebabkan sokongan padu daripada pembeli-pembeli sediaada mereka.


Adakah semua ini satu kebetulan atau sistemnya tidak bergerak dengan betul???......


Jika dikajiselidik daripada sudut yang berbeza, anda akan dapati bahawa jika dahulunya Sekmen seperti penternakan binatang-binatang seumpama itu berbentuk Sekmen 20% tetapi dengan populariti mendapat keuntungan yang besar telah membuat ramai orang untuk menceburinya maka sekmen tersebut telah menjadi Sekmen 80%
Tetapi didalam hal ini secara khususnya ia bukan tergolong didalam jenis perniagaan produk atau perkhidmatan KEPERLUAN ASAS MANUSIA seperti senarai produk dan perkhidmatan Sekmen 80% yang biasa. Jadi kemerosotan perniagaan bidang ini sebenarnya disebabkan oleh DOKONGAN para Pengusaha itu TIDAK DIPELBAGAIKAN dari segi prasarana pengilangan untuk mempelbagaikan produk yang bersumberkan binatang-binatang tersebut.
Kita dapat lihat kepincangan ini, dimana lebih ramai Penternak daripada Kilang yang dapat memprosesnya dan Kilang-Kilang yang ada juga maseh kurang mampu untuk mempelbagaikan proses bagi mewujudkan lebih banyak produk-produk bagi pengguna, akhirnya pihak Kilang-Kilang tidak dapat menyerap lambakkan bekalan daripada Penternak.


Oleh kerana itu, sebagai seorang bakal Pengusaha anda dinasihatkan agar lebih berhati-hati untuk menceburi sesuatu jenis perniagaan, buat penyelidikan yang perlu bagi memastikan pelaburan anda tidak akan menjadi sia-sia


editor

No comments:

Post a Comment