Tuesday, January 18, 2011

TipsNiaga No.1 - RESTORAN - Post #2

RESTORAN
Menentukan Konsep


Membuka perniagaan restoran bukanlah semudah yang di sangka, banyak perkara yang perlu anda ketahui dan anda pelajari sebelum mengambil keputusan untuk membukanya.
Ramai yang berpendapat, membuka sebuah restoran amat mudah jika mempunyai Modal yang cukup dan mempunyai Menu yang baik. Pendapat ini kurang tepat kerana selain mempunyai Modal yang cukup dan menu yang baik, ada beberapa perkara lain yang harus anda beri perhatian yang teliti, jika tidak, perniagaan restoran anda akan menemui banyak permasaalahan yang anda tidak jangkakan.


Jadi, apakah perkara-perkara yang anda perlu telitikan dan berikan perancangan yang khusus?


Pertama:
Anda harus menentukan KONSEP PERNIAGAAN restoran yang ingin anda wujudkan. Kerana didalam perniagaan restoran ia terdiri daripada beberapa KONSEP


1...Restoran Makanan Segera atau QSR (Quick Service Restaurant) seperti KFC, Pizza Hut, McDonald dan yang serupa dengannya.
Konsep QSR ini memerlukan pelanggan untuk beratur terlebih dahulu untuk membuat tempahan pembelian makanan yang di inginkan, sekaligus melakukan pembayaran terlebih dahulu.
Restoran jenis QSR ini juga terdapat dalam bentuk Francise.


2...Restoran Terbuka dan Santai atau FCD (Fast Casual Dining Restaurant) dimana taraf layanan di restoran jenis ini adalah lebih baik daripada yang berbentuk QSR, dan pelanggan dapat sedikit keistimewaan dengan layanan yang lebih khusus dan tidak perlu beratur untuk membuat pembelian makanan.
Konsep FCD ini, pelanggan boleh menjamu selera dahulu dan membuat pembayaran kemudian.


3...Restoran berkonsepkan Cafe atau Bistro
Konsep Cafe selalunya tidak menyediakan kemudahan tempat duduk kerana ia lebih menjurus kepada Cash & Carry dan jenis makanan yang di jual pula dari jenis yang mudah dimakan sewaktu berjalan seperti Sandwitch, burger dan sebagainya.


4...Restoran berkonsepkan Pub
Konsep Pub atau Public House diperkenalkan di Great Britain sebagai tempat untuk bersantai selepas waktu bekerja dimana tidak ada formality atau tatatertip ketika melanggan tetapi Pub juga menyediakan menu-menu makanan yang sama baik seperti restoran yang lain, cuma pendekatan jualan yang bersuasanakan santai diutamakan. Dan ia selalunya dikaitkan dengan penjualan arak


5...Restoran berkonsepkan Casual Style Dining (CSD) yang sesuai untuk pelanggan yang ingin menjamu keluarga secara beramai-ramai atau datang secara berkumpulan.
Restoran jenis ini tidak mengenakan caj yang begitu tinggi walaupun menyediakan kemudahan yang agak exclusive kepada pelanggan.








6...Restoran yang berkonsepkan Fine Dining (FDR)
Restoran jenis FDR ini memberikan perkhidmatan yang sangat exclusive daripada ruang makan yang sangat elegan, layanan yang terbaik serta jenis-jenis makanan yang sangat mahal dan kurang dimampui oleh golongan biasa.
Restoran jenis ini lebih mengutamakan pelanggan daripada jenis Upscale market dan lokasi yang dipilih juga bukan ditempat-tempat sebarangan.


Itulah Enam (6) jenis Konsep Restoran yang sedia wujud pada hari ini, dan anda harus menetapkan jenis KONSEP ini terlebih dahulu sebelum melakukan pelan perancangan yang seterusnya.


Posting selanjutnya akan menerangkan Pelan Perancangan
Ikutilah selanjutnya....


EDITOR


Gambar-gambar sekadar hiasan.....

No comments:

Post a Comment