Sunday, January 23, 2011

BOS / CEO GAGAL - Bhgn 2 - Post #30

BOS atau CEO GAGAL #2Apakah faktor-faktor penyebabnya...


Melalui banyak Working Paper yang dilakar oleh seseorang bakal Usahawan samaada ianya "dibeli" ataupun dilakukan sendiri, ada satu perkara yang tidak diberi perhatian oleh ramai bakal pengusaha dan perkara tersebut ialah "Cukupkah peruntukkan wang pusingan anda untuk melepasi jangkamasa membangun?"
Kerana setiap jenis perniagaan ia akan mempunyai JANGKAMASA untuk membangun dan stabil, tetapi secara purata setiap perniagaan itu memerlukan jangkamasa selama 18 BULAN untuk berada ditahap STABIL
Oleh kerana itu, didalam merangkan peruntukkan kewangan, seseorang itu harus mengambil kira faktor jangkamasa ini dan membuat perkiraan yang munasabah untuk mmemperuntukkan BUDGET bagi menjangkau tempoh tersebut.
Jika perbelanjaan kasar segala kos operasi  dijangka RM5K sebulan, adakah anda mampu untuk menyediakan sebanyak RM90K untuk 18 bulan???...Tetapi ramai yang hanya memperuntukkan untuk jangkamasa 6-12 bulan dengan anggapan perniagaan mereka akan bermula dengan baik. Ini juga salah satu punca kegagalan tersebut


Menurut statistik, ramai usahawan akan TERLEBIH BERBELANJA sewaktu mereka memulakan perniagaan kerana terlalu banyak membeli perkara-perkara yang belum diperlukan atau yang belum sesuai untuk digunakan. kerana itu, Wang Pusingan untuk masa-masa yang mendatang telah terjejas dan mereka telah mula merasa gagal seawal perniagaan baru dimula!
Terutamannya sering berlaku didlam Syarikat Sendirian Berhad yang memiliki lebih daripada 2 orang Lembaga Pengarah. Jika diamati dengan teliti segala perbelanjaan mereka untuk sesuatu SETUP perniagaan amat berlebihan dan cenderung kepada persiapan untuk keperluan bilik-bilik Lembaga Pengarah dengan pelbagai peralatan yang canggih dan mewah, seolah-olah mereka sudah lama berjaya didalam dunia perniagaan dan seperti memiliki budget yang sungguh besar


Anggapan untuk MENJAGA STATUS sebenarnya tidak RELEVAN untuk dijadikan alasan sebagai satu keperluan diawal memulakan perniagaan, apa gunakanya memiliki sebuah pejabat yang cantik, serba canggih dan kelihatan mewah tetapi pada hakikatnya mereka tidak akan bertahan lama!
Ini juga menjadi salah satu faktor kegagalan.
Sama juga halnya untuk pengusaha yang berskala kecil, mereka kebanyakannya akan berbelanja kepada sesuatu yang belum perlu seperti didalam perniagaan runcit atau gerai makanan, ada barang-barang keperluan yang belum dikenal pasti kegunaannya telah dibeli lebih awal dengan alasan "Nanti Senang"....


Sebagai Usahawan kita perlu bersikap REALISTIK didalam menentukan sesuatu KEPERLUAN, faktor DEMAND & SUPPLY harus digunapakai walau ada yang mengatakan ia sudah tidak relevan pada hari ini.
Bagaimana anda pasti sesuatu produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan akan mendapat PERMINTAAN yang tinggi dari pelanggan, melainkan dengan melakukan peninjauan melalui rekod-rekod jualan, sesuatu yang menerima permintaan yang lebih dari jangkaan adalah seuatu yang sangat diminati ramai, kerana itu kesesuaian didalam menyediakan apa juga produk dan perkhidmatan jangan diabaikan.


Sila ikuti post-post selanjutnya....


editor

No comments:

Post a Comment