Saturday, January 22, 2011

SKIM MLM DGN SKIM LABUR CEPAT KAYA - Post #21

SKIM MLM DGN SKIM LABUR CEPAT KAYA
Apakah perbezaannya....



DALAM MLM
  • Melalui Skim MLM atau Multi Level Marketing, setiap URUSNIAGA dengan pelanggan HARUS ADA sesuatu produk atau barangan yang dijual-beli diantara pihak syarikat dengan pihak pembeli.
  • Produk ditentukan oleh pihak syarikat dan pihak pembeli pula membuat keputusan samaada untuk membeli ataupun tidak, jika mereka bersetuju untuk membeli dengan menjadi Ahli maka URUSNIAGA tersebut SAH disisi Undang-Undang. 
  • Tetapi dengan SYARAT pihak syarikat harus ada Lesen Tubuh Syarikat dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lesen AJL (Akta Jualan Langsung)
  • Jika kedua-dua atau salah satu daripada Lesen tersebut tidak dimiliki oleh pihak syarikat, maka setiap urusniaganya adalah salah disisi undang-undang Negara.

DALAM SKIM CEPAT KAYA

  • Itu adalah Skim melalui Multi Level Marketing atau MLM, berlainan coraknya dengan SKIM PELABURAN CEPAT KAYA yang dijalankan oleh sesebuah syarikat tetapi tidak ada sesuatu Produk atau Barangan yang terlibat, ianya hanya DIJANJIKAN PULANGAN KEUNTUNGAN dari setiap PELABURAN WANG TUNAI mengikut susunan syarikat tersebut.
  • Jika ianya dijalankan oleh syarikat yang memenuhi segala syarat perlesenan daripada SSM dan Bank Negara, setiap Wang Pelaburan Anda TIDAK diambil oleh mereka untuk dimasukkan kedalam Akaun Syarikat tetapi Wang Anda dimasukkan kedalam BANK DEPOSIT untuk Urusniaga Pelaburan seperti diBURSA SAHAM.
  • Pihak syarikat HANYA diberi kuasa untuk MENTADBIR wang pelaburan anda dengan Service Charges dan Komisen yang ditetapkan oleh Undang-Undang. Mereka tidak ada kuasa untuk memiliki atau menyimpan wang anda kedalam Akaun syarikat mereka.
  • Jika ada syarikat yang meminta anda untuk memasukkan WANG kedalam AKAUN SYARIKAT mereka secara langsung, maka syarikat tersebut telah melanggar AKTA PELABURAN yang dikeluarkan oleh BANK NEGARA dan tindakkan undang-undang boleh diambil dan dihukum penjara serta denda yang tinggi jika sabit kesalahan.


PANDANGAN PERUNDANGAN
  • Oleh yang demikian, kebanyakan Skim Pelaburan cepat kaya sebenarnya TIDAK MENGIKUTI segala syarat-syarat untuk MENGENDALIKAN PELABURAN dan TIDAK DIDAFTAR sebagai syarikat PELABURAN yang SAH disisi Undang-Undang.
  • Mereka bergerak melangkau undang-undang dengan harapan untuk meraih keuntungan yang cepat dari kedaifan para pelabur.





editor

No comments:

Post a Comment