Tuesday, January 18, 2011

TipsNiaga No.1 - RESTORAN - Post #5

RESTORAN

Menetapkan Harga pada menu



  • Ini adalah bahagian yang terpenting didalam menubuhkan perniagaan restoran, dimana soal penetapan HARGA pada menu-menu dilihat sebagai salah satu KUNCI jatuh-bangunnya perniagaan anda.
  • Perkara-perkara yang perlu anda beri perhatian yang khusus adalah seperti KOS ASAS BAHAN MENTAH yang anda beli dipasaran terbuka.
  •                                                                       
  • Setiap Hidangan pada Menu anda perlu diukur akan menggunakan Bahan Mentah pada Nilai 30 - 35% dari Harga Jualan. Kerana itu setiap menu harus diolah jumlah bahan-bahan yang perlu atau yang harus disajikan pada pelanggan secara tepat agar NILAI bahan mentah yang digunakan untuk sesuatu Menu dapat dikawal dan seragam.

  • Itu memberi pengertian bahawa setiap set menu yang dijual, Nilai bahan mentah untuk menyiapkan setiap Menu itu tidak harus melebihi 35% daripada Harga Jualan. Jika ianya terlebih bermakna, nilai keuntungan anda akan merosot.



Kawalan Bahan

  • bahagian ini harus ada didalam lakaran setiap MENU dan harus ditetapkan secara standard agar dapat digunapakai didalam masakan harian, itu membawa makna pada setiap hidangan akan mempunyai standard bahan mentah yang sama, tidak lebih dan tidak kurang.
  • Setiap tukang masak harus tahu dan memahami peraturan ini untuk mengekalkan keuntangan perniagaan berterusan dan tidak ada unsur-unsur pembaziran.



Pertukaran Menu

  • jika berlaku kenaikan harga mendadak didalam pasaran yang menjejas harga belian bahan mentah, anda harus bersiap sedia untuk menukar menu-menu sampingan anda kepada menu-menu yang menggunakan bahan mentah yang kurang terjejas dengan sesuatu kenikan harga. tetapi anda tidak perlu menukar Set menu Utama restoran anda.
  • Ini hanya merujuk kepada menu-menu sampingan yang anda tawarkan kepada pelanggan. Anda juga tidak boleh merombak Harga Jualan terlalu sering kerana kenaikan harga bahan mentah, kerana faktor harga yang turun naik itu harus dijangkakan ketika anda mahu menetap Nilai Harga Jualan menu anda diawal pembukaan restoran, kerana itu faktor Harga Jualan tidak perlu selalu diubah atau dirombak.



Rombakan Harga

  • jika anda selalu melakukan rombakan Harga pada Menu-Menu anda, ini memungkinkan anda akan kehilangan pelanggan dan anda akan tewas kepada pesaing-pesaing yang menjalankan konsep perniagaan yang sama.
  • Sekali lagi ditegaskan, PENETAPAN HARGA PADA MENU-MENU harus diteliti dengan mengambil kira semua aspek turunnaik harga bahan mentah dan cari suatu harga yang munasabah yang akan dapat menyerap sebarang kenaikan harga belian bahan mentah.



Sila ikuti seterusnya.....




EDITOR

No comments:

Post a Comment