Monday, January 24, 2011

BOS / CEO GAGAL - Bhgn 5 - Post #33

BOS / CEO GAGAL #5
Apa perlu mereka tahu




Jika ingin dirungkai mengenai Tugas & tanggungjawap seorang BOS / CEO, sememangnya akan menjadi panjang lebar da nmemerlukan masa berbulan-bulan untuk menulisnya, kerana itu banyak buku-buku mengenai PENTADBIRAN PERNIAGAAN ditulis dan diterbitkan oleh Pakar-Pakar didalam bidang ini
Itu jika ingin dipelajari secara sistematik, memang memerlukan masa yang panjang seperti melanjutkan pelajaran di Institut-Institut Perdagangan atau University. tetapi, kini kita memperkatakan MASA INI dimana ramai Usahawan-Usahawan yang TIDAK SEMPAT atau TIDAK BERKESEMPATAN untuk belajar hingga keperingkat tertinggi, tetapi mereka telah mula atau telah berada didalam Dunia Perniagaan. Apa yang perlu mereka tahu


Salah satu daripada banyak perkara penting untuk seseorang BOS / CEO harus tahu ialah MELAKUKAN KEPUTUSAN PENTING DALAM MASA YANG SESINGKAT MUNGKIN 


KEPUTUSAN PANTAS
Ada banyak kurusus-kursus KHAS yang ditujukan untuk golongan CEO untuk bagaimana melakukan atau membuat keputusan pantas dalam masa yang singkat. ini amat penting untuk halatuju sesebuah jenis perniagaan dimana BOS / CEO menjadi penentu atau yang akan memberi FINAL SAY terhadap keputusan penting
Ada sesuatu keputusan yang memerlukan jawapan dalam masa beberapa minit atau jam, jadi seseorang BOS / CEO harus TAHU bagaimana untuk BERFIKIR dan Menegeluarkan Keputusan dengan segera, jika gagal...banyak kemungkinan boleh berlaku yang akan mengikut situasi-situasi yang dialamai pada ketika itu.


Sesuatu keputusan penting dan dalam masa yang singkat TIDAK DAPAT dilakukan jika seseorang BOS / CEo itu tidak mengetahui segala perjalanan perniagaannya sendiri secara menyeluruh seperti dari A hingga Z
Jika mereka tahu dan mengikuti segala pergerakan perniagaan secara berterusan, mereka dengan mudah membuat keputusan penting dalam masa singkat kerana mereka TAHU & FAHAM apa yang diperlukan oleh perniagaannya


Berlainan dengan BOS / CEO yang tidak tahu dan tidak mengikuti perkembangan perniagaannya sendiri akan mendapati SUKAR untuk membuat keputusan penting dan pantas TANPA merujuk kepada orang-orang bawahan yang digajikan oleh mereka
Sikap ini akan memburukkan keadaan dan kewibawaan mereka sendiri sebagai BOS / CEO perniagaan mereka sendiri. Riskonya sangat tinggi dimana jika mereka mempunyai ppekerja-pekerja yang tidak jujur, peluang untuk BOS / CEO seperti ini untuk ditipu oleh pekerja mereka adalah BESAR


Banyak Kes-Kes PENYELEWENGAN KEWANGAN syarikat berlaku dan tersiar di dada-dada Akhbar yang dilakukan oleh PEKERJA-PEKERJA yang diberikan Jawatan Penting dan kes-kes ini dibawa ke Mahkamah kerana melibatkan Jenayah kolar Putih dan Pecah Amanah
tetapi, jika dilihat dari sudut yang lain, sebenarnya sesuatu kejadian Jenayah Kolar Putih dan Pecah Amanah itu berlaku kerana KELALAIAN BOS / CEO yang tidak memantau dengan secara efektif. 
Sesuatu Jenayah Kolar Putih boleh dilakukan jika si pelaku mendapati BOS / CEO mereka LEMAH & MALAS MEMANTAU, kerana itu mereka BERANI melakukannya, mereka YAKIN yang BOS / CEO mereka tidak akan tahu perbuatan mereka.
Kebanyakkan kes-kes penyelewan kewangan seperti ini HANYA DIKESAN apabila Kewangan syarikat di AUDIT oleh firma-Firma Akauntan, merekalah yang mengesan sesuatu penyelewangan. Tetapi itu sudah TERLAMBAT!


Maksud rungkaian ini bukan bermaksud kita sebagai BOS / CEO harus SANGSI terhadap setiap pekerja tetapi disini ditegaskan agar setiap BOS / CEO HARUS menjalankan AMANAH dan Tugas serta tanggungjawap mereka PADA SETIAP HARI untuk melakukan PENCEGAHAN pelbagai kesilapan, salahlaku dan kelemahan yang sentiasa akan terjadi jika tidak dipantau setiap masa.


Sebagai BOS / CEO, adakalanya kita tidak perlu melihat pada laporan-laporan daripada kakitangan untuk mengetahui keadaan sebenar, adakalanya HANYA dengan MENYOAL soalan-soalan CEPU-CEMAS sahaja sudah memadai, jika kita menjadikannya satu amalan yang suka bertanya..orang-oran yang kena tanya akan merasa khuatir atau takut lantas mereka akan cuba melakukan yang terbaik.


Tetapi jangan hanya pandai menyoal sahaja, itu tidak cukup.....Pemeriksaan dan Penelitian secara FIZIKAL tehadap setiap laporan jualan atau perkhidmatan harus dilakukan juga tetapi diwaktu atau masa anda sendiri. Cari perkara-perkara yang janggal dan yang jarang-jarang wujud, kemudian lakukan siasatan susulan....


Ini semua tertakluk didalam kebolehan seseorang BOS / CEO untuk melakukan sesuatu keputusan dalam masa yang singkat dan sepantas yang boleh.
Di Barat...mereka menggalakkan setiap CEO untuk belajar berfikir dan membuat keputusan kurang dari 10 saat!!!


Ikutilah post selanjutnya.....


editor

No comments:

Post a Comment