Wednesday, January 19, 2011

TipsNiaga No.1 - RESTORAN - Post #6

RESTORAN
Memilih Lokasi Perniagaan


Memilih Lokasi Restoran adalah sama pentingnya dengan faktor-faktor yang lain seperti perkara untuk menetapkan Harga-Harga Menu, Modal Permulaan, Memilih Pekerja dan lain-lain.
Kerana dengan pemilihan yang tepat untuk menempatkan lokasi restoran akan menyumbang kepada kemajuan perniagaan restoran itu sendiri.


Perkara-Perkara Utama yang harus diambil berat untuk memilih LOKASI Restoran
1...Populasi Orang Ramai atau Population Base (PB)
2...Kemudahan Meletak Kenderaan atau Parking (P)
3...Mudah Ke Lokasi atau Accessibility (A)
4...Mudah Di Lihat atau Visibility


Perkara 1

  • Lokasi yang dipilih harus memiliki populasi orang ramai yang baik dimana kita mengharapkan pendedahan restoran kita kepada ramai orang.
  • Kerana itu sebelum anda memilih lokasi, pastikan anda melakukan kajian penduduk dan pemerhatian laluan orang ramai di lokasi yang dipilih.
  • Pilihan lokasi yang tepat akan menjimatkan anda kos pengiklanan kerana dengan berada dilokasi orang ramai.

Perkara 2

  • Kemudahan Meletak Kenderaan atau Parking juga amat penting bagi memastikan setiap bakal pelanggan dapat meletak kenderaan mereka dengan mudah dan berdekatan dengan restoran anda.
  • Berada di tengah-tengah orang ramai tetapi tidak memiliki kemudahan meletakkan kenderaan juga akan membuat perniagaan anda terjejas.

Perkara 3

  • Mudah ke Lokasi. Lokasi restoran yang anda pilih juga harus juga mudah dikunjungi tanpa perlu jalan yang berbelok-belok atau terceruk. Samaada untuk pelanggan yang berkenderaan mahupun yang menggunakan pengangkutan awam, banyak lokasi restoran berada dilokasi yang sukar dikunjungi dan jauh dari kemudahan awam.
  • Perkara ini juga akan membawa kesan jangka panjang terhadap pembangunan perniagaan restoran anda.

Perkara 4

  • Mudah Di Lihat. Selain untuk mudah dikunjungi, restoran anda juga harus dapat dilihat dengan mudah. Sebaiknya lokasi yang dipilih harus berdekatan dengan jalan-jalan utama dan bangunannya harus berada tidak jauh dari jalanraya.

KESIMPULAN
Kesemua faktor-faktor yang diterang diatas adalah untuk MEMASTIKAN restoran anda itu MUDAH dikunjungi, MUDAH meletak kenderaan, MUDAH dilihat dan berada ditempat yang ramai orang.
Jika kesemua ini dapat dipastikan maka penempatan restoran anda dilokasi seperti itu akan menjamin restoran anda tidak ada masaalah untuk mendapatkan pengunjung.


Jika tidak, anda perlu mengeluarkan kos-kos tambahan bagi mengiklankan restoran anda di akhbar-akhbar, majalah-majalah dan televisyen. lakukan penjimatan ini didalam tahap PERANCANGAN sebelum anda terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang kurang tepat.


Sila ikuti selanjutnya........


EDITOR

No comments:

Post a Comment