Monday, January 24, 2011

BOS / CEO GAGAL - Bhgn 7 - Post #35

TIPsNIAGA.COM Posting #35

BOS / CEO GAGAL #7
Apa perlu tahu....




UNTUNG - RUGI
Setiap BOS / CEO harus juga tahu dan sangat FAHAM apa itu UNTUNG dan RUGI, kerana ramai juga yang saya temui yang tidak begitu faham untuk mentakrifkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan itu mengalami KEUNTUNGAN atau KERUGIAN. Ni bukan cerita pelik atau rekaan semata.
Harus diketahui didalam menetapkan sesuatu HARGA atau NILAI terhadap Produk dan Perkhidmatan yang anda tawarkan akan ada Unsur-Unsur:-
1...HARGA BELI
     Harga yang anda dapat daripada Pengilang atau Pembekal


2...HARGA POKOK/ASAS
     Harga sesuatu Produk yang telah dimasukkan Kos-Kos Syarikat anda


3...HARGA JUALAN / PASARAN
     Harga sesuatu Produk yang telah dimasukkan Nilai Keuntungan yang anda inginkan


Antara Harga Beli dengan Harga Pokok, perbezaannya sekitar 25 - 35% bagi mencerminkan segala Kos untuk membawa produk tersebut ketempat anda, ini akan termasuk Kos-Kos Pengangkutan, Duti Import, Cukai, Tenaga Kerja dan kos-kos lain yang terlibat


Jika Harga Beli itu RM100 seunit dan jika dimasukkan kos-kos pengambilan maka ia akan menjadi sekitar RM135 seunit
Dan untuk menentukan HARGA JUALAN/PASARANnya pula, anda harus mengambil kira apa juga jenis KOMISEN PEKERJA dan KOS PENGHANTARAN termasuk INSURAN kepada pelanggan, kebiasaannya ia didalam sekitar 40% dari Nilai Harga Pokok/Asas dan ini bermakna Nilai Tambahan yang akan menjadikannya RM189 seunit (setakat memberi contoh)


RM189 ini belum lagi dimasukkan Nilai Keuntungan untuk Syarikat, dan untuk meletakkan NILAI bagi keuntungan pada Syarikat AKAN bergantung JENIS PERNIAGAAN APAKAH yang anda jalankan, adakah menjalankan perniagaan



  • Gerai / kedai / Restoran Makanan Bermasak
  • Kedai Runcit / Supermarket / Hypermarket
  • Bengkel / Peralatan Otomotive
  • Kereta / Motorsikal
  • dan yang lain-lain....



JUGA Konsep Pemasaran Perniagaan anda itu didlam katefori apa...adakah menurut Jualan Konsep:-

  • Konvensional
  • Jualan Langsung
  • Multi Level
  • Networking
  • Dan lain-lain



Jenis-Jenis Perniagaan tersebut akan ADA sesuatu NILAI KEUNTUNGAN yang harus diraih menurut ketetapan pasaran atau yang ditetapkan oleh sesuatu badan penggubal undang-undang Kerajaan.
Tetapi yang jelas, setiap NILAI KEUNTUNGAN adalah serendah 50% daripada HARGA ASAS/POKOK sesuatu Produk tersebut, sehinggalah ketahap 1,000% didalam amalan sesetengah syarikat MLM.


Oleh yang demikian, sebagai BOS / CEO anda perlu bijak untuk membuat sebarang PERKIRAAN bagi menentukan UNTUNG-RUGI sesuatu produk dan perkhidmatan yang syarikat anda tawarkan kepada umum, jangan melakukan kesilapan kerana dengan kesilapan yang kecil berkemungkinan anda mengalami kerugian yang besar.
Begitu juga jangan terlalu meletakkan Margin Keuntungan yang terlalu tinggi kerana SIKAP itu akan memakan diri anda sendiri.
Kerana seorang PENIAGA yang berOtak JUJUR, mereka akan MENJAGA KEPENTINGAN UMUM secara amnya bukan sekadar mencari keuntungan jangkamasa pendek sahaja, yang boleh mengakibatkan perniagaan mereka kehilangan pelanggan dalam jangkamasa panjang.


Sila ikuti posting selanjutnya....


editor



No comments:

Post a Comment