Sunday, January 23, 2011

BOS / CEO GAGAL - Bhgn 3 - Post #31

BOS / CEO GAGAL #3
Apa yang perlu mereka tahu


Sebagai seorang BOS atau CEO untuk syarikat anda sendiri samaada yang berskala besar ataupun berskala kecil, beberapa perkara didalam URUS-TADBIR hal ehwal harian syarikat adalah menjadi TANGGUNGJAWAP mereka pada setiap hari.
Perkara-Perkara tersebut adalah:-


ALIRAN KELUAR-MASUK WANG
Segala pengaliran keluar-masuk wang haruslah didalam kawalan dan sentiasa didalam perhatian terutama perniagaan yang berbentuk tunai seperti kedai-kedai makan, pasar, runcit, kedai gunting rambut, kedai dobi dan yang lain-lain.
Setiap Wang Tunai yang masuk harus ada pengrekodan yang betul dan harus dimasukkan kedalam Bank dihari bekerja berikutnya.
Langkah ini akan memberikan manfaat untuk jangkamasa panjang yang menggambarkan perniagaan anda sentiasa berkembang ataupun tidak melalui laporan kewangan keluar masuk daripada pihak Bank
Juga boleh digunapakai untuk hal-hal memohon Dana dengan membuat pinjaman dari pihak Bank dikemudian hari


Yang penting, segala pengaliran KELUAR wang yang perlu dilakukan harus didasarkan kepada keperluan harian dan bulanan perniagaan anda seperti yang telah ditetapkan lebih awal.
Walaupun syarikat atau perniagaan tersebut anda yang punya atau milik anda, anda tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan wang syarikat atau perniagaan anda itu untuk tujuan atau hal-hal peribadi anda yang diluar dari TANGGUNGAN SYARIKAT anda sendiri.


Ketetapan yang adil dan yang paling bernas ialah, setiap keperluan kewangan anda harus anda tetapkan sendiri di awal penubuhan syarikat seakan-akan anda menerima GAJI daripada majikan.
Anda perlu menetapkan berapakah GAJI yang perlu anda ambil daripada perniagaan anda sendiri dan setelah ianya ditetapkan oleh anda sendiri, anda HARUS patuh pada ketetapan tersebut sehingga perniagaan anda mampu untuk menaikkan GAJI anda.


Jika anda mengamalkan sikap "USE FIRST" atau "PAKAI DULU", maka segala sistem kewangan perniagaan anda akan menjadi kocar-kacir dan selalunya perbuatan tersebut akan MEMAKAN MODAL dan akhirnya anda tidak mampu untuk menggantikan atau memulangkan kepada syarikat anda sendiri.


Didalam peruntukkan undang-undang tubuh syarikat juga disebut KESALAHAN menggunakan WANG atau DANA syarikat sendiri dan perbuatan tersebut sebagai Kesalahan PECAH AMANAH, jika sabit kesalahan...anda boleh dipenjarakan!!!
Inilah yang disebutkan sebagai ETIKA sebagai BOS perniagaan anda sendiri...jadi jangan cuba-cuba melanggarnya....




Dalam 10 kes yang saya tangani terhadap pelanggan, saya dapati 8 daripada 10 BOS-BOS melanggar Etika ini dan kerana itu perniagaan mereka hampir lumpuh dan memerlukan pertolongan bukan sahaja bantuan kewangan tetapi khidmat nasihat profesional bagi membantu mereka membangun semula....Tetapi ramai yang terpaksa gulung tikar!


Ikuti post selanjutnya.....


editor

No comments:

Post a Comment