Thursday, January 27, 2011

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #3 - Post #47

TIPsNIAGA.COM Posting #47

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #3
Dimana Duduknya Sistem FRANCHISE....


SISTEM FRANCHISE
Sistem Franchise adalah salah satu daripada SISTEM didalam SISTEM PEMASARAN Produk & Perkhidmatan.
Jika Sistem MLM menggunakan kaedah pemasaran terus kepada ahli-ahli yang berdaftar dengan syarikat dan ahli-ahli ini menjadi Ejen dan pembeli sekali gus
Tetapi didalam Sistem Franchise, setiap ahli yang mendaftar perlu mengeluarkan MODAL yang besar sebagaimana biasa untuk membuka perniagaan yang baharu tetapi melalui Sistem Franchise ini, mereka akan dapat berniaga dengan menggunakan JENAMA-JENAMA yang telah berjaya dan terkenal.
Mereka hanya perlu membayar ROYALTI kepada syarikat Induk yang memberikan HAK untuk mereka menggunakan Jenama dan Produk/Perkhidmatan .


KELEBIHAN FRANCHISEE
Jika menggunakan Sistem Franchise, 80% kemungkinan anda berjaya telah berada pada JENAMA yang anda gunakan dimana JENAMA tersebut telah dikenali ramai dan pelanggan-pelanggan telah TAHU akan prestasi dan mutu yang disediakan.
Anda hanya perlu berusaha sebanyak 20% lagi didalam mengekalkan MUTU Produk dan Perkhidmatan yang diberikan melalui penggunaan Jenama tersebut.


KELEBIHAN FRANCHISOR
Bagi syarikat yang memiliki HAK perniagaan INDUK pula, mereka dapat MENJIMATKAN banyak perbelanjaan untuk membuka Cawangan-Cawangan didalam dan diluar Negara mereka sendiri melalui Sistem Franchise ini, dimana setiap Cawangan dibiayai sepenuhnya oleh pihak Franchisee.
Sebagai syarikat INDUK mereka hanya menumpukan perhatian kepada pemantauan dan kesinambungan bekalan bahan-bahan mentah, pengiklanan, latihan dan urusan-urusan yang berjenaan dengan penjenamaan.


Walaupun melalui Sistem Franchise, Angka KEUNTUNGAN bagi Franchisor kecil sedikit TETAPI melalui Sistem Franchise mereka dapat MELUASKAN perniagaan mereka kemana sahaja tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. 
Dan pengurusan Cawangan-Cawangan pula menjadi mantap kerana ia diusahakan oleh orang-orang yang sangat berminat dan sanggup mengeluarkan modal yang besar, jadi pertanda untuk mereka sambil lewa didalam menjalankan perniagaan amat tipis.


PERBEZAAN FRANCHISE & MLM
Melalui Sistem MLM, setiap syarikat tidak akan dapat mengekalkan seseorang Business Owner yang berdaftar dengan mereka kerana Sistem MLM ini agak longgar dimana peluang untuk pengusaha berhenti amat besar kerana modal yang dikeluarkan tidak cukup besar.
Inilah fenomena yang dapat kita lihat didalam Sistem perniagaan MLM dimana pada setiap masa kita dapat melihat orang keluar-masuk menjalankan perniagaan tersebut.


Tidak seperti Sistem Franchise diamana jika anda ingin berhenti berniaga, anda terpaksa berfikir beribu-rinu kali disebabkan pelaburan modal yang sangat besar telah dilakukan. Itulah sebabnya perniagaan yang bersistemkan FRANCHISE yang menggunakan Jenama-Jenama yang KUKUH akan dapat bertahan lebih lama.
Yang tidak dapat bertahan ialah dari golongan yang tidak pandai mengawal KEWANGAN perniagaan mereka, dimana SALAH-LAKU atau SALAH-GUNA Kewangan berlaku. Kerana itu mereka gagal bertahan. bagi kes-kes Franchise yang memiliki Jenama yang kurang kukuh atau Jenama yang baharu, kemungkinan mereka akan gagal tidak dapat dinafikan disebabkan penjenamaan yang belum terkenal serta pengalaman syarikat Induk untuk mengawal-selia kesemua aspek perniagaan Franchise adalah baharu kepada mereka.


ULASAN
bagi yang ingin menceburi bidang FRANCHISE, seperti yang pernah ditulis dipost yang terdahulu, anda perlu ada sikap meneliti dan berhati-hati, bukan tidak boleh membantu Jenama Baharu untuk bertapak tetapi anda perlu meneliti pelbagai aspek sokongan yang boleh didapati oleh anda daripada pihak syarikat Induk atau Franchisor dan juga sokongan yang diterima oleh pihak Franchisor daripada badan-badan Penguasa Tempatan dan Kerajaan
Jika sokongan yang mereka terima adalah padu serta mereka mempunyai matlamat, halatuju dan pengurusan yang meyakinkan untuk jangkamasa panjang, anda boleh mempertimbangkan untuk menyertai mereka.


Begitu juga halnya dengan perniagaan MLM, penelitian perlu dilakukan terhadap maturity perniagaan dan produk-produk yang mereka tawarkan kerana faktor-faktor tersebut akan menentukan anda berjaya bertahan ataupun tidak


editor
 

No comments:

Post a Comment