Saturday, January 22, 2011

APA ITU NIAGA - Post #22

APA ITU NIAGA
Asas dan Pengertian


NIAGA
yang bermula daripada urusan jual-beli atau pertukaran barangan antara dua pihak dengan sesuatu NILAI yang dipersetujui.
Jika pada zaman dahulu kala, setiap proses Jual-Beli menggunakan kaedah PERTUKARAN BARANGAN yang sama nilai sebagai urusan Jual-Beli dan apabila ramai orang tidak memiliki barangan untuk ditukar TETAPI mahu mendapatkan sesuatu barangan, maka sistem MATAWANG diperkenalkan.


Dengan cara MATAWANG, setiap yang berhajat sesuatu barangan akan dapat membelinya dengan menggunakan MATAWANG yang diperakui oleh kawasan, negeri dan negara mereka sehingga diperluaskan ke seluruh dunia.


Dari situ bermulanya Sistem Perbankkan untuk menyimpan Matawang orang ramai, dan dari situ juga segala sistem pelaburan didalam perniagaan bercambah dengan pesatnya sehingga menerbitkan ramai USAHAWAN untuk mereka-cipta dan membuat sesuatu barangan yang dikehendaki oleh orang ramai atau dikenali dalam bahasa niaga sebagai PERMINTAAN atau DEMAND.


Setiap Pengusaha pula akan membina Kilang-Kilang Pembuatan Barangan mengikut permintaan ramai lalu dijual.
Pengusaha yang memiliki Kilang Pembuatan dinamakan sebagai PENGILANG atau MANUFACTURER.
Pengilang atau Manufacturer ini pula perlu MENJUAL barangan mereka dengan menggunakan khidmat JURUJUAL, jika pada zaman dahulu..hanya Pengilang dan Jurujual sahaja yang wujud disamping Pengguna yang dikenali sebagai PEMBELI atau BUYER.


Apabila sesuatu barangan itu dikehendaki oleh kawasan ,daerah, negeri dan negara lain, maka si Pengilang akan mencari Wakil-Wakil Jualan di tempat-tempat tersebut dengan memberikan HAK untuk menjual Barangan mereka dengan kadar harga yang ditetapkan setelah mengambil kira keuntungan dan kos-kos operasi kedua-dua belah pihak.
Wakil-Wakil Jualan ini juga dikenali sebagai Authorised Distributor bagi tujuan tersebut dan setiap Authorised Distributor akan menggajikan Jurujual mereka sendiri.


Dan jika kawasan, daerah, negeri dan negara yang diwakili itu amat luas, mereka akan menubuhkan Cawangan-Cawangan untuk MENGEDAR barangan tersebut atau melantik orang Pengusaha lain sebagai Wakil Daerah mereka..Disinilah mulanya SISTEM RANGKAIAN PEMASARAN atau Marketing Network System.


Setiap Agensi Pemasaran akan menggajikan Jurujual mereka sendiri untuk memastikan penjualan barangan yang dibeli secara pukal itu dapat dijual terus kepada pengguna atau orang ramai.
Melalui kemajuan zaman dan kederasan kemajuan teknologi maklumat, Sistem Pemasaran ini sering berubah-rubah dan semakin banyak ceraian dan rangkaiannya hingga kini ia dikenali dengan banyak nama-nama.


Walaupun mempunyai banyak nama, ianya maseh tertakluk atau duduk didalam Marketing & Sales Department atau jabatan Pemasaran & Jualan bagi sesebuah syarikat.
Samaada ianya maseh bertaraf Pengilang atau yang bertaraf Syarikat Pemasaran sahaja.


NIAGA bukan hanya setakat melahirkan para USAHAWAN tetapi ia juga berfungsi sebagai penyedia peluang-peluang pekerjaan didalam sesebuah organisasi yang ditubuhkan. melalui aktiviti ini EKONOMI orang ramai yang terlibat dapat dipertingkatkan dan kemampuan mereka untuk berbelanja juga terbit dengan perolehan Wang Imbuhan atau GAJI yang diterima.


Jadi, konteks NIAGA ini amat berpengaruh didalam setiap KEHIDUPAN dan KEKUATAN EKONOMI sesebuah Negara. Jika setiap perniagaan runtuh atau gagal maka akan ramai yang akan kehilangan pekerjaan lantas kehilangan pendapatan.
Hasilnya akan menjejas kemajuan sesbuah Ekonomi rumahtangga dan juga Negara yang akan kehilangan sumber pendapatan dari pungutan Cukai-Cukai Perniagaan.


Akan tetapi, Sistem PERTUKARAN BARANGAN bagi tujuan Jual-Beli maseh lagi diamalkan dan ianya sering dilakukan diantara sesebuah Negara dengan Negara yang lain, dimana sesebuah Negara itu sanggup membekalkan umpamanya Minyak Mentah untuk mendapatkan barangan seperti beras, gula, Tepung dan sebagainya dimana segala terma & syarat dipersetujui bersama dan kegiatan ini tidak melibatkan pembayaran dengan menggunakan MATAWANG.


NIAGA sebenarnya amat penting walau sekecil mana juga pun saiz operasinya, jika ianya dilakukan dengan betul dan menurut etika perniagaan yang sebenar, sebenarnya ia telah menyumbang kepada PEMBANGUNAN EKONOMI orang-orang yang terlibat dengan perniagaan tersebut.


Begitu juga jika NIAGA ini disalahgunakan tujuannya sehingga ada unsur-unsur PENIPUAN maka orang-orang yang terlibat didalam urusniaga tersebut akan mengalami KERUGIAN dan lantas akan meruntuhkan Ekonomi mereka dan terjerumus kedalam kancah kesusahan sehingga akan menjejas pelbagai urusan didalam rumahtangga mereka.
Jika terlalu ramai yang menerima nasib sebegini maka keseluruhan sistem ekonomi kawasan, daerah, negeri dan negara akan terjejas teruk, lebih-lebih lagi jika sesebuah negara itu tidak mempunyai sumber Alam semulajadi untuk dijual-beli, yang semata-mata memiliki sumber manusia.


Melalui proses inilah PENJAJAHAN EKONOMI akan bermula, samaada dibahagian orang persendirian mahupun Negara, kerana untuk keluar dari kemelut kewangan, sesorang itu memerlukan pinjaman kewangan untuk bangkit dan menyempurnakan kehendak dan keperluan harian mereka.
Jika mereka meminjam daripada Along-Along atau Sindikit Kewangan, maka masaalah ini akan bertambah tenat sehingga boleh mengancam nyawa orang-orang yang terlibat, jika diperingkat Negara pula, Negara-Negara yang terjerat dengan Pinjaman-Pinjaman yang tidak dapat dibayar akan menjadi HAMBA ABDI kepada negara lain yang memberi pinjaman dengan terpaksa tunduk dengan kemahuan-kemahuan mereka untuk menjajah dari segi Ekonomi.


Perkara NIAGA ini selalunya dipandang remeh oleh semua orang, kerana itu wujud pelbagai Skandal Penipuan didalam dunia perniagaan.


editor

No comments:

Post a Comment