Tuesday, January 25, 2011

PELABURAN #2 - Post #39

TIPsNIAGA.COM Posting #39

PELABURAN #2
Dipelbagaikan......


Baik, setelah mengetahui pelaburan Black Money Scam, sekarang kita beralih kepada topik Melabur dan Taburan Pelaburannya


MELABUR & TABURAN PELABURAN
Pelabur yang berpengalaman selalunya tidak meletakkan kesemua wang mereka didalam SATU JENIS pelaburan (yang berdaftar) tetapi mereka mempelbagaikan jenis-jenis pelaburan mereka kebeberapa bidang dan contohnya seperti:-

  1. Saham
  2. Hartanah
  3. Komoditi
  4. Banking
  5. Insuran
  6. Emas dan logam berharga lainnya



Ini dilakukan untuk memastikan Pelaburan mereka itu akan menjana pulangan secara keseluruhan dan bukan didasarkan kepada sesuatu jenis pelaburan (semestinya jumlah wang yang besar diperlukan)
Jika mereka meletakkan 6 Jenis Pelaburan diatas, mereka akan mengumpulkan segala kemajuan pelaburan-pelaburan itu didalam satu KIRA-KIRA dan mengkaji pulangannya, dan apabila sesuatu jenis pelaburan itu lemah, mereka akan menukarkannya kepada jenis-jenis yang lain. Ini bagi memastikan setiap pelaburan mencipta keuntungan.


Pelabur-Pelabur berpengalaman seperti ini tidak bergerak bersendirian didalam menangani pelaburan mereka tetapi mereka akan MELANTIK Firma-Firma Pelaburan yang BERTAULIAH serta berpengalaman untuk bertindak sebagai Pengurus pelaburan mereka dan semua urusan dilakukan secara profesional dimana salah laku dan salah labur jarang berlaku.
Dengan melantik Firma-Firma Pelaburan yang bertauliah, mereka dapat menumpukan perhatian mereka terhadap setiap pergerakan dan kemajuan sesuatu jenis pelaburan itu tanpa perlu melakukan kerja-kerja trading dimana tugas ini dilakukan oleh Firma Pelaburan.


Firma Pelaburan ini juga tidak akan bertindak mengalih, menukar atau menjual pelaburan-pelaburan yang dibuat tanpa mendapat persetujuan dan arahan si pelabur, dimana diantara Firma Pelaburan dan Si Pelabur akan berhubung rapat untuk memberi status sesuatu pelaburan. Firma-Firma Pelaburan seperti ini akan memberikan khidmat nasihat profesional mereka jika didapati si pelabur kurang pasti untuk melakukan sesuatu keputusan.
Harus diketahui, untuk melabur menggunakan Firma-Firma Pelaburan seperti ini, Modal yang diperlukan sangat besar diantara USD500K keatas, tetapi khidmat profesional mereka amat berkesan didalam menjalankan tugas-tugas mereka.


Maseh ada juga terdapat Firma-Firma Pelaburan kecil-kecilan tetapi kepakaran yang disediakan oleh mereka amat terbatas kerana tidak memperoleh pakar-pakar pelaburan untuk bekerja di Firma-Firma mereka, lantas menjadikan Firma mereka kurang diyakini oleh pelabur-pelabur atasan.


Yang menarik mengenai Firma Pelaburan yang berkelas Dunia, perkara pertama yang ditanya kepada Bakal Pelabur yang mendapatkan khidmat mereka ialah "Berapa anda mahu buat" atau "how much do you want to make", dari situ mereka akan membincangkan secara terperinci untuk bagaimana untuk merealisasikannya.


Ini berbeza dengan Syarikat-Syarikat Pelaburan kecil yang sering menjanjikan pulangan yang  besar dan menggunakan sejarah pendaftaran tubuh syarikat (berapa lama sudah didaftar) untuk meyakinkan Bakal Pelabur, tetapi mereka tidak memiliki strategi yang mantap untuk bagaimana sesuatu pelaburan itu dapat dilakukan, termasuk pelan-pelan kecemasan jika sesuatu jenis pelaburan itu ditimpa kemerosotan mendadak.


Firma-Firma Pelaburan kecil selalunya terlambat mendapat sesuatu informasi pelaburan kerana mereka juga bernaung dibawah Firma-Firma Pelaburan yang lebih besar, dimana wang pelaburan dari syarikat mereka di"tumpangkan" didalam firma-firma tersebut. Ini bermaksud jika anda seorang Pelabur di Syarikat Pelaburan, anda akan menjadi orang yang ketiga untuk mengetahui sesuatu..lain halnya dengan melanggan Firma Pelaburan yang besar, anda menjadi orang kedua untuk TAHU setelah mereka. Ini beza dan risikonya


Melabur secara besar sememangnya akan menempuh RISIKO yang sangat tinggi, tetapi didalam Dunia PELABURAN, cara pakar-pakar mengendalikannya adalah seperti Pakar-Pakar Alam Sekitar yang dapat MERAMAL pergerakan Gempa Bumi di seluruh Dunia, dimana mereka memiliki pelbagai peralatan dan teknologi tonggi untuk mengesan sesuatu pergerakan Bumi sebelum sesuatu gempa itu berlaku. Kaedah yang sama dilakukan oleh Pakar-Pakar Pelaburan, mereka dengan pelbagai teknologi dan hubungkait dengan pembuat dasar Pemimpin-Pemimpin Dunia akan dapat mengenal pasti sesuatu KENAIKAN atau PENURUNAN  sesuatu jenis pelaburan itu sebelum ianya akan berlaku.
lantas mereka akan mempersiapkan strategi-strategi untuk mengelak lebih awal daripada terjebak dengan kejatuhan harga atau nilai


Kepada pelabur-Pelabur kecil, sungguh pun tidak menggunakan khidmat kepakaran Firma-Firma seperti itu tetapi anda maseh boleh membuat pelbagai pelaburan dengan syarat anda harus memilih jenis-jenis yang kurang risiko, kurang cergas turun-naiknya dan pelaburan-pelaburan itu tidak memerlukan pemantauan yang teliti. Tetapi jangan letakkan seluruh kepercayaan kepada Ejen-Ejen Pelaburan anda kerana berkemungkinan mereka tersilap adalah besar. Oleh itu, anda perlu mengikuti pergerakan pasaran secara berterusan.


Topik ini berlainan dengan cara anda melabur wang didalam syarikat-syarikat MLM, produk kesihatan dan kecantikan, peruncitan atau apa juga yang dilakukan secara kecil-kecilan, walaupun takrifannya juga MELABUR tetapi ianya duduk di Liga yang berlainan.
Dimana faktor Untung-Rugi akan hanya bergantung kepada penerimaan pengguna/pelanggan yang menggunakan produk-produk tersebut. (Demand / Supply - Consumers)
Walaupun pelaburan jenis sebegini berada didalam Liga yang berlainan, Urus-Tadbir sesebuah syarikat itu perlu memastikan perjalanan jualan produk syarikat mereka harus distrategikan dengan baik dan efektif


Begitu juga halnya dengan membuat pelaburan untuk diri sendiri apabila anda membuka gerai makan umpamanya, disini andalah si pelabur, anda lah firma pelaburan dan anda juga yang melakukan segalanya untuk mendapatkan segala pulangan.
Yang penting, buatlah sesuatu pelaburan itu dengan hati-hati serta dengan ILMU didalam bidang tersebut (Bukan Ilmu Hitam yer)


editor


No comments:

Post a Comment