Saturday, January 22, 2011

FRANCHISE DGN MLM - Post #20

FRANCHISE DGN MLM
Cara untuk mengenalinya...


Semua SISTEM PEMASARAN memiliki Nama yang tersendiri untuk menjelaskan cara yang bagaimana PEMASARAN sesuatu produk atau perkhidmatan itu dijalankan
Ini termasuklah Dua (2) nama popular dikalangan peniaga dan orang ramai iaitu SISTEM FRANCHISE dan SISTEM MLM atau Multi Level Marketing.


Untuk mengenalinya


Sistem FRANCHISE

  • Perniagaannya memberi HAK kepada lain-lain PENGUSAHA untuk membuka cawangan-cawangan pilihan mereka dengan menuruti segala SYARAT MENGGUNAKAN JENAMA PERNIAGAAN tersebut 100%.
  • MODAL ASAS diperlukan seperti kehendak setiap pemberi lesen atau Hak Franchisee dan kebanyakan daripada produk mereka lebih tertumpu kepada Makanan Segera atau Perkhidmatan-Perkhidmatan Mudah untuk orang ramai.
  • PEMASARAN produk maseh menggunakan cara KONVENSIONAL iaitu melalui PENGIKLANAN yang meluas didalam semua Media Massa dan para pelanggan selalunya akan datang sendiri ke premis perniagaan untuk membeli.

KESIMPULANNYA

  • Dari Franchisor HAK berniaga itu HANYA kepada Franchisee, dalam perkataan lainya si Franchisor adalah Peniaga UTAMA dan Franchisee adalah Rakan Niaga.

SISTEM MLM
Ini berlainan dengan Sistem MLM

  1. SISTEM MLM hanya melantik Affiliate Members (Ahli Bergabung/Sekutu) untuk dijadikan sebagai PEMBELI dan PENJUAL Produk-Produk mereka.
  2. Dan setiap Affiliate Member mempunyai Hirarki Jawatan yang akan menentukan JUMLAH KOMISEN yang mereka akan raih.
  3. Affiliate Members mereka tidak ada batasan pada jumlahnya, lagi ramai lagi baik untuk syarikat induk.
  4. Cara Jualan MLM adalah kepada Ahli-Ahli Berdaftar sebagai Affiliate Members, mereka adalah pembeli dan pengguna juga sebagai Ejen Jualan syarikat induk.
  5. Affiliate members selalunya dikenakan syarat untuk membeli SET Produk untuk diiktiraf sebagai AHLI syarikat. Lain-lain kemudahan seperti pengiklanan dilakukan oleh syarikat induk.
  6. Tugas Affiliate Members HANYA tertumpu kepada tugas-tugas MENJUAL dan MENCARI AHLI BARU untuk dijadikan sebagai PEMBELI dan PENGGUNA.

KESIMPULANNYA

  • Apa juga jenis perniagaan yang MENGGUNA-PAKAI SISTEM PEMASARAN YANG BERTINGKAT dan TERTUTUP penjualan produknya kepada sesama AHLI, maka perniagaan jenis itu DUDUK didalam SISTEM PEMASARAN MLM...Walaupun beribu kata sangkalan dari pihak pentadbir atau pengusaha syarikat.

LESEN FRANCHISE DAN MLM

  1. Kedua-dua jenis perniagaan ini berbeza jenis perlesenan untuk perniagaan mereka dimana untuk syarikat-syarikat FRANCHISE mereka tertakluk dibawah Akta FRANCHISE, manakala perniagaan jenis MLM harus memohon Lesen dari AJL atau Akta Jualan Langsung dari kementerian yang bertanggungjawap.
  2. Sebagai peringatan, MLM tidak ada LESEN KHUSUS untuk mereka kerana MLM maseh menggunakan sistem jualan langsung didalam modus operandi mereka.
  3. Lesen yang sama ialah Lesen PENDAFTARAN SYARIKAT daripada SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA.
  4. Lesen ini TIDAK BOLEH DIKATAKAN sebagai Lesen MUTLAK untuk perniagaan FRANCHISE mahupun MLM. Ia hanya berfungsi sebagai PENGIKTIRAFAN MENJALANKAN PERNIAGAAN DI DALAM NEGARA atau Tubuh Syarikat.

editor

No comments:

Post a Comment