Friday, January 21, 2011

MLM - LANGKAH SELANJUTNYA - Post #15

MLM - LANGKAH SELANJUTNYA
Apa perlu difikirkan....


Secara bijaknya, anda dinasihatkan agar jangan mudah tercebur didalam perniagaan yang menggunakan Sistem MLM didalam kaedah pemasaran produk-produk mereka.
Jika anda mahu juga terlibat dengan sistem ini, jangan IMBUHAN yang LUMAYAN dan JANJI-JANJI MANIS yang dijadikan ukuran


Tetapi ianya harus dilihat dari sudut PERNIAGAAN yang BERNAS adakah sesuatu Produk yang ditawarkan untuk dipasarkan itu benar-benar baik, berkualiti dan bermanfaat kepada orang ramai.
Jika ianya benar-benar memiliki Kualiti yang baik dan anda lihat ia sangat berguna kepada ramai orang, maka anda harus dengan yakin menganggotai mereka dengan KEYAKINAN dari sudut dan nilai Komersial.


Kerana dengan keyakinan sedemikian sahaja yang akan dapat membuat anda bertahan didalam syarikat tersebut serta akan dapat menjualnya tanpa perlu melakukan pelbagai pembohongan mengenai KEKAYAAN, KEBEBASAN serta KESENANGAN yang ditawarkan.


Ramai orang terjebak dengan strategi yang singkat fikiran seperti ini sehingga mereka menipu diri mereka sendiri demi untuk mengisi kantung sendiri tanpa mengira fakta-fakta yang bersandarkan HAKIKAT sebenar.


Tidak ada PENGUSAHA didalam dunia perniagaan yang mahu PRODUK mereka dijual secara GELAP atau dalam KAWALAN tanpa diketahui oleh Masyarakat UMUM DUNIA!...Kerana penduduk dunia itu sendiri berjumlah sangat besar daripada peratusan 1% yang menggunakan penjualan sistem MLM.


Dan telah ramai pengusaha zaman dahulu yang menggunakan sistem MLM beralih kepada sistem konvensional disebabkan oleh ketandusan pergerakkan didalam sistem MLM itu sendiri yang boleh menjejas kemajuan penjualan produk syarikat mereka.


Kepada yang ingin mula berniaga, jangan rosakkan impian dan wang anda disebabkan sesuatu bidang perniagaan yang anda tidak mahir dan tidak anda ketahui. lakukan sesuatu pada apa yang anda tahu dan apa yang anda mahir terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko kerugian.


editor

No comments:

Post a Comment