Monday, January 24, 2011

BOS / CEO GAGAL - Bhgn 6 - Post #34

TIPsNIAGA.COM Posting #34
BOS / CEO GAGAL #6
Apa perlu tahu....




Perkara ini juga harus diFAHAMI dengan betul oleh para BOS / CEO bagi apa juga jenis perniagaan yang mereka lakukan iaitu IKLAN


APA ITU IKLAN
Iklan ADALAH suatu Alat untuk memberitahu orang ramai mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan anda.


Penggunaan IKLAN amat perlu kepada apa juga jenis perniagaan kerana melalui PENGIKLANAN

  • orang ramai akan dapat maklumat terkini
  • Apakah yang anda tawarkan
  • Keistimewaan yang ada pada sesuatu produk atau perkhidmatan
  • Dimana mereka boleh dapati
Jika kita melihat nama-nama syarikat besar yang sudah established maseh juga menggunakan iklan untuk memasarkan jenama mereka, kita boleh lihat iklan-iklan tersebut melalui Media Television, Akhbar-Akhbar, Leaflets, Radio dan Media Massa yang lain...Soalnya KENAPA?


PENGIKLANAN adalah suatu permainan Psikologi kemanusiaan dimana setiap MANUSIA akan segar ingatan mereka kepada sesuatu benda, wajah, maklumat atau sejarah dalam apa juga hal HANYA dalam masa 14 hari sahaja.
Manusia akan PUDAR ingatannya kepada sesuatu dari hari ke-7 dan akan menyimpan maklumat yang dilihat samaada melalui pendengaran, pembacaan dan penglihatan kedalam MEMORY yang wujud didalam OTAK.
Jika sesuatu itu tidak perlu diingati, Otak akan secara perlahan-lahan menyimpan DATA tersebut dan anda akan seakan-akan LUPA selepas 14 hari kemudian.


Kerana itulah IKLAN ini perlu didalam memainkan peranan sebagai PENGINGAT atau ALAT PEMBERITAHU kepada semua orang.
Jika anda sering mengiklankan produk dan perkhidmatan perniagaan anda dengan kerap, maka INGATAN orang ramai terhadap produk, perkhidmatan dan nama syarikat anda akan sentiasa segar didalam ingatan mereka, dan ini akan mendorong diri seseorang itu untuk MEMBELI atau MELANGGAN produk dan perkhidmatan yang anda sediakan.


Jika terdapat ramai peniaga yang memasarkan produk dan perkhidmatan yang SAMA, bakal-bakal pelanggan akan menentukan PILIHAN mereka kepada DAYA INGATAN mereka, jika syarikat anda yang paling kerap mengiklan daripada syarikat-syarikat yang lain, maka DORONGAN untuk ketempat anda adalah CERAH
Kedua, peperangan HARGA akan berlaku diantara peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan yang sama, disini pelanggan akan MEMILIH samaada HARGA yang TERENDAH atau mereka akan memilih POPULARITI atau NAMA SYARIKAT yang sering mengiklan, juga faktor tahap LAYANAN yang diberikan.


Inilah kekuatan IKLAN terhadap apa juga jenis perniagaan, akan tetapi anda perlu berhati-hati ketika melakar iklan-iklan anda, biar apa juga maklumat mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan itu BENAR dan TEPAT samaada mengenai Spesifikasi Produk dan Spesifikasi Jualan.
Kerana dengan memberi MAKLUMAT yang SALAH terhadap Pelanggan atau Pengguna, anda akan terlibat dengan masaalah Undang-Undang yang diperuntukkan didalam AKTA PENGGUNA dan PENGIKLANAN.


Ramai Usahawan yang mengeluarkan Iklan-Iklan yang tidak bertanggungjawap sehingga memutarbelitkan Fakta-Fakta produk dan perkhidmatan yang sebenar samaada di Media Akhbar, TV, Leaflets, Internet dan sebagainya.
Perbuatan ini sebenarnya telah MEMBUNUH peluang anda sendiri untuk MAJU dan BERKEMBANG didalam dunia perniagaan. Dimana apa yang anda tawarkan atau beritahu melalui iklan tidak terdapat didalam keadaan sebenar.


Perbuatan seperti ini diklasifikasikan sebagai PENIPUAN MAKLUMAT dan anda bukanlah didlam kategori peniaga-peniaga yang JUJUR dan BERTANGGUNGJAWAP terhadap Masyarakat dan Negara


Ikuti posting selanjutnya....


editor

No comments:

Post a Comment