Friday, January 28, 2011

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #5 - Post #49

TIPsNIAGA.COM Posting #49

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #5
Harga...Harga...Harga....


Melalui Post #48 anda telah dibawa untuk memahami meletak Nilai atau Harga pada sesuatu produk dan kali ini adalah lanjutan daripada topik berkenaan.


Sebelum kita pergi jauh, saya ingin mengajak anda untuk MEMAHAMI konteks berniaga yang memberikan khidmat perbekalan pelbagai-bagai keperluan ASAS kepada orang ramai yang juga yang sesama manusia, Jika diukur dari sudut Etika Berniaga mahupun pandangan apa juga Agama didunia ini, BERNIAGA adalah pekerjaan yang sangat MULIA kerana golongan Peniagalah yang membawa dan menghasilkan sesuatu produk bagi kegunaan ramai. Disini, KEMULIAAN tersebut sangat tinggi. Sama seperti anda memberi orang lain MAKAN!


Tetapi jika anda dari jenis seorang Pengusaha yang TAMAK dan dari jenis yang mementing KEUNTUNGAN semata-mata, adakah ianya relevan dengan KEMULIAAN yang patut diterima?..Jadi jawapannya mudah...TIDAK!
Cuba buat sedikit perkiraan ini, jika anda membeli sesuatu produk dari syarikat MLM contohnya dengan Harga RM100, berapakah agaknya NILAI atau HARGA POKOK produk tersebut?


Untuk itu anda harus menyelidik berapa ramaikah Hirarki yang diguna-pakai oleh syarikat MLM tersebut, kebiasaannya adalah 16 tingkat (maksima), baik kita anggarkan mereka hanya ada 8 tingkatan, dan setiap tingkat akan mendapat kominsen sebnyak 25% sebagai Imbuhan Jualan, jika dikalikan 8...bermakna ia telah mencecah 200%. ..Itu bermakna, Nilai atau Harga Kilang produk tersebut sekitar RM50 sahaja
Dan pihak Pengilang juga akan mengambil Keuntungan Pengilangan sekitar 40% dari kos bahan Mentah, dan perkiraan itu akan membawa kita kepada Nilai atau Harga RM30 untuk keseluruhan Kos Pengilangan dan RM20 untuk Keuntungan Pengilang.


Cuba kita berfikir, jika Pengilang tidak menggunakan Sistem MLM untuk menjual Produk-Produk mereka dan menggunakan Sistem Peruncitan Konvensional, berapakah anggaran Harga Jualan bagi produk yang sama?
Dalam Sistem Konvensional, akan hanya ada 4 tingkatan sahaja seperti:-

  1. Pengilang
  2. Pengedar/Pemborong Tunggal
  3. Pengedar/Pemborong Daerah
  4. Peruncit

Jika setiap tingkatan mengambil 40%  x3 = 120% + 40% bagi Pengilang = 160%
= 160% x RM30 untuk Harga / Kos Bahan = RM48
Ini bermakna jika Produk yang sama dipasarkan dengan melalui Sistem Konvensional, maka Nilai atau Harga Runcit pProduk tersebut hanya sekitar RM48 sahaja.
Dan cuba bandingkan dengan Harga Jualan melalui Sistem MLM yang bernilai RM100. Perbezaannya ialah RM52. Inilah NILAI TAMBAHAN yang anda bayar!


Oleh itu, ketika berhajat untuk membeli sesuatu keperluan untuk kegunaan rumahtangga, anda harus tahu untuk menilai harga-harga pasaran untuk produk yang sama. Kerana Sistem didalam dunia pemasaran dan penjualan ini ada pelbagai. Ada yang menguntungkan pengguna dan ada yang akan merugikan. Segala keputusan ditangan anda.


Itu masaalah bagi Pengguna tetapi jika anda yang menerajui sesebuah syarikat pengilangan bahan keperluan asas orang ramai, sisitem pemasaran dan penjualan yang bagaimana akan anda guna-pakai???....


Ramai diluar sana yang cuba mempertikaikan keafdalan menggunakan Sistem MLM, kerana mereka menganggap Sistem MLM adalah suatu wadah untuk menjana Ekonomi Anggota mereka kealaf yang baharu sehingga nilai-nilai Keusahawanan yang beretika sebagai PEMBANTU orang ramai secara amnya diabaikan.

RUMUSAN
Sebaik-baik cara untuk menangani permasaalahan ini ialah, pihak Pengilang dan Usahawan MLM tidak harus meletakkan Produk-Produk yang berada didalam kategori makanan Utama harian orang ramai dimasukkan kedalam Sistem jualan MLM..kerana ini telah melanggar Etika Kebudayaan kamanusiaan
Yang benarnya, Sistem MLM ini HANYA untuk Barangan tertentu yang bukan didalam kategori KEPERLUAN ASAS MANUSIA!!!


Cuba anda lihat dimana-mana sahaja, banyak Produk-Produk makanan dan minuman telah diMLMkan oleh pihak-pihak tertentu, sedangkan jika ianya dipasarkan didalam pasaran terbuka, mereka maseh boleh meraih keuntungan.


Jadi, untuk menjadi seorang Usahawan..anda perlu peka terhadap tanggungjawap anda sebagai seorang yang diamanahkan untuk bertugas menyediakan keperluan asas bagi semua manusia bukan soal keuntangan semata.


editor

No comments:

Post a Comment