Tuesday, January 25, 2011

APA ITU PELABURAN - Post #37

TIPsNIAGA.COM Posting #37

APA ITU PELABURAN
Apa perlu anda tahu.....


JENIS-JENIS PELABURAN
Ada banyak jenis-jenis Pelaburan yang terdapat dipasaran dan anda perlu TAHU apakah jenis-jenisnya dan bagaimana sesuatu Pelaburan itu berfungsi
Pelaburan dibahagikan kepada beberapa sekmen golongan sasar seperti


1...Orang-Orang Awam
2...Syarikat-Syarikat
3...Persatuan / Koperasi / Yayasan
4...Institusi Kewangan dan Insuran
5...Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Negara


Kesemua kategori ini akan berlainan jenis pelaburannya dan tertakluk kepada apa yang ditawarkan, dimana ianya akan berpusar mengenai bagaimana sesuatu IMBUHAN atau PULANGAN sesuatu Pelaburan ditu dilakar dan diagihkan kembali kepada setiap Pelabur


Untuk Orang-Orang AWAM

  • Selalunya ianya ditawarkan oleh organisasi-organisasi tertentu daripada Institut kewangan dan Insuran dan Kerajaan
  • Yang ditawarkan oleh Syarikat-Syarikat Persendirian diklasifikasikan sebagai Pelaburan Peribadi diantara Pelabur dengan Pemilik Syarikat
  • Yang ditawarkan oleh Organisasi tertentu atau Institusi Kewangan dan Insuran lebih berbentuk AWAM dan harus mematuhi Akta Pelaburan yan gdigariskan oleh Bank Negara
  • Yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri atau Pusat lebih kepada peluang membangunkan ekonomi rakyat dan selalunya Imbuhannya sedikit rendah daripada yang ditawarkan oleh Institusi Kewangan dan Insuran
  • manakala yang ditawarkan oleh Syarikat-Syarikat secara peribadi pula Imbuhan mereka agak tinggi tetapi tidak diterjamin
  • Dan skala pelaburannya juga boleh dimulakan dengan jumlah yang kecil.

Untuk Syarikat-Syarikat

  • Mereka ada banyak pilihan kerana memiliki kemampuan yang lebih kukuh daripada orang persaorangan
  • Mereka boleh membuat pelaburan di Bursa Saham dengan menjual beli saham-sham syarikat-syarikat yang didaftar di Bursa Saham
  • Atau melalui Institusi Kewangan dan Insuran yang menawarkan pelbagai pakej dan jenis pelaburan
  • Atau mereka boleh membeli Bon-Bon Kerajaan dan tawaran-tawaran yang dikeluarkan oleh kerajaan

Untuk Persatuan / Koperasi / Yayasan

  • Tidak banyak berbeza dengan pelaburan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat, yang berberbeza hanya KEANGGOTAAN golongan ini lebih besar daripada sesebuat syarikat

Untuk Institusi Kewangan dan Insuran

  • Oleh kerana mereka berlesen untuk menjadi PENYIMPAN WANG Orang Ramai yang dikeluarkan oleh Bank Negara, maka pelaburan mereka berskala besar dan akan melakukan pelaburan mereka diperingkat Antarabangsa / Dunia
  • Dimana pulangan Imbuhan mereka akan lebih tinggi jika dibandingkan dengan imbuhan mereka terhadap orang ramai. Disinilah faktor keuntungan mereka.
  • Ini adalah kerana mereka bertanggungjawap untuk merancakkan pergerakkan ekonomi orang ramai dengan memberi pinjaman, menyediakan pelaburan-pelaburan agar setiap orang menyimpan dan melabur

Untuk Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat

  • Mereka juga melabur dengan jumlah yang sangat besar dan selalunya bersandarkan kepada sistem pelaburan Bank Antarabangsa dan Bank Dunia yang berfungsi mengaktifkan peinjaman dan pelaburan diantara kerajaan-kerajaan.

Walau apa juga pun status pelabur, setiap pelaburan itu haruslah berPAKSI kepada perkara-perkara yang berikut:-


1...Tempoh Matang
2...Peratusan Imbuhan/Pulangan
3...Terma & Syarat (Prosedur Pelaburan)
4...Perakuan / Pensijilan Pelaburan
5...Kesahihan sesuatu skim pelaburan
6...Klos-Klos tambahan (jika ada)


Perkara diatas adalah ASAS bagi setiap Pelaburan yang BIASA DIAMALKAN oleh mana-mana pihak. Mana-mana pihak yang tidak dapat menjelaskan perkara-perkara tersebut dianggap pelaburan mereka TIDAK SELAMAT


HARUS DIINGAT yang dikatakan Pelaburan yang berbentuk pembelian SAHAM-SAHAM di BURSA SAHAM dan FOREX bukan dikategorikan sebagai PELABURAN tetapi kedua-duanya itu tertakluk dibawah peraturan JUAL-BELI untuk mendapatkan keuntungan dalam masa yang lebih SINGKAT daripada Skim Pelaburan sebenar yang selalunya akan melebihi tempoh 3 Bulan keatas.


Dan yang dikatakan sebagai Pelaburan Saham dan Forex bertempoh pendek dan dikenali sebagai GAMES atau PERMAINAN dan ianya boleh kurang dari masa SEHARI. Kerana itu segala Terma & Syarat untuk menyertai PERMAINAN ini berbeza dengan PELABURAN JANGKA MASA PANJANG


Oleh kerana itu, anda perlu berhati-hati jika ingin melakukan sesuatu jenis pelaburan......


Ikuti seterusnya.....


editor

No comments:

Post a Comment