Monday, January 24, 2011

BOS / CEO GAGAL - Bhgn 4 - Post #32

BOS / CEO GAGAL #4
Apa perlu mereka tahu..


Jika melalui bahangian #3 saya menyentuh mengenai Pengaliran Wang Tunai, kali ini saya ingin menyentuh hal mengenai KUALITI PRODUK & PERKHIDMATAN



KUALITI PRODUK & PERKHIDMATAN
Setaip perniagaan akan ADA produk & Perkhidmatan, salah satu faktor penyumbang runtuhnya atau gagalnya sesuatu perniagaan juga datangnya daripada faktor ini.
Oleh kerana itu, sebagai BOS / CEO anda perlu sentiasa MEMASTIKAN setiap produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan kepada pelanggan SENTIASA menepati piawaian yang telah ditetapkan SEWAKTU perniagaan ini diperingkat LAKARAN!
Jika anda GAGAL memastikannya, sudah pasti bilangan pelanggan anda akan MEROSOT dan sekain lama ia merosot maka perniagaan anda akan menghampiri Liang Lahat.


KUALITI & PERKHIDMATAN yang anda sediakan amat bergantung rapat dengan bagaimana anda MENGAWAL dan MENGURUS segala Sistem PEKERJAAN yang menggajikan PEKERJA.
Maksud yang jelas, setiap tugas yang diserahkan kepada pekerja harus dipantau adakah mereka melakukan tugas-tugas mereka dengan betul dan menurut piawaian. Kerana Kualiti Produk & Perkhidmatan perniagaan anda berada ditangan mereka. 


BOS / CEO yang PEMALAS selalunya akan mengahadapi masaalah-masaalah ini kerana mereka MALAS membuat pemantauan, malas memeriksa Kualiti, malas itu dan malas ini...Jadi jika pekerja-pekerja mereka melakukan tugas dan tanggungjawap mereka dengan sambil lewa, maka kesalahan tersebut terletak dibahu BOS / CEO
Perkara ini banyak berlaku dalam perniagaan dari jenis penyediaan MAKANAN/MINUMAN dan jenis-jenis yang melibatkan keperluan pelangan secara langsung.


Ada BOS / CEO memberikan alasan mereka sibuk dengan tugas-tugas mereka yang lain (bagi yang maeh bekerja makan gaji) atau mereka memberi alasan yang mereka terlalu banyak cawangan / cabang perniagaan, jadi masa untuk memantau terlalu ketat.
Alasan-Alasan ini tidak boleh digunapakai sebagai ALASAN kerana sebagai BOC/ CEO itulah TUGAS & TANGGUNGJAWAP anda yang sebenar. Jika anda disekat oleh pekerjaan sepenuh masa, anda sudah boleh untuk memikirkan untuk melepaskan jawatan tersebut dan tumpukan kepada perniagaan anda sendiri.


Orang-oranga yang TAKUT untuk melepaskan jawatan adalah dari golongan orang-orang yang tidak YAKIN PADA DIRI SENDIRI!!!
Mereka tidak yakin yang perniagaan mereka itu MAMPU bertahan lama, mereka takut jika berhenti bekerja mereka akan gagal menjalankan perniagaan dengan baik. Ini merupakan suatu tanggapan atau pemikiran yang cetek ilmu. Jika anda FAHAM & TAHU untuk bagaimana mentadbir & mengurus perniagaan, anda tidak perlu takut ia akan gagal.
50% KEGAGALAN berasal dari sifat KURANG KEYAKINAN & KURANG ILMU


Jika sebuah sahaja perniagaan gagal anda terajui, bagaimana untuk anda membesarkan perniagaan anda?...kerana jika sesuatu perniagaan itu membesar dan membangun pesat kerana diterima ramai, maka anda perlu membuka cawangan-cawangan menurut kehendak semasa.
Jika banyak cawangan maka akan ramai pekerja anda, akan banyak produk & perkhidmatan anda dan akan ramai para pelanggan anda, jika anda sampai ketahap ini segala taktik dan teknik PENGAWALAN Urustadbir akan berbeza menurut saiz sesuatu perniagaan, maka anda perlu tahu untuk bagaimana mengawalnya secara efektif!


Sesuatu perniagaan yang Efisien mencerminkan corak Urustadbir yang Efektif daripada BOS / CEO perniagaan tersebut.


Ikuti post selanjutnya....


editor

No comments:

Post a Comment