Saturday, January 29, 2011

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #6 - Post #50

TIPsNIAGA.COM Posting #50

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #6
Bagaimana Idea / Ilham Berniaga Timbul.......


Apabila seseorang berfikir untuk membuka sebuah perniagaan sendiri, daripada manakah Idea atau Ilham itu timbul?


Persoalan ini nampak remah tetapi dibeberapa pusat-pusat pengajian tinggi diseluruh Dunia menjadikannya sebagai bahan kajian untuk mendapat penjelasan berdasarkan keadaan sebenar, jadi HASIL KAJIAN ini bukan merupakan satu pendapat umum atau individu tetapi berdasarkan keadaan/fakta yang sebenarnya berlaku. Dan kali ini saya ingin mengambil topik ini untuk dijadikan BAHAN supaya anda pembaca dapat MERASAKAN kepentingan fakta tersebut didalam dunia perniagaan.


Menurut hasil-hasil kajian, 70.9% Seseorang itu mendapat Idea / Ilham untuk membuka perniagaan sendiri sewaktu mereka BEKERJA DENGAN ORANG LAIN!


Ini bermakna, ketika mereka bekerja mereka akan memerhatikan bagaimana sesuatu Industri itu berfungsi dan bagaimana Majikan mereka menangani segala keperluan pelanggan dan mengambil kesempatan keperluan pelanggan sebagai cabang perniagaan dan sumber pendapatan.
Hanya dengan BERADA didalam sesuatu INDUSTRI dengan melakukan kerja-kerja didalamnya sahaja, anda akan memperolehi segala maklumat-maklumat mengenai perniagaan yang dijalankan.


Disini menjelaskan, jika hanya setakat MENDENGAR dari orang lain atau hanya dengan MEMBACA buku-buku rujukan TANPA ada PENGALAMAN LANGSUNG bekerja atau TERLIBAT didalam sesuatu INDUSTRI itu, ANDA AKAN GAGAL UNTUK MELAKUKANNYA!


Seperti Artikel-Artikel melalui Post-Post yang terdahulu, saya telah menitikberatkan KEFAHAMAN mengenai sesuatu jenis perniagaan itu sebagai perkara penting untuk diketahui sebelum melaksanakannya dan amaran itu bukan berdasarkan pendapat peribadi sebagai Penulis tetapi disandarkan kepada Fakta-Fakta dari keaadaan yang berlaku didalam Dunia Perniagaan pada hari ini.
Dimana untuk menangani permasaalahan ini harus menggunakan konsep A.I.D.A

  1. A = Attention / Awareness  
  2. I  = Interests 
  3. D = Desire
  4. A = Action



Dan A.I.D.A ini membawa maksud seperti berikut:


Attention - Awareness / Kesadaran atau Penumpuan
Seseorang itu harus berada didalam penuh KESADARAN dengan penuh PENUMPUAN mengenai APA yang ingin dilakukan yang harus mengambil tahu segala ASPEK yang berkenaan terutama jenis perniagaan yang ingin didlakukan


Interest / Minat
Selain dari KESADARAN, anda juga perlu memiliki MINAT YANG MENDALAM terhadap jenis peniagaan yang ingin dilakukan kerana TANPA MINAT yang mendalam, anda akan melakukannya separuh jalan.


Desire / Keinginan
Kesadaran dan Minat harus pula dibantu dengan KEINGINAN/KEMAHUAN yang tinggi untuk BERJAYA dan sanggup menumpukan segala perhatian bagi melaksanakannya


ACTION / TINDAKKAN
TINDAKKAN merupakan segala hasil daripada 3 Elemen penting yang sebelumya iaitu Kesadaran, Minat dan Keinginan yang diJADIKAN SATU HAKIKAT didalam TINDAKKAN






RUMUSAN
Oleh sebab yang demikian, orang-orang yang BERJAYA didalam sesuatu perniagaan itu BERMULA 
  • Didalam Jenis Perniagaan YANG SAMA
  • Pernah Bekerja dengan ORANG LAIN dalam bidang yang SAMA
  • Berpengetahuan / Berpengalaman didalam BIDANG yang sama
  • Telah MENGETAHUI SELOK BELOK Perniagaan yang akan diceburi 
  • Sangat BERMINAT didalam Bidang yang diceburi
Anda bagaimana?


editor

No comments:

Post a Comment