Thursday, January 27, 2011

DEFINASI PEMASARAN & PENJUALAN - Post #40

TIPsNIAGA.COM Posting #40

DEFINASI PEMASARAN & PENJUALAN
Apa Perbezaannya.....




Ramai Usahawan / Peniaga / Individu yang kurang faham mengenai Fungsi dan Pengertian diantara PEMASARAN dan PENJUALAN, dimana ramai yang menganggap kedua-duanya adalah SAMA FUNGSInya. Dan kerana kurang pemahaman yang jelas, ramai yang tidak dapat melakar STRATEGI-STRATEGI perniagaan mereka dengan tepat dan betul


Yang menyedihkan sekali ialah mereka tidak mengakui didalam SISTEM yang mana satu mereka atau syarikat yang mereka sertai sehingga tindakkan mereka bertentangan dengan hakikat dimana mereka berada.


PEMASARAN
Adalah suatu TUGAS untuk melakarkan strategi perniagaan untuk bagaimana sesuatu produk syarikat INGIN DIEDARKAN.
Ini bermakna, PEMASARAN lebih menjurus kepada:-

  • TEMPAT
  • KAWASAN
  • DAERAH
  • NEGERI
  • NEGARA

Yang ingin produk anda sampai untuk dijual kepada para pelanggan. Dengan melakar PENGEDARAN KEDAERAHAN maka sesebuah syarikat itu akan dapat meluaskan penjualan produk mereka kepada lebih ramai pengguna.
Dan mereka harus memilih berbagai-bagai cara atau sistem yang wujud didalam strategi pemasaran seperti:-

  • Networking Marketing
  • Multi Level Marketing
  • Referral Marketing
  • Wholesale marketing
  • Mouth To Mouth marketing
  • Dan yang lain-lain



Setiap SISTEM MARKETING akan ada strategi-strategi yang tersendiri yang disesuaikan dengan sesuatu tempat, kawasan, daerah, negeri dan negara.
Dan juga akan bergantung kepada golongan sasar dan strategi syarikat untuk bagaimana meraih keuntungan




PENJUALAN
Penjualan pula menjurus kepada STRATEGI BAGAIMANA untuk memberi penerangan mengenai kebaikan, kegunaan, kelebihan, kekurangan, keistimewaan, spesifikasi, nilai/harga, buatan dan unsur-unsur buatan sesuatu produk bagi MEYAKINKAN para pelanggan
Penjualan berkait rapat dengan PRODUCT KNOWLEDGE yang harus diketahui oleh para penjual bagi mengatur susur-kata yang harus dimaklumkan kepada pelanggan dan strategi penerangan ini pulalah yang dikenali sebagai Sales Techniques


JURUJUAL atau Sales Person harus faham produk knowledge didalam kerja-kerja mereka, jika tidak...mereka akan gagal untuk meyakinkan para pelanggan dengan baik dan berkesan.


JABATAN PEMASARAN dan PENJUALAN
Jabatan atau Division Pemasaran adalah suatu UNIT yang penting didalam sesebuah organisasi dan selalunya Jabatan Pemasaran yang akan mengendalikan Jabatan Penjualan bagi memastikan segala Strategi yang dilakar didalam pengedaran pendaerahan dapat diikuti dan dijalankan oleh bahagian yang bertanggungjawap untuk berhadapan dengan pelanggan atau pengguna.


Harus diketahui bahawa Anggota Jabatan Pemasaran, mereka tidak berurusan secara terus dengan PENGGUNA atau PEMBELI, mereka hanya berurusan hanya dengan Anggota-Anggota Jabatan Penjualan yang dibawah pengurusan mereka.
Kerana TUGAS UTAMA Anggota Jabatan Pemasaran disesebuah syarikat akan hanya berurusan dengan PENGEDAR / PERUNCIT / PENJUAL yang dilantik disesuatu tempat, kawasan, daerah, negeri dan negara


Ini bermakna Tugas dan Tanggungjawap Anggota Jabatan PEMASARAN lebih mengutamakan  PENJUALAN secara LUAS KEDAERAHANnya dan bukan menjual secara KEINDIVIDUAN.
Berlainan dengan Tugas dan Tanggungjawap bagi Anggota Jabatan PENJUALAN, dimana mereka lebih tertumpu kepada penjualan terus kepada golongan sasar iaitu para PENGGUNA


Jadi, 
Jangan terkeliru dengan dua perkataan tersebut samaada anda seorang Usahawan / Pengusaha atau anda seorang Penjual. 
Ketahui peranan anda sebelum anda menjalankan tugas, tanpa memahami peranan ASAS anda seperti dimana anda ditugaskan, anda tidak akan dapat bekerja dengan baik dan berkesan, malah anda akan menimbulkan banyak kecelaruan apabila menghadapi para pembeli yang berlain golongan dan tujuan.


Dua perkara inilah iaitu bidang pemasaran dan penjualan yang telah dikombinasikan fungsinya didalam Sistem Multi Level Marketing (MLM), kombinasi tersebut hanya BAIK untuk kegunaan DALAMAN syarikat tetapi akan kelihatan bercelaru apabila digunapakai untuk berhadapan dengan para pengguna dan pembeli.


Dimana pada zaman ini kita dapat melihat ramai anggota-anggota daripada syarikat-syarikat MLM berlumba-lumba mengeluarkan IKLAN-IKLAN bagi tujuan memasarkan produk dan perkhidmatan syarikat mereka TETAPI mereka mengelirukan orang ramai terhadap MAKSUD kempen-kempen pengiklanan mereka, samaada mereka mencari PENGEDAR tempat, kawasan, Daerah, Negeri, Negara ATAU mereka mencari pelanggan/pengguna untuk menjual produk mereka untuk jualan langsung?


Inilah yang dimaksudkan sebagai KECELARUAN didalam sistem MLM, sebenarnya ia amat berkesan untuk digunakan secara DALAMAN dalam syarikat BUKAN digunapakai untuk berurusan dengan Orang Ramai


SEBABNYA.......
Jika untuk berurusan dengan Orang Ramai yang diklasifikasikan sebagai golongan sasar sebagai PENGGUNA, suka atau tidak suka...seseorang itu AKAN BERBALIK kepada Sistem Penjualan KONVENSIONAL iaitu TEKNIK MENJUAL yang akan kembali kepada memberi PENERANGAN SESUATU KEBAIKAN/KEBURUKAN sesebuah Produk, BUKAN menerangkan atau menjual sisitem pengoperasian yang syarikat anda jalankan!


Jika mahu MENJUAL PRODUK...gunakan Teknik Penjualan, yang hanya 100% tertumpu kepada PRODUK.
Jika mahu menjual Sistem Syarikat...gunakan Teknik Pemasaran dan ini akan tertumpu 100% kepada keistimewaan-keistimewaan yang ditawarkan kepada bakal-bakal Pengedar dan peluang-peluang perniagaan yang mereka boleh raih

Dengan menkecamukkan Dua TEKNIK Pemasaran dan Penjualan, anda tidak akan dapat mencapai SASARAN yang dimatlamatkan kerana dari permulaan lagi anda telah mengelirukan orang ramai, jadi bagaimana anda mahu berjaya untuk meyakinkan mereka sedangkan anda sendiri maseh keliru atas tugas apa anda befungsi?


editor

No comments:

Post a Comment