Tuesday, January 25, 2011

BLACK MONEY SCAM - Post #38

TIPsNIAGA.COM Posting #38

BLACK MONEY SCAM
ketahuilah.......



BALCK MONEY SCAM
Di negara Malaysia dalam beberapa tahun ini dilanda oleh BLACK MONEY SCAM atau juga dikenali sebagai DAUN oleh rakyat tempatan.
Scam ini bermula oleh rakyat Nigeria yang beroperasi dipelbagai Negara untuk memperdayakan orang ramai dan mereka akan menggunakan pelbagai taktik untuk menarik perhatian ramai untuk menyertai mereka.


Banyak yang bermula di medan Internet dengan menawarkan anda sebagai PENGAMANAH bagi ASET orang-orang tertentu yang telah meninggal dunia atau anda dipilih untuk dijadikan sebagai pemilik sementara bagi urusan penghantaran Antarabangsa bagi wang-wang hitam untuk mengelakkan peraturan undang-undang terhadap pemindahan wang.


Modus Operandi mereka cukup mudah, anda akan dihubungi dan ditawar sebagai pemilik bagi wang hitam yang bernilai Jutaan Dollar Amerika dan anda dikehendaki untuk MEMBAYAR jumlah tertentu untuk mendapatkan pelbagai SIJIL-SIJIL PEGIKTIRAFAN dari pelbagai agensi terutamanya dari Perbendaharaan Negara Amerika dan juga mengeluarkan kos untuk MEMUTIHKAN kembali wang hitam. Mereka akan mengambil beberapa peratus sebagai IMBUHAN kerana membantu anda mendapatkan wang tersebut.


Dimana PENIPUAN itu mula berlaku.....
Sebenarnya dari permulaan lagi anda telah diTIPU tetapi oleh kerana mereka sangat licik dan terlatih, setiap kredensial mereka amat MEYAKINKAN anda dan anda pula sudah TERBAYANG KEKAYAAN yang akan datang bergolek jika dapat melakukan segala proses pemutihan yang dikehendaki


Untuk meyakinkan anda, anda akan ditunjukkan demo bagaimana WANG HITAM itu diputihkan dan menjelma menjadi WANG BETUL. Apa yang mereka lakukan merupakan tipudaya sahaja kerana pada waktu demo itu dilakukan mereka sememangnya menggunakan wang sebenar yang dihitamkan
Setelah anda dikesan telah merasa yakin, mereka akan melanjutkan proses selanjutnya dengan cuba memproses stok yang lebih besar tetapi masaalah demi masaalah akan ditimbulkan seperti proses itu terbantut kerana wang yang diputihkan itu menjadi merah jambu atau tidak terang, alasan mereka ialah serbuk kimia yang digunakan tidak sesuai dan anda digesa untuk membeli jenis kimia yang lain dengan harga ribuan dollar Amerika.
Perkara "Tidak menjadi" ini akan berterusan sehinggan banyak lagi wang perlu dibayar bagi proses pemutihan.
Berdasarkan fakta dari kes-kes sebenar, ada yang terpaksa mengeluarkan atau membelanjakan wang sehingga menjecah Jutaan Ringgit Malaysia!!!...tetapi maseh belum berhasil


Apa yang pasti disini, wang yang mereka "CUCI" itu bukan wang sebenar atau tulin dan kimia-kimia yang mereka gunakan juga bukan kimia yang betul, dan harga yang diletakkan untuk membeli kimia itu juga sengaja diMAHALkan, walhal kimia tersebut hanya berharga ratusan Ringgit Malaysia sahaja.


TUJUAN MEREKA
Tujuan mereka (negro-negro) ini ialah untuk mendapatkan wang anda, mereka tidak ada niat langsung untuk memberikan Jutaan Dollar Amerika kepada anda...Cuba anda fikirkan secara rasional, jika mereka berkemahiran dan berkebolehan untuk MEMUTIHKAN wang-wang hitam itu, mengapa mereka perlu memberi HAK kepada anda sebagai PEMILIK?, sedangkan mereka bole lakukan tanpa orang lain?
Adakah mereka cukup bodoh untuk memberikan Jutaan Dollar Amerika kepada orang lain yang mereka tidak kenali langsung sebelum ini?...


Walaupun ramai yang telah terpedaya dan menjadi mangsa tetapi maseh ramai lagi yang maseh mencuba dengan alasan apa yang mereka temui berbeza dengan orang lain!!!...dan mereka telah yakin dengan kesahihannya kerana telah dibawa bertemu dengan "Wakil-Wakil" Kedutaan Amerika disini yang mengesahkan ketulinannya.


Begitu juga dengan kes-kes Pertukaran MataWang antara Dollar Amerika dengan Ringgit Malaysia, mereka menawarkan untuk MEMBELI sehingga 10 Ringgit bagi 1 Dollar Amerika dan ada yang mencecah sehingga 12 Ringgit Malaysia bagi 1 Dollar Amerika


Hakikat sebenarnya, apabila tiba proses pertukaran itu tiba...Anda yang membawa Dollar Amerika dan mereka yang membawa Ringgit Malaysia akan KEHILANGAN wang Amerika anda kerana dibawa lari!!!!.....Atau wang Ringgit yang anda terima itu samaada PALSU atau hanya dipenuhi kertas-kertas putih sahaja!!!!


Sindikit-Sindikit PENIPUAN MataWang seperti ini sememangnya sering berlaku dimana-mana Negara sahaja kerana negro-negro ini beroperasi diseluruh dunia. 
Tetapi yang amat menyedihkan didalam DRAMA pertukaran MataWang ini, orang-orang tempatan yang menjadi Ejen-Ejen negro-negro tersebut "berlebih-lebih" didalam bercerita kononnya wang-wang itu berpunca dari pihak-pihak yang sangat VVIP atau Bank-Bank tertentu sehingga mereka sanggup menggunakan nama-nama orang kenamaan yang tidak langsung terlibat.


Orang-Orang tempatan ini selalunya akan mendapat KOMISEN daripada negro-negro tersebut bagi menjalankan dan memudahkan tugas mereka mempengaruhi anda. Dan jika sesuatu berlaku ejen-ejen orang tempatan ini samaada menghilangkan diri atau akan memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah...Yang sahihnya ialah ANDA TELAH DITIPU!!!


Pertukaran MataWang ini juga tidak tertumpu kepada Dollar Amerika dengan Ringgit Malaysia sahaja malah mereka juga menawarkan untuk "membeli" stok-stok wang lama daripada Matawang negara-negara tertentu, dan ada juga yang memperdayakan anda dengan skim pertukaran DINAR dan MataWang Iraq.


Ada juga yang menawarkan untuk "membeli" EMAS dan Batu-batu Berharga seperti Intan Berlian tetapi wang yan gdibayar adalah wang PALSU.


Cerita ini sebenarnya menjurus kepada Sistem PELABURAN dan Pertukaran MataWang tetapi dijalankan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap serta tidak melalui institusi-institusi yang benar dan tidak berdaftar dimana-mana.
Kerana itu, didalam keinginan anda untuk MELABUR anda jangan terlaku SERAKAH kerana sikap itu akan memakan diri anda sendiri.


Modus Operandi Nigerian Scam ini juga digunapakai oleh ramai orang-orang tempatan tetapi bukan didalam pertukaran MataWang tetapi didalam jenis-jenis perniagaan yang lain kerana segala TAKTIK dan TEKNIK MEMPERDAYA mereka sangat EFEKTIF!!!


editor

1 comment:

  1. BLACK MONEY SCAM di jadikan TOPIK kerana ramai peniaga-peniaga kecil dan pelabur-pelabur persaorangan yang terlibat dan mengalami kerugian beribu-ribu ringgit.

    Diharap ia akan menjadi peringakan kepada semua
    Editor

    ReplyDelete