Wednesday, January 19, 2011

TipsNiaga No.1 - RESTORAN - Post #8

RESTORAN
Memilih Pekerja


Perkara memilih para pekerja juga harus diberikan keutamaan sebelum sesebuah restoran itu ditubuhkan, ini adalah kerana pemilihan para pekerja yang sesuai akan dapat melicinkan segala urusan perjalanan operasi restoran dengan licin.


Pertama: Pemilihan Tukang Masak

  • Tukang-Tukang Masak yang anda pilih harus lah memiliki pengalaman dan pengetahuan yang tidak jauh berbeza dengan apa yang anda ingin hasilkan.
  • Seperti, anda tidak harus menggaji seorang tukang masak yang bermahiran hanya membuat pastry untuk membantu anda memasak masakan lauk pauk tradisional. Mereka akan menambahkan masaalah anda di dapur kelak!




  • Pilihlah para tukang masak yang memiliki pengetahuan yang berkaitan dengan menu-menu anda, dengan cara itu anda akan menjimatkan banyak masa untuk memberi tunjuk ajar disamping akan dapat hasil masakan seperti yang anda jangkakan.



Kedua: Pemilihan Waiters (Penyambut Pelanggan)

  • Waiters adalah tenaga kerja yang penting didalam sesebuah restoran, kerana mereka berada dibahagian hadapan perniagaan restoran anda, jika mereka terlatih serta memiliki ciri-ciri bekerja yang baik, tahap perkhidmatan pelanggan anda akan menjadi baik dan disengani oleh para pelanggan.
  • Gajikan pekerja yang telah memiliki latihan asas dari institut-institut yang melahirkan graduan-graduan seperti ini. Ini akan mengurangkan masaalah didalam pendbiran dan penguruan restoran anda untuk jangka masa panjang.
  • Kecuali anda mahu memberi latihan-latihan kepada para pekerja anda sendiri tetapi ini akan memakan masa dan terdedah kepada masaalah jika anda pertama kali mahu membuka sebuah restoran.

Ketiga: Pemilihan Pembantu Am

  • Pembantu Am adalah para pekerja yang akan melakukan kerja-kerja AM seperti mengemas ruang makan, mengangkat pinggan kotor, mencuci pinggan mangkok dan membantu kerja-kerja memasak di dapur.
  • Walaupun jawatan Pembantu Am ini amat rendah tarafnya TETAPI merekalah TULANG BELAKANG sesebuah restoran, tanpa mereka sesebuah restoran akan GAGAL untuk mencapai tahap dan taraf yang diharapkan.
  • Oleh kerana itu, pilihlah pekerja-pekerja yang benar-benar sesuai dengan corak atau jenis perniagaan restoran anda, golongan ini jangan sesekali diabaikan kerana mereka bertaraf rendah!

KESIMPULAN
memilih para pekerja untuk sesebuah restoran HARUS dilakukan secara berhati-hati dan pilihlah para pekerja yang paling sesuai untuk sesuatu tugas yang diserahkan.
melakukan kesilapan memilih pekerja akan membebankan masa dan kewangan anda serta boleh menyumbang kepada kerugian.


Ikutilah selanjutnya.....


EDITOR

No comments:

Post a Comment