Friday, January 21, 2011

MLM - ADALAH SISTEM - Post #13

MLM ADALAH SISTEM
Sistem Pemasaran Tertutup


MLM atau Multi Level Marketing merupakan satu dari pelbagai sistem PEMASARAN yang digunapakai oleh para peniaga bagi tujuan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara tertutup dan terkawal.


Seorang pengusaha sesuatu produk yang berfikir untuk memasarkan produk-produk mereka secara tertutup dan terkawal daripada segala persaingan dalam pasaran bebas akan memilih SISTEM MLM.
Dimana melalui sisitem MLM, pemasaran dan penjualan produk-produk mereka akan dapat dikawal sepenihnya melalui pengambilan Ahli-Ahli Bersekutu sebagai "PENGEDAR dan PENJUAL" dan diberi IMBUHAN yang berbentuk KOMISEN mengikut kemampuan masing-masing mendapatkan DOWNLINE.
Semakin ramai DOWNLINE yang mereka bawa masuk sebagai ahli bersekutu maka semakin luas dan banyak hasil jualan yang mereka raih.


TUGAS
Didalam Sistem MLM, setiap Ahli Bersekutu mempunyai Dua (2) Tugas Utama bagi yang disyaratkan oleh sesebuah syarikat.
Pertama:

  • Setiap Ahli perlu MENJUAL segala produk-Produk syarikat tersebut melalui rangkaian Sistem PENJUALAN BERANGKAI

Kedua:

  • Setiap Ahli perlu mencari ahli-ahli baharu dan dijadikan sebagai DOWNLINE dan Downline inilah yang akan menjadi PEMBELI kepada produk yang mereka akan JUAL.

TANGGUNGJAWAP

  1. Melalui Sistem ini, setiap Ahli Baru akan MELAKUKAN perkara yang sama iaitu mempunyai tugas MENJUAL dan MENCARI AHLI BARU, semua ahli yang berdaftar adalah tertakluk kepada syarat ini. Yang berbeza hanyalah NILAI IMBUHAN atau KOMISEN sebagai Upline dan Downline.
  2. Yang dikatakan Sistem MLM ini sebagai PASARAN TERTUTUP ialah kerana setiap Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat itu TIDAK DIJUAL DIPASARAN TERBUKA seperti si mana-mana kedai, supermarket dan sebagainya. Produk-Produk mereka HANYA dijual oleh para ahli-ahli syarikat tersebut SAHAJA.
  3. Didalam dunia perniagaan, sistem MLM ini dilihat sebagai perniagaan yang berbentuk MONOPOLI oleh peniaga-peniaga tertentu yang mempunyai agenda perniagaan masing-masing. Kerana melalui Sistem MLM ini, setiap produk yang mereka ingin pasarkan akan dapat dijual secara tetap kepada ahli-ahli yang mendaftar sebagai pembeli mutlak yang pertama. Dengan cara ini mereka (peniaga) tidak perlu bersusah payah untuk memasarkannya di mana-mana kedai atau supermarket yang belum tentu hasil jualannya MANTAP dan tertakluk kepada risiko SUKA atau TIDAK SUKA daripada pembeli AM.

RUMUSAN
Dari sudut PENGUSAHA, sistem ini amat berkesan untuk mereka dari hasil jualan yang mantap dan teratur tetapi untuk jangkamasa panjang ianya tidak membawa kebaikan untuk orang-orang yang berdaftar sebagai AHLI yang menjadi penjual.


Ini disebabkan oleh faktor-faktor "Lambakan Jualan" terhadap ahli-ahli yang ditakluk kepada syarat untuk TERUS MEMBELI bagi mengekalkan keahlian didalam syarikat tersebut.


Diposting selanjutnya akan dirungkai lagi mengani sistem MLM ini....


editor

2 comments:

  1. Salam Dr, saya ada beberapa kemushkilan yg ingin disampaikan.

    1.saya pernah dgr tentang sistem Single Level & Sistem Binari. Adakah ianya sama seperti Sistem MLM? bolehkah Dr ulaskan lebih lanjut tentang sistem tersebut.

    2.Adakah Sistem Networking/Berangkaian termasuk dlm sistem MLM?

    3.Saya pernah terjumpa sebuah Akademi yg mengajar cara2 memulakan perniagaan dgn cara berangkaian, adakah ianya juga tergolong dlm sistem MLM?

    Diharap Dr dapat mengulas lebih lanjut tentang kekeliruan saya ini.

    ReplyDelete
  2. W'salam

    Untuk pengetahuan lana396, semua Kategori yang anda sebutkan itu sememangnya DALAM KONSEP MULTI LEVEL MARKETING.
    Yang berbeza hanya LEVELnya sahaja dan Cara dan gaya PEMBAYARAN dari pihak syarikat.

    ReplyDelete