Thursday, January 20, 2011

TADBIR & URUS _ Post #11

TADBIR & URUS PERNIAGAAN
Dimana perbezaannya


Blog TIPSNIAGA.COM diwujudkan untuk memberikan tip-tip menjalankan perniagaan tetapi bukan memberi tip-tip "buat duit" dengan mengiklankan iklan-iklan peluang perniagaan.


Blog TIPSNIAGA.COM lebih menjurus memberi kefahaman untuk BAGAIMANA MENTADBIR & MENGURUS sesuatu perniagaan dengan panduan-panduan yang mudah difahami, kerana untuk menjadi seorang USAHAWAN yang berjaya kelulusan AKADEMIK bukan faktor utamanya. Yang penting ialah KEYAKINAN PADA DIRI SENDIRI untuk berjaya dalam bidang KEUSAHAWANAN yang diceburi.


Blog TIPSNIAGA.COM jika diperhatikan memulakan memberi panduan dengan menggunakan PERNIAGAAN RESTORAN sebagai MODEL. Soalannya di sini - KENAPA?


Ini akan berbalik kepada perkara TADBIR dan URUS, dua perkataan tersebut membawa pengertian dan huraian yang berbeza didalam bidang perniagaan. Dan sila ikuti perbezaaannya....


TADBIR 

  • Jika diberi pada pemegang jawatan maka ia akan di sebut sebagai PENTADBIR.
  • Seorang Pentadbir harus wujud dimana organisasi perniagaan sediaada kerana PENTADBIRlah yang membawa halatuju sesuatu organisasi perniagaan menemui MATLAMAT yang telah ditetapkan.
  • Pentadbir Perniagaan yang terdidik akan dapat menjalankan segala urusan pentadbiran perniagaan tanpa perlu takut kepada jenis-jenis perniagaan yang dijalankan, bermakna seorang Pentadbir akan mentadbir sebuah organisasi berdasarkan ETIKA PENTADBIRAN yang mengkhususkan pemusatan pentadbiran kepada hal-hal perjalanan sesebuah organisasi secara AM atau Macro, dimana segala urusan KHUSUS atau Micro diserahkan kepada jawatan-jawatan yang dikhususkan seperti jawatan PENGURUS.

URUS

  • Pemegang jawatan dinamakan sebagai PENGURUS dan selalunya jawatan ini akan MENGKHUSUSKAN sesuatu tanggungjawap yang akan dipikul menurut keperluan sesebuah organisasi.

Contoh...

  • Pengurus Restoran, walaupun memegang jawatan yang sama dengan Pengurus Bank tetapi tanggungjawap mereka adalah berbeza mengikut KEPAKARAN yang mereka miliki.
  • Jadi, disini menerangkan bahawa jawatan PENGURUS adalah berbentuk KHUSUS, ianya diwujudkan untuk memastikan sesuatu perkara dapat dipertanggungjawapkan kepada orang-orang yang mahir ataupun pakar.
  • Berbalik kepada penulisan Blog TIPSNIAGA.COM ini yang menggunakan Perniagaan Restoran sebagai MODEL UTAMA PERNIAGAAN kerana ianya mudah difahami, disukai ramai dan sesiapa juga mampu untuk melakukannya.
  • Tetapi segala Teknik-Teknik PENTADBIRAN yang diserapkan adalah SAMA untuk digunapakai untuk SEMUA JENIS PERNIAGAAN yang berlainan PRODUK ataupun PERKHIDMATAN yang diberikan.

KESIMPULAN

  1. Sebagai PENTADBIR yang UNIVERSAL, kita hanya perlu menukar corak pentadbiran sesebuah perniagaan yang ingin ditadbir itu dengan MEMAHAMI apa PRODUK atau PERKHIDMATAN Utama sesuatu perniagaan itu.
  2. Setelah anda tahu apakah jenis  produk, baharulah anda melakar apakah jenis pelan peracangan yang sesuai termasuk hal-hal yang membabitkan pengambilan tenaga kerja.
  3. Seorang Pengurus yang berbentuk KHUSUS didalam kerja-kerja hariannya tidak akan dapat mentadbir sesebuah organisasi yang besar secara menyeluruh, jika mereka tidak memahami jawatan-jawatan dan tanggungjawap jawatan yang lain. Jadi mereka perlu belajar lagi.
  4. Jadi, dengan penjelasan dua jawatan ini diharap bakal-bakal usahawan akan dapat input yang jelas apakah tanggungjawap mereka sebagai seorang USAHAWAN, kerana seorang Usahawan bukan sahaja ianya seorang Pemilik Perniagaan, malah mereka juga seorang Pengurus dan Pentadbir.
  5. Oleh kerana itu, setaiap Usahawan harus lah banyak belajar hal-hal pengurusan & Pentadbiran Perniagaan samaada dengan mengikuti kursus-kursus atau dengan memperbanyakkan membaca buku-buku dan artikel-artikel yang berkenaan sebagai langkah menambah KEFAHAMAN terhadap Tugas & Tanggungjawap mereka sebagai seorang USAHAWAN.

editor

No comments:

Post a Comment