Friday, January 21, 2011

MLM - APA STATUS ANDA - Post #12

MLM atau MULTI LEVEL MARKETING
Apa Status Anda sebagai Ahli?


Perkara ini banyak diperkatakan ramai mengenai STATUS seseorang ahli-ahli yang berdaftar dengan Syarikat-Syarikat MLM. Ada yang menentang dan ada yang mempertahankan bahawa status ahli adalah sebagai berstatus USAHAWAN.


Topik MLM ini akan diperkatakan secara lebih terperinci didalam posting yang akan datang sebagai langkah untuk memberi kefahaman mengenai APAKAH ITU SEBENARNYA MLM atau MULTI LEVEL MARKKETING.


Tetapi, buat masa ini saya ingin menjelaskan bahawa sebagai seorang AHLI syarikat yang mengamalkan sistem pemasaran MLM, Status anda bukan lah 100% sebagai USAHAWAN BEBAS.
STATUS

  • Sebagai Ahli, anda sebenarnya TERTAKLUK kepada ratusan syarat-syarat yang dilakar oleh sesebuah Syarikat MLM dan semua Syarat-Syarat mereka akan memperjelaskan bahawa ANDA bukanlah dikategorikan sebagai USAHAWAN atau PENIAGA BEBAS apabila memasarkan barangan dan perkhidmatan mereka.
  • STATUS anda lebih kepada AHLI BERSEKUTU (associate member) yang tidak memiliki kuasa-kuasa untuk melakukan pemasaran mengikut kehendak anda sendiri melainkan anda tertakluk kepada segala SYARAT yang di tetapkan.
  • 99% Syarikat MLM tidak akan membenarkan seseorang Ahli Yang Berdaftar dengan syarikat mereka untuk Mengedar Produk-Produk syarikat lain TANPA mendapat kebenaran daripada mereka terlebih dahulu.

YANG SEBENAR

  • Status anda sebenarnya lebih cenderung sebagai seorang Pekerja Pemasaran Berkontrak dan tidak memiliki keistimewaan sebagai seorang pekerja dibawah Undang-Undang Buruh dan bukan juga dibawah Undang-Undang Tubuh Syarikat Perniagaan, terkecuali anda menjadi Ahli dengan mana-mana syarikat MLM menggunakan NAMA SYARIKAT.
  • Laungan syarikat-syarikat MLM yang menegaskan bahawa pekerjaan sebagai seorang AHLI MLM adalah dalam bentuk USAHAWAN adalah tidak tepat kerana mereka tertakluk dibawah perundangan Akta Jualang Langsung.
  • Menurut Akta AJL ini setiap AHli yang didaftar adalah seorang PENJUAL atau Salesman yang dibenarkan berurusniaga secara terus kepada PELANGGAN menurut syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Didalam sistem MLM ini, hanya PEMILIK SYARIKAT tersebut sahaja dikategorikan sebagai seorang USAHAWAN tetapi bukan ahli-ahli yang didaftar didalam syarikat untuk melakukan kerja-kerja pemasaran kepada bakal-bakal ahli.
  • TIPSNIAGA.COM akan merungkai isu MLM ini secara terperinci diposting selanjutnya, oleh itu jangan lupa untuk terus mengikutinya....

editor

1 comment:

  1. ramai yang sedar...tapi still terikut2 dan sering lompat dari 1 MLM ke MLM yg lain.............cam yang dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran..tak dinafikan ada yang berjaya ke top level!

    ReplyDelete