Saturday, February 19, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #5- Post #118

TIPsNIAGA.COM Posting #118


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #5
SAMA SYARIKAT - LAIN-LAIN IKLAN
Apa yang boleh di fahami....?


Melalui Medan INTERNET kita akan dapat melihat banyak IKLAN yang di siarkan samaada yang bercorak MENCARI PELANGGAN atau pun yang MENCARI AHLI tetapi di siarkan oleh Orang yang berlainan dari Syarikat yang sama.
Perkara ini sudah menjadi perkara biasa...TETAPI apakah yang boleh kita FAHAMI daripada aktiviti tersebut?....




DARI SYARIKAT SAMA TAPI BERLAINAN PENGIKLAN.
IKLAN daripada Aktiviti seperti itu menandakan bahawa SYARIKAT yang di wakili mereka MENGAMALKAN Kaedah PEMASARAN Multi Level Marketing atau MLM atau Direct Sales.


HANYA syarikat-syarikat yang menggunakan kaedah MLM sahaja yang MEMBENARKAN setiap Ahli mereka membuat pengiklanan secara INDIVIDU!...dan perkara ini tidak berlaku di Syarikat-Syarikat yang menggunakan konsep Pemasaran yang BUKAN berteraskan MLM atau Konvensional


TUJUAN MEREKA
TUJUAN mereka HANYA untuk mencari dan menambahkan DOWNLINE bagi menjana pendapatan mereka, jika mereka tidak menggunakan usaha sebegini maka tidak akan ada siapa pun yang akan menolong mereka mencarikan DOWNLINE, ini di sebabkan oleh FALSAFAH MLM yang tersembunyi ialah YOU DIE ALONE!


Dimana tidak akan ada sesama Ahli yang di dalam Level yang sama sanggup atau boleh berkongsikan DOWNLINE, mereka harus MENCARI nya sendiri dan pihak UPLINE hanya memberikan penjelasan untuk bagaimana mencari dan menambah Downline.


STRATEGI MEREKA
Secara purata mereka akan menggunakan taktik yang sama didalam penyediaan IKLAN, seperti MENYEMBUNYIKAN FAKTA bahawa Syarikat mereka itu :-

  • Bukan Syarikat MLM
  • Modal Yang Rendah atau Tidak Perlu Modal
  • Bekerja atas MASA Sendiri
  • Menjadi BOS SENDIRI
  • Kedai / Kiosk / Produk Di Tanggung Syarikat
  • Guna Sistem FRANCHISE
  • Rekod KEJAYAAN Syarikat sudah berpuluh Tahun
  • Menggunakan Nama-Nama Ahli yang berjaya menjadi Jutawan (tapi tiada rekod)
  • Menggunakan Nama-Nama Orang Terkenal sebagai Rujukan Kejayaan
  • Pendapatan yang TIDAK ADA HAD MAKSIMA
  • Dan banyak lagi Dalil-Dalil yang di kemukakan

Perkara-Perkara seperti itulah yang di guna-pakai di dalam Iklan-Iklan yang mengamalkan Konsep MLM


MAKSUD SEBENAR
MAKSUD SEBENAR mereka mengeluarkan IKLAN ialah UNTUK MENJANA PENDAPATAN kerana jika mereka tidak memasukkan sebarang Downline dalam waktu yang tertentu maka pendapatan mereka AKAN TERHENTI..!!!, Lagi lama terhenti bermakna akan lagi lama mereka tidak ada PENDAPATAN!


SEGALA FAKTA & JANJI
Segala FAKTA & JANJI yang di TAWARKAN melalui Konsep MLM ini tidak boleh di jadikan sebagai suatu perkara yang benar atau yang pasti kerana :-


Semua fakta-fakta dan janji-janji tersebut merupakan Strategi Penjualan yang menggunakan Kaedah Human's Attraction Psychology, dimana secara am nya setiap manusia itu akan MUDAH di PENGARUHI dengan segala macam KEBENDAAN, KEKAYAAN dan PENDAPATAN yang LUMAYAN....Ini adalah KELEMAHAN MANUSIA.


Perkara seperti ini telah di kaji selidik oleh Pakar-Pakar dari Peniaga-Peniaga MLM yang terdahulu bagi menjayakan konsep perniagaan MLM ini dan ia maseh di guna-pakai hingga ke hari ini termasuk di Negara-Negara di rantau Asia.


APA YANG PERLU KITA TAHU

  • Tidak ada Jenis Perniagaan yang wujud di dalam Dunia hari ini yang BEGITU MUDAH untuk di jalankan seperti yang di gambarkan melalui perniagaan MLM.
  • Tidak ada JUTAWAN di Dunia ini yang menjadi JUTAWAN dalam sekelip mata sahaja tanpa perlu bekerja dan berusaha keras.
  • Tidak ada Perniagaan lain yang menggunakan Strategi KEKAYAAN dan STATUS JUTAWAN untuk MELARISKAN sesuatu produk atau Perkhidmatan Syarikat mereka KECUALI MLM.
  • Tidak ada Satu Produk di dalam Dunia ini yang jika di jual boleh mendatangkan KEUNTUNGAN beratus-ratus kali ganda melainkan dalam MLM
APA RAHSIA MEREKA
Sebenarnya semua Perniagaan MLM samaada yang berlandaskan penjualan Produk atau Perkhidmatan seperti yang di katakan oleh pihak Syarikat Bukan bertujuan menjual Produk... TETAPI Syarikat mereka HANYA MENJUAL SISTEM!

Dan Apakah yang dikatakan SISTEM itu..???
  • Yang dikatakan sebagai SISTEM ialah Kaedah / Strategi bagaimana seseorang Ahli itu boleh menjana Pendapatan yang tinggi melalui Proses-Proses Pembelian yang menggunakan Internal Trading sesama Ahli.
  • Dan melalui Sistem tersebut, setiap Ahli DI JANJIKAN dengan PULANGAN KEWANGAN yang LUMAYAN melalui Penjualan berbentuk PIRAMID.
  • Manakala sesuatu PRODUK atau PERKIDMATAN yang di wujudkan bersama SISTEM tersebut hanya BERTINDAK sebagai PENGELAK  KEPADA UNDANG-UNDANG.
  • Oleh yang demikian, setiap JUALAN SISTEM tidak akan bertentangan dengan Undang-Undang Kewangan mana-mana Negara. 
  • Kerana untuk memohon Lesen sebagai Institusi Kewangan bukan mudah dan banyak kriteria perlu di penuhi, termasuk Modal yang Besar sebelum di beri Lesen kerana setiap Kerajaan brtanggungjawap untuk melindungi Rakyat masing-masing.
RUMUSAN
Oleh kerana Konsep MLM TIDAK MENJANJIKAN SEBARANG KEGAGALAN, maka sesiapa sahaja yang GAGAL untuk menjalankan SISTEM mereka akan di ketepikan begitu sahaja....


Dimana setiap Upline TIDAK AKAN MENAMBAH WANG atau MEMBANTU ANDA menjana pendapatan begitu sahaja, tetapi anda akan di kerah supaya lebih AGRESIF mencari Ahli-Ahli baharu.
WANG bagi mereka adalah USAHA SENDIRIAN dan jika anda GAGAL maka anda akan di tinggalkan....

Atau "You're Not One of Us..."

editor

No comments:

Post a Comment