Thursday, March 31, 2011

BUSINESS TERMS #9 - Post #189

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #189


BUSINESS TERMS #9
MEMAHAMI TERMA PERNIAGAAN
TERMA & SYARAT SYARIKAT

APA ITU TERMA & SYARAT PENJELASAN
TERMA & SYARAT adalah DOKUMEN yang berbentuk KONTRAK di antara Syarikat dengan Pembekal, Pelanggan atau Pekerja anda.Dokumen Terma & Syarat ini juga di sebut sebagai SYARAT PENJUALAN, SYARAT PEMBELIAN, SYARAT PEKERJAAN dan yang lain-lain.
TERMA & SYARAT juga boleh di rundingkan sebelum ia di dokumentasikan sebagai sebuah KONTRAK yang di persetujui, di mana kes seperti ini wujud di antara Peniaga dengan Pembekal atau Peniaga dengan Pelanggan, tetapi kurang berlaku dia antara Majikan dengan Pekerja.
Di dalam dunia perniagaan, akan terdapat banyak Terma & Syarat yang di lakar bersesuaian dengan sesuatu keadaan, di mana ia akan melibatkan Perundangan Perniagaan, Perundangan Negeri / Negara ataupun Perundangan SHARIAH.APAKAH TUJUAN MEWUJUDKAN TERMA & SYARATTUJUAAN nya adalah seperti berikut :
  • Untuk meletakkan apa yang di persetujui
  • Mendefinasikan sesuatu KONTRAK Perniagaan
  • Menentukan PROSEDUR Perniagaan
  • Batas Tanggungjawap kedua-dua pihak yang terlibat
  • Akibat-Akibat jika segala Syarat tidak di patuhi

PERKARA PENTING DI DALAM TERMA & SYARAT 

Definasi Dasar atau Subjek Kontrak
  • Penjelasan yang lengkap terhadap apa subjek penjualan yang di persetujui.
  • Penjelasan terperinci mengenai Spesifikasi sesuatu produk atau Perkhidmatan
  • Rujukan mengenai sesuatu Mutu atau Standard Produk atau Perkhidmatan dengan Rujukan yang jelas

Menetapkan Harga
  • Penepatan sesuatu Harga Jualan yang di persetujui bersama
  • Tempuh sesuatu harga boleh di guna-pakai
  • Senarai harga yang Tepat kepada semua jenis produk atau perkhidmatan
  • Potongan Harga menurut Syarat-Syarat tertentu
  • Di jelaskan perkara-perkara yang boleh menjejas Harga sesuatu Produk atau Perkhidmatan
  • Seperti Tempuh Pembayaran yang melepasi jangkaan
  • Pembelian atau Penjualan dengan Jumlah yang berubah-ubah
  • Pemberian Notis Pemberitahuan jika sesuatu perubahan pada harga berlaku di luar jangkaan
Kaedah Pembayaran
  • Kaedah-Kaedah Pembayaran yang boleh di terima
  • Seperti pembayaran Tunai atau Kredit dalam tempuh yang di persetujui
  • Kadar-Kadar Faedah yang di kenakan (jika ada)
Definasi Prosedur Perkhidmatan
  • Di jelaskan segala prosedur Perkhidmatan yang di tawarkan
  • Bagaimana ia nya di lakukan
  • Mutu atau Standard yang di guna-pakai
  • Tempuh sesuatu perkhidmatan boleh di selesaikan
  • Syarat-syarat tambahan yang di perlukan seperti hal-hal keselamatan dan Insuran

Apa yang berlaku semasa Kontrak maseh berjalan
  • Ini tidak sesuai dengan penjualan produk tetapi sangat penting di dalam menawarkan sesuatu kerja-kerja PERKHIDMATAN atau Services.
  • Seperti Laporan Kemajuan Pekerjaan yang di jalankan
  • Laporan sebaran Uji-Kaji (jika wujud)
  • Laporan Jumlah tenaga Kerja yang bekerja dalam sesuatu masa
  • laporan penggunaan sesuatu Jentera atau Mesin-mesin tertentu di dalam sesuatu pekerjaan
Pengasingan Syarat-Syarat
  • Ini bermaksud, penjelasan untuk sesuatu Syarat Tambahan jika sesuatu perkara berlaku di luar jangkaan kedua-dua belah pihak.
  • Langkah-langkah yang akan di ambil (jika berlaku)
  • Hal-hal Pampasan (jika di batalkan) 

Tugas & Tanggungjawap
  • Penjelasan mengenai Tugas & Tanggungjawap jika sesuatu berlaku di luar jangkaan yang melibatkan pelbagai perkara
  • Seperti Kerosakan
  • Mutu yang tidak menepati syarat
  • Taraf Mutu & Perkhidmatan yang di bawah jangkaan
  • Di mana kesemua perincian harus di sebut di dalam terma & Syarat
  • Perkara ini untuk melindungi kepentingan kedua-dua belah pihak dari sudut Undang-Undang.
Cara Pembayaran Ganti Rugi
  • Harus di jelaskan secara terperinci mengenai cara-cara Pembayaran Ganti Rugi jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini.
  • Dan bagaimana ianya DI TAFSIR untuk menentukan sesuatu Nilai Atau Harga ganti Rugi tersebut.
Perlindungan & Privasi
  • Harus di jelaskan perincian Data Protection Act atau Akta Perlindungan Data 
  • Agar kedua-dua belah pihak tidak melanggar dengan tidak sengaja
  • Penukaran Perjanjian
  • Harus di jelaskan dengan jelas jika Perjanjian ingin di ubah pada sesuatu keadaan
  • Segala Syarat yang perlu di patuhi
  • Termasuk jika Perjanjian sediaada ingin di Jual atau di Ambil Alih oleh Syarikat lain

Resolusi Pertikaian
  • Harus di jelaskan m,engenai cara-cara untuk mengatasi sesuatu pertikaian
  • Langkah-Langkah yang perlu di ambil
  • Berdasarkan Peruntukkan Undang-Undang
SEMUA PERKARA YANG DISEBUTKAN adalah beberapa perkara penting yang harus di lakar di dalam setiap Terma & Syarat Perniagaan.
Banyak perkara boleh di masukkan ke dlam Terma & Syarat Perniagaan dan anda harus menentukan Perkara-Perkara yang perlu.

Dapatkan khidmat Peguam jika anda kurang arif atau mahir untuk melakukan nya.

editor

No comments:

Post a Comment