Friday, March 04, 2011

TINDAKAN & IMPLIKASI #8 - Post #154

TIPsNIAGA.COM -Chapter2-Post #154


TINDAKAN & IMPLIKASI #8
MEMBERI RASUAH


INI bukan PERKARA BAHARU atau Suatu KAEDAH BAHARU di dalam Dunia Perniagaan tetapi ia telah WUJUD sejak berkurun lama nya.


TETAPI Gejala MEMBERI RASUAH untuk MENDAPATKAN SESUATU ketika menjalankan Perniagaan adalah BERTENTANGAN dengan ETIKA PERNIAGAAN yang sebenar, mahupun di dalam mana-mana KEPERCAYAAN AGAMA.


DEFINASI RASUAH
RASUAH bermaksud :
  • Memberi sesuatu IMBUHAN yang berupa WANG atau HADIAH atau PERTOLONGAN sebagai MEMBALAS jasa baik atau kepada KERJA-KERJA bagi mendapatkan sesuatu PELUANG PERNIAGAAN dari TEMPAT, SYARIKAT, INSTITUSI, JABATAN SWASTA mahupun KERAJAAN.
  • PERBUATAN ini di anggap sebagai MELAKUKAN SESUATU DI LUAR KELAZIMAN di dalam URUS NIAGA YANG NORMAL.
TUJUAN NYA
  • Untuk MENDAPATKAN sesuatu PELUANG daripada PROJEK atau TENDER atau KONTRAK secara PAKSA dengan PEMBERIAN RASUAH.
  • Dan RASUAH hanya BOLEH TERJADI jika kedua-dua PIHAK bersetuju untuk MELAKUKAN NYA demi KEPENTINGAN DIRI MASING-MASING.
DARI SUDUT PSIKOLOGI
  • ORANG-ORANG yang melakukan PEMBERIAN & PENERIMAAN RASUAH adalah tergolong DI DALAM ORANG yang berpenyakit MEMENTINGKAN DIRI.
  • ATAU dalam keadaan KEWANGAN YANG TERDESAK dan memiliki PELUANG untuk melakukan dan menerima RASUAH kerana Kemampuan Kewangan dan Kesempitan Kewangan.
  • ATAU kerana KETAGIHAN dengan Pemberian IMBUHAN untuk Kerja-Kerja yang MUDAH.
  • Tidak memiliki sesuatu KEPERCAYAAN AGAMA di dalam HIDUP mereka yang boleh memberikan mereka suatu GARIS PANDUAN mengenai Perkara yang BURUK dan BAIK. (Halal atau Haram)
IMPLIKASI NEGATIF
  • Jika di dalam DUNIA PERNIAGAAN, perbuatan memberi RASUAH akan mengakibatkan sesuatu PROSES KELAYAKAN untuk MENDAPATKAN SESUATU itu tidak dapat di jalankan dengan sempurna dan di luar KELAZIMAN.
  • MUTU Penerima PROJEK atau KONTRAK juga tidak dapat di NILAI kerana TIDAK MELALUI PROSES KELAYAKAN, ini akan menyebabkan MUTU KERJA dan HASIL KERJA sesuatu pekerjaan yang di berikan tidak dapat di pastikan.
  • Jika ianya berlaku di JABATAN KERAJAAN maka segala SISTEM KEADILAN bagi Pemprosesan sesuatu Tender, Kontrak atau Sebut Harga akan di ketepikan dan HANYA Orang-Orang TERTENTU sahaja yang akan dapat kerja-kerja yang di tawarkan berdasarkan RASUAH dan akan ramai Orang-Orang yang benar-benar BERKELAYAKAN tidak dapat tempat yang sepatut nya.
  • Dan Gejala RASUAH ini boleh MERUNTUHKAN sesebuah INSTITUSI KERAJAAN kerana DI TADBIR oleh GEJALA RASUAH. Dimana SUARA RAKYAT telah di tukar kepada SUARA RASUAH.
RUMUSAN
  • RASUAH sebenar nya pada asal usul nya di mulakan dengan NIAT BAIK, dimana sesuatu IMBUHAN yang di beri untuk sesuatu KERJA-KERJA yang di lakukan oleh Orang-Orang yang LEMAH dan MISKIN dimana dengan PEMBERIAN IMBUHAN yang di berikan SELAIN DARI HARGA UPAH yang biasa, di takrifkan sebagai IMBUHAN SEDEKAH dengan NIAT untuk MEMBANTU mereka mendapatkan WANG LEBIH bagi menyara keluarga mereka.
  • Dan RASUAH kini di gunakan oleh GOLONGAN OPPORTUNIST dari Pihak PEMBERI & PENERIMA yang BUKAN lagi di dasarkan KESUSAHAN atau KESEMPITAN HIDUP atau INGIN MEMBANTU....TETAPI di gunakan untuk KEPENTINGAN PERIBADI di kedua-dua belah pihak.
  • Sebaik mungkin, jika anda menjalankan JENIS PERNIAGAAN yang wujud PERSAINGAN maka anda harus MENGELAKKAN diri daripada MEMBERI RASUAH untuk mendapatkan sesuatu. 
  • Anda perlu YAKIN PADA KEBOLEHAN DIRI SENDIRI di dalam KEPAKARAN MENJALANKAN PERNIAGAAN dan dengan menggunakan RASUAH, anda telah MENIPU DIRI SENDIRI dan SEMUA ORANG.
TIPS
UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI MEMBERI RASUAH, ANDA PERLU ADA NIAT & POLISI  YANG JELAS DALAM :-
  • DIRI SENDIRI
  • MISI & VISI SYARIKAT.
  • STRATEGI PENJUALAN SYARIKAT
RASUAH HANYA BOLEH TERJADI DENGAN NIAT YANG TELAH DI TETAPKAN DI DALAM PERANCANGAN AWAL.

editor

No comments:

Post a Comment