Tuesday, March 08, 2011

CASE STUDY #6 - Post #162

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #162


CASE STUDY #6
BUTIK ANDAMAN & SOLEKAN PENGANTIN


KES ini pula melibatkan sebuah Perniagaan BUTIK ANDAMAN & SOLEKAN PENGANTIN yang di Usahakan oleh seorang MAK ANDAM yang telah berpengalaman didalam bidang ini lebih dari 20 Tahun!
TETAPI sebelum ini beliau menjalankan nya secara SAMBILAN kerana memiliki PEKERJAAN TETAP dengan KERAJAAN.


Setelah BERSARA dari Perkhidmatan KERAJAAN, beliau membuka sebuah BUTIK ANDAMAN & SOLEKAN PENGANTIN secara sepenuh masa.


LOKASI BUTIK : DI SEBUAH PUSAT BELI BELAH
KELUASAN BUTIK : 12' X 12' BERKONSEP SHOWROOM
MODAL AWAL : RM20,000
PEKERJA TETAP : 1 ORANG (penjaga butik)
PEKERJA SAMBILAN : 5 ORANG (pekerja pemasangan pelamin)
KEPAKARAN : SOLEKAN / ANDAMAN / PAKAIAN PENGANTIN


PERINGKAT PERMULAAN
TAHUN PERTAMA
  • PERNIAGAAN BUTIK ini berjalan dengan baik dan di terima oleh Pelanggan untuk Tahun yang PERTAMA, kerana memperkenalkan Produk & Perkhidmatan yang bercorak KONVENSIONAL dari segi KOLEKSI PAKAIAN PENGANTIN, dimana pada waktu itu amat KURANG Butik Pengantin yang lain menawarkan jenis produk yang sedemikian kerana Trend Pengantin lebih cenderung kepada Corak KONTEMPORARI.
TAHUN KEDUA
  • Apabila masuk ke Tahun KEDUA, Perniagaan beliau menghadapi masaalah kekurangan TEMPAHAN daripada bakal-Bakal Pengantin dan perkara ini telah menyebabkan beliau TERPAKSA MENYERAP segala KOS TANGGUNGAN dengan menggunakan WANG SAKU SENDIRI.
  • Untuk jangkamasa 1 TAHUN itu, beliau hanya mendapat 2 atau 3 TEMPAHAN dan ini jauh dari mencukupi untuk membiayai segala Kos dan Gaji Pekerja.
  • KES ini di rujuk kepada saya dan seperti biasa dilakukan TINJAUAN & SIASATAN untuk MENGENAL-PASTI apakah punca-punca masaalah dan bagaimana untuk mengatasi nya.
HASIL ANALISA
  • Di dapati semua Koleksi Pakaian Pengantin di dalam simpanan beliau telah LAMA dan ada yang sudah beusia 10 tahun.
  • Tidak ada Koleksi Pakaian Pengantin yang bercorak TERKINI & KONTEMPORARI samaada yang lama atau yang baharu.
  • NILAI PAKEJ yang di tawarkan TERLALU MURAH dan TIDAK MENGIKUT keadaan Pasaran Semasa.
  • Tidak memiliki PERALATAN sendiri seperti SET PELAMIN, KERUSI PENGANTIN dan semua Keperluan PELAMIN dan terpaksa MENYEWA daripada PENGUSAHA yang lain dengan CAJ yang tinggi.
  • TIDAK WUJUD lain-lain Perkhidmatan SOKONGAN terhadap Bakal Pengantin sebagai Pendapatan Tambahan.
  • Hanya 100% tertumpu kepada ANDAMAN & SOLEKAN PENGANTIN
SARANAN
  • HARUS membuat PAKAIAN-PAKAIAN PENGANTIN baharu yang TERKINI dengan KOLEKSI yang PELBAGAI.
  • HARUS membuat 2 - 3 SET PELAMIN untuk kegunaan sendiri untuk mengelakkan daripada MENYEWA dari Pengusaha lain, langkah ini untuk PENJIMATAN JANGKA PANJANG.
  • HARUS merombak & merangka semula semua HARGA PAKEJ PERKHIDMATAN yang di tawarkan dan  DI PECAHKAN kepada beberapa KATEGORI PAKEJ agar sesuai dengan KEHENDAK PELANGGAN
  • Di mana setiap PAKEJ akan wujud KEISTIMEWAAN & KELEBIHAN yang tersendiri.
UNTUK PENDAPATAN SAMPINGAN YANG BERKAITAN
HARUS di adakan KELAS-KELAS KEMAHIRAN & PERKHIDMATAN TAMBAHAN seperti :-
  • SOLEKAN 
  • ANDAMAN & HIASAN PENGANTIN
  • DANDANAN RAMBUT
  • KHIDMAT CETAKAN KAD JEMPUTAN
  • TEMPAHAN BUNGA TELUR
  • TEMPAHAN UNTUK GUBAHAN & HANTARAN BARANG-BARANG PENGANTIN
  • TEMPAHAN MEMASAK UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN
  • TEMPAHAN UNTUK KERETA PENGANTIN
  • TEMPAHAN UNTUK MENJAHIT PAKAIAN 
  • TEMPAHAN UNTUK KHEMAH & KANOPI
  • TEMPAHAN UNTUK DJ MAJLIS
  • ADAKAN KURSUS RUMAH TANGGA - SECARA KOLABORASI
  • MENJUAL PRODUK KESIHATAN WANITA 
PENERIMAAN PENGUSAHA TERBABIT
  • PENGUSAHA terbabit akur dengan semua KELEMAHAN & KEKURANGAN dan BERSETUJU untuk melakukan ROMBAKAN di dalam Perniagaan nya secara berperingkat, kerana rombakan ini akan melibatkan SUNTIKAN MODAL TAMBAHAN kedalam Perniagaan nya.
  • Seperti untuk membuat dan membeli set Pakaian Pengantin yang baharu yang bukan hanya satu atau dua helai tetapi memerlukan mungkin 40 - 50 PASANG PAKAIAN mengikut Corak yang wujud di dalam PASARAN.
  • Juga melibatkan MODAL BAHARU untuk membuat beberapa SET & KERUSI PELAMIN yang mudah alih untuk kegunaan sendiri dan boleh juga DI SEWAKAN sementara tidak ada TEMPAHAN dalam masa tertentu.
  • UNTUK melaksanakan KESELURUHAN PERUBAHAN & PENINGKATAN, beliau telah mengambil masa 4 BULAN bagi melengkapi KEPERLUAN ASAS.
  • Dan MASA 6 BULAN lagi untuk MENGADAKAN KELAS-KELAS KEMAHIRAN serta PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH yang di SARANKAN.
  • PADA akhir tahun ketiga, perniagaan beliau telah mula menampakkan KEMAJUAN di semua BAHAGIAN, walaupun tidak berapa lancar kerana maseh lagi kekok melakukan sesuatu perkara yang belum pernah di lakukan olehnya sebelum ini.
  • Dan berkat KESABARAN beliau, kini perniagaan nya telah MANTAP dan tidak lagi menghadapi MASAALAH seperti yang di hadapi nya sebelum ini.
  • Tahun KEEMPAT beliau membuka 1 lagi CAWANGAN
  • DAN MENJADI PUSAT SEHENTI UNTUK MENGURUSKAN MAJLIS PERKAHWINAN
RUMUSAN KES
  • KES ini telah menunjukkan bahawa walaupun anda BERKEMAHIRAN sebagai seorang PAKAR dalam sesuatu BIDANG, ia maseh belum boleh MENJAMIN yang anda akan dapat menjalankan URUS NIAGA dengan baik dan cemerlang.
  • KERANA..ILMU PERNIAGAAN itu CUKUP LUAS dan MERANGKUMI PELBAGAI PERKARA. 
  • Tetapi jika anda FAHAM TERAS atau KUNCI atau RAHSIA PERNIAGAAN, anda akan mampu untuk mencari JALAN KELUAR untuk sesuatu MASAALAH yang di hadapi.
  • YANG PENTING sekali ialah seseorang PENGUSAHA itu harus PEKA terhadap KEADAAN PASARAN SEMASA yang akan MENCERMINKAN segala KEHENDAK & PERMINTAAN PELANGGAN yang TERKINI.
editor

No comments:

Post a Comment