Wednesday, March 16, 2011

PENGURUSAN #7 - Post #175

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #175


PENGURUSAN #7
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


PENGURUSAN SUMBER MANUSIA terdapat di semua JENIS PERNIAGAAN yang MENGGAJIKAN PEKERJA walaupun hanya SEORANG PEKERJA.


DEFINASI
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA memberi maksud :
  • MENJAGA HAL EHWAL & KEPENTINGAN PEKERJA YANG BEKERJA DI DALAM SYARIKAT ANDA.
TANGGUNGJAWAP MAJIKAN
Tanggungjawap Pihak MAJIKAN terhadap PEKERJA adalah seperti :-
  • MENYEDIAKAN PEKERJAAN yang harus di lakukan menurut KEMAHIRAN & KEPAKARAN seseorang Pekerja
  • MEMBERIKAN IMBUHAN berupa GAJI YANG SETIMPAL dengan kemahiran & kepakaran seseorang pekerja
  • MEMBERIKAN MASA BEKERJA yang MENURUT UNDANG-UNDANG BURUH di bawah Kelolaan KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.
  • MEMBERIKAN MASA MAKAN & BEREHAT yang juga tertakluk di dalam UNDANG-UNDANG BURUH
  • MEMBAYAR GAJI TEPAT PADA TARIKH YANG DI JANJIKAN
  • MEMBAYAR GAJI untuk kerja-kerja LEMBUR atau LEBIH MASA
  • MEMBAYAR APA JUGA ELAUN & IMBUHAN TAMBAHAN seperti yang DI JANJIKAN DI DALAM SURAT TAWARAN.
  • MENYEDIAKAN TEMPAT TINGGAL / MAKAN & MINUM jika termasuk di dalam PAKEJ PEKERJAAN
  • MENYEDIAKAN PAKAIAN atau UNIFOM jika termasuk dalam PAKEJ PEKERJAAN
  • MENYEDIAKAN PENGANGKUTAN UNTUK DATANG & KEMBALI KE TEMPAT KERJA jika telah DI JANJIKAN
  • MEMBAYAR EPF PEKERJA & MAJIKAN TANPA GAGAL
  • MEMBAYAR INSURAN PEKERJA seperti SOCSO TANPA GAGAL
  • MENYEDIAKAN INSURAN TAMBAHAN JIKA PERLU
  • MEYEDIAKAN PENJAGAAN KESIHATAN YANG MENCUKUPI
LATIHAN PEKERJA
  • MAJIKAN juga bertanggungjawap untuk MENYEDIAKAN LATIHAN ASAS & AWAL terhadap semua PEKERJA yang di ambil bekerja sebagai langkah PERSEDIAAN mereka untuk melakukan setiap TUGAS & TANGGUNGJAWAP secara BERKESAN.
  • JIKA Pekerja yang di ambil bekerja telah BERPENGALAMAN, pihak Majikan harus pula MEMBERITAHU SEMUA PROSEDUR SYARIKAT di dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang mungkin berbeza dengan majikan lama mereka, ini untuk mengelakkan KEKELIRUAN kepada Pekerja tersebut, samaada untuk Tugas-Tugas di dalam Pejabat mahupun Tugas-Tugas di luar Pejabat.
  • JUGA perlu memberi latihan kepada SETIAP PEKERJA mengenai CARA & PERADAPAN untuk MELAYAN PELANGGAN samaada di dalam proses JUAL & BELI atau pun untuk MENERIMA ADUAN PELANGGAN
PEMANTAUAN PEKERJA
  • MAJIKAN juga bertanggungjawap untuk MEMANTAU setiap pekerjaan yang di lakukan oleh PEKERJA melalui KETUA / PENYELIA BAHAGIAN yang memikul Tanggungjawap sesuatu BAHAGIAN.
  • JIKA pihak MAJIKAN memiliki ramai PEKERJA maka akan wujud JAWATAN PENGURUS dan melalui PENGURUS ini Majikan harus meletakkan Tugas & Tanggungjawap untuk memantau segala KEMAJUAN, PERKEMBANGAN, TUGAS & TANGGUNGJAWAP PEKERJA di dalam tugas harian mereka, dan Majikan harus melakarkan MEKANISMA PEMANTAUAN YANG TEPAT untuk pihak PENGURUS melakukan nya.
  • Jika Majikan terebut tidak memiliki PENGURUS maka beliau sendiri yang harus melakukan nya seperti mana seorang PENGURUS bekerja. Tidak akan ada KOMPROMI di sini.
MENGAPA SEMUA INI PERLU
  • MAJIKAN YANG PEKA terhadap KEBAJIKAN & HAL EHWAL PEKERJA adalah majikan yang TAHU MENGHARGAI PEKERJA.
  • MAJIKAN yang MENGABAIKAN semua TANGGUNGJAWAP seperti yang di jelaskan di atas, adalah MAJIKAN yang TIDAK TAHU MENGHARGAI PEKERJA dan TIDAK TAHU betapa penting nya PEKERJA di dalam Organisasi mereka.
  • Oleh kerana itu WUJUD UNDANG-UNDANG BURUH di bawah KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA agar setiap MAJIKAN menjalankan SEMUA TUGAS & TANGGUNGJAWAP mereka dengan sempurna dan mengelakkan PERHAMBAAN MANUSIA, PENINDASAN HAK PEKERJA dan PENGANIAYAAN TERHADAP PEKERJA.
MENGAPA PEKERJA HARUS DI JAGA
  • DI DALAM DUNIA PERNIAGAAN setiap PEKERJA adalah ASET UTAMA sesebuah Syarikat untuk MENGGERAKKAN OPERASI PERNIAGAAN mereka, tanpa Pekerja yang berbilang KEMAHIRAN & KEPAKARAN sesuatu Operasi Perniagaan tidak akan dapat di jalankan dengan sempurna.
  • TIDAK ADA SUATU PEKERJAAN di dalam DUNIA ini yang boleh di lakukan BERSEORANGAN tanpa wujud MANUSIA lain, terutama di dalam DUNIA PERNIAGAAN. kerana KONSEP NIAGA itu berdasarkan DUA INDIVIDU yang MENJUAL & MEMBELI.
  • PEKERJA juga merupakan PENIAGA yang MEMPERNIAGAKAN segala KEMAHIRAN & KEPAKARAN yang mereka miliki tetapi hanya mampu untuk bekerja dengan Orang lain.
PETANDA MAJIKAN YANG DI SUKAI
  • MAJIKAN YANG DI SUKAI oleh para Pekerja ialah Majikan yang menjalankan semua Tugas & Tanggungjawap mereka sebagai MAJIKAN dengan sempurna dengan MEMBERI SEMUA HAK PEKERJA TANPA ALASAN.
  • JUGA memberikan Pekerja mereka IMBUHAN TAMBAHAN tanpa di minta sebagai langkah menghargai segala KOMITMEN PEKERJA yang telah membantu perniagaan mereka menjadi MAJU.
  • JUGA tidak melakukan sebarang PENINDASAN terhadap segala HAK PEKERJA malah menganggap setiap Pekerja sebagai INDIVIDU BERHARGA di dalam Perniagaan mereka.
  • Tidak terlalu CEREWET, SUKA BERTOLAK ANSUR, BERHEMAH terhadap kelemahan dan kekurangan Pekerja yang di bawah paras KEPUASAN HATI mereka tetapi memberikan DORONGAN serta TUNJUK AJAR agar Pekerja yang sedemikian boleh mempamerkan PRESTASI yang lebih baik dari yang sebelum nya.
PETANDA MAJIKAN YANG TIDAK DI SUKAI
  • CEREWET DALAM SEMUA HAL
  • PANAS BARAN / SUKA MARAH-MARAH
  • TIDAK BOLEH BERLEBIH KURANG
  • TIDAK BOLEH MELAKUKAN KESILAPAN KECIL
  • TIDAK BOLEH MEMAAFKAN PEKERJA
  • TIDAK MESRA PEKERJA
  • TIDAK MEMPEDULIKAN HAL EHWAL PEKERJA
  • TIDAK MEMENTINGKAN PEKERJA
  • SUKA MENINDAS HAK PEKERJA
  • SUKA MENGURANGKAN HAK PEKERJA
  • SUKA MEMAKI HAMUN PEKERJA
  • SUKA MENYAKITKAN HATI PEKERJA
  • SUKA MENCARI PASAL DENGAN PEKERJA
  • TIDAK TAHU MEMUJI PEKERJA
  • TIDAK TAHU MENGHARGAI PEKERJA
  • TIDAK TAHU MENGAMBIL HATI PEKERJA
  • KEPERCAYAAN TERHADAP PEKERJA AMAT TIPIS
  • MENGANGGAP PEKERJA SEBAGAI HAMBA ABDI MEREKA
DARI SUDUT PSIKOLOGI
  • MAJIKAN yang tidak di sukai oleh PEKERJA yang mempamerkan NILAI-NILAI NEGATIF di dalam tidak tanduk mereka terhadap Pekerja adalah MAJIKAN yang mengalami Sindrom TIDAK YAKIN KEPADA MANUSIA LAIN serta EGO YANG TINGGI.
  • MAJIKAN seperti ini juga tergolong di dalam Manusia yang RIAK & TAKBUR di atas KEKAYAAN yang mereka miliki sehingga BERANI MENINDAS orang lain.
  • Dan TIDAK TAHU untuk MENGAWAL DIRI sendiri.
RUMUSAN
  • Oleh kerana itu di dalam setiap Syarikat di WUJUDKAN Jabatan SUMBER MANUSIA sebagai Jabatan Khusus untuk MENJAGA segala keperluan dan Hal Ehwal Pekerja mewakili Pihak MAJIKAN.
  • Jabatan Sumber Manusia akan di ketuai oleh seorang PENGURUS yang berpengetahuan luas di dalam Undang-Undang Sumber Manusia.
editor

No comments:

Post a Comment