Wednesday, March 02, 2011

TINDAKAN & IMPLIKASI #4 - Post #150

TIPsNIAGA.COM -Chapter2-Post #150


TINDAKAN & IMPLIKASI #4
GAGAL MENGEKALKAN PRESTASI


PENYAKIT GAGAL MENGEKALKAN PRESTASI sering wujud di dalam Perniagaan yang telah BEROPERASI LAMA samaada Perniagaan tersebut di kendalikan oleh USAHAWAN yang SAMA ataupun oleh KETURUNAN mereka.


PRESTASI yang di sebutkan ini MERUJUK kepada HAL yang berikut :-
  • TARAF LAYANAN
  • TARAF KEBERSIHAN & KEKEMASAN 
  • TARAF PERKHIDMATAN
  • NILAI HARGA
CONTOH YANG BERLAKU
Ada segelintir PERNIAGAAN seperti :-
  • RESTORAN
  • KEDAI RUNCIT / SERBANEKA
  • KEDAI GUNTING / SALON RAMBUT
  • KEDAI PAKAIAN / KAIN BAJU
  • KEDAI DOBI 
  • Dan Perniagaan serupa yang lain 
Dimana SEMAKIN LAMA dan SEMAKIN MAJU mereka berniaga, maka TAHAP & TARAF 
  • LAYANAN
  • KEBERSIHAN
  • PERKHIDMATAN
  • NILAI HARGA
Akan MENURUN MUTU PERKHIDMATAN yang di berikan kepada pelanggan, di mana kita boleh melihat ada kawasan Kedai atau Restoran mereka sudah tidak bersih dan tidak teratur lagi seperti waktu mereka memulakan perniagaan.
  • Di Kedai Runcit pula kita boleh melihat susunan barang-barang sudah tidak kemas susunannya lagi sehingga ruang untuk berjalan menjadi sempit di dalam kedai mereka.
  • Di kedai Dobi pula kita boleh melihat kawasan menjadi kotor dan berselerak dengan bungkusan-bungkusan kain / baju yang hendak di cuci
  • Dan Pekerja-Pekerja yang MELAYAN PELANGGAN pula sudah tidak berbudi bahasa dan tidak lagi nampak berminat melayan dengan sungguh-sungguh
  • Dan Peniaga yang terlibat pula sudah tidak MESRA PELANGGAN kerana sibuk memberikan perhatian kepada hal-hal lain sehingga MASA untuk berinteraksi dengan pelanggan sudah tidak ada lagi.
SEBAB UTAMA
  • Usahawan yang sudah HILANG KECERGASAN DIRI kerana Faktor USIA kerana terlalu lama di dalam bidang yang sama
  • PEMANTAUAN untuk menjaga TARAF sudah LUNTUR kerana sudah merasa SELESA
  • Tenaga Kerja yang tidak TERLATIH kerana tidak ada pemilihan yang tepat
  • Perhatian pada Perniagaan telah beralih kepada hal lain
SUDUT PSIKOLOGI
  • USAHAWAN tersebut merasakan telah MEMILIKI Pendapatan HARIAN & BULANAN yang cukup MANTAP atau CUKUP KAYA
  • Kerana itu mereka tidak MERASA PERLU untuk MENJAGA segala TARAF PERKHIDMATAN dengan TELITI.
  • Mereka BERPENDAPAT dengan PENDAPATAN yang MANTAP, itu sudah memadai dengan apa yang telah mereka usahakan selama ini.
  • Mereka dari Golongan ini juga TIDAK BERCITA-CITA untuk mengembangkan Perniagaan kerana sudah merasa PUAS dengan apa yang mereka miliki
IMPLIKASI
  • PERNIAGAAN mereka lambat laun akan TERJEJAS JUGA dengan KEKURANGAN PELANGGAN kerana MUTU PERKHIDMATAN yang sudah LUNTUR atau MENURUN
  • Dan TANPA mereka sadari, setiap hari mereka akan KEHILANGAN PELANGGAN dan gejala ini akan merosakkan pertumbuhan pendapatan harian dan bulanan mereka untuk jangkamasa panjang
  • Tanpa Pemantauan terhadap Mutu Kerja dan Mutu Perkhidmatan yang di berikan oleh Para kakitangan dan Pekerja juga akan membuat Pelanggan menjauhkan diri dari melanggan.
  • KENAIKAN HARGA JUALAN yang tidak munasabah juga akan membuat Pelanggan tidak mahu datang lagi
  • Jika semua PERKARA YANG WUJUD tidak di atasi segera, PELUANG untuk Perniagaan mereka bertahan lebih lama akan terjejas teruk dan akhirnya mereka terpaksa menutup perniagaan
TIPS
  • JANGAN SESEKALI ABAIKAN TARAF DAN MUTU PERKHIDMATAN PELANGGAN kerana itu adalah FAKTOR & TARIKAN UTAMA kenapa Pelanggan datang melanggan.
  • JADIKAN MUTU PERKHIDMATAN sebagai KEUTAMAAN dan di tanam dalam RUTIN HARIAN untuk SEMUA.

editor

No comments:

Post a Comment