Friday, March 04, 2011

TINDAKAN & IMPLIKASI #7 - Post #153

TIPsNIAGA.COM -Chapter2-Post #153


TINDAKAN & IMPLIKASI #7
SIKAP MELAYU
JANGAN DI AMALKAN....


Saya TERPAKSA MENYENTUH ISU ini di sebabkan oleh KEPERLUAN untuk di bentangkan secara UMUM agar TIDAK ADA USAHAWAN dari Semua BANGSA menggunakan SIKAP MELAYU ini di dalam segala URUSAN PERNIAGAAN mereka.


ARTIKEL ini BUKAN DI TUJUKAN kepada SESIAPA atau MANA-MANA ORANG MELAYU secara PERIBADI tetapi ia MERUJUK KEPADA SIKAP dan SIFAT yang di TUNJUKKAN melalui PERBUATAN
JADI Orang atau BANGSA MELAYU TIDAK PERLU merasa TERSINGGUNG atau BERKECIL HATI dengan ARTIKEL ini.


Anggap Artikel ini sebagai MATA PELAJARAN yang biasa di dalam mempelajari ILMU PERNIAGAAN, jika anda tidak MERASA SENANG dengan penulisan Artikel seperti ini, itu bermakna TIDAK AKAN ADA sesuatu PEMBANGUNAN POSITIF terhadap PEMBETULAN SIKAP seperti ini. 


Perkara ini juga pernah di suarakan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamed melalui Buku nya THE MALAY DILEMA.


Kepada ORANG MELAYU atau PENIAGA MELAYU yang TERASA...1000 APOLOGIES!!!...


APA DI KATAKAN SIKAP MELAYU
  • SIKAP MELAYU merujuk kepada sesuatu PERBUATAN yang di tunjukkan oleh seseorang PENIAGA di dalam menjalankan Perniagaan mereka. 
  • SIKAP MELAYU ini bukan sahaja di amalkan oleh PENIAGA MELAYU tetapi oleh SEMUA BANGSA.
APA YANG DI KATAKAN SEBAGAI SIKAP MELAYU
  1. PERASAAN HASAD DENGKI (phd)
  2. JANJI MELAYU
  3. TIDAK ADA TULANG BELAKANG
  4. PERLU TONGKAT
  5. KACANG LUPAKAN KULIT
Saya cuma mengambil 5 CONTOH UTAMA sahaja daripada pelbagai SIKAP MELAYU di dalam menjalankan Perniagaan.


HURAIAN / CONTOH MAKSUD SIKAP 
PERASAAN HASAD DENGKI (phd)
  • Tidak suka melihat Orang lain lebih berjaya daripada apa yang mereka lakukan, jika mereka lihat ada yang lebih berjaya maka mereka akan mencari pelbagai HELAH atau STRATEGI untuk bagaiamana mahu MENJATUHKAN atau MEROSAKKAN Perniagaan Orang yang tidak di sukai nya, saamada dengan TIPU HELAH atau pun menggunakan kaedah ILMU HITAM.
  • TERUTAMA yang BERNIAGA di dalam JENIS PERNIAGAAN yang serupa seperti Menjual Makanan / Minuman, Sayur-Sayuran, Dandanan & Solekan, Pakaian, Peruncitan dan yang lain-lain (banyak berlaku di Negara ASEAN)
  • Bagi mereka PERSAINGAN dalam BIDANG PERNIAGAAN YANG SAMA tidak baik dan perlu di tamatkan persaingan tersebut. 
  • BERLEBIHAN lagi jika PESAING PERNIAGAAN mereka terdiri dari ORANG MELAYU atau Kaum Mereka sendiri juga.
JANJI MELAYU
  • Bermakna SUKA MEMBERI JANJI tetapi TIDAK DAPAT DI TEPATI seperti apa yang di JANJIKAN
  • Akan memberi pelbagai ALASAN kenapa itu dan kenapa ini tanpa RASA KESAL
TIDAK ADA TULANG BELAKANG
  • Bermakna jika ingin MELAKUKAN SESUATU, mereka mesti mencari Orang Lain untuk melakukan sesuatu Urusan untuk diri mereka.
  • Sanggup MENGUPAH Orang Suruhan untuk melaksanakan Urusan yang MUDAH
  • Suka MENDENGAR dan MENGAMBIL sesuatu CERITA atau BERITA tanpa melakukan sebarang SIASATAN
  • Dalam lain PERKATAAN, mereka MALAS BERUSAHA
PERLU TONGKAT
  • Di dalam ingin membukan sesuatu Perniagaan, mereka lebih SUKA untuk MENDAPATKAN PINJAMAN MODAL daripada sesiapa juga TANPA ADA USAHA SENDIRI. 
  • Mereka akan MEMBUAT banyak PERMOHONAN PINJAMAN di sana sini.
  • Mereka juga SUKA MENYANDARKAN segala MASAALAH kepada Pihak Persatuan Perniagaan atau Pihak Kerajaan tanpa mahu berusaha menyelesaikan dengan usaha sendiri terlebih dahulu.
  • Begitu juga di dalam HAL untuk mendapatkan KONTRAK dari TENDER KERAJAAN, mereka lebih suka mendapatkan PERTOLONGAN ORANG DALAM.
  • Dalam lain MAKSUD, mereka kalau boleh tidak mahu menggunakan WANG sendiri.
KACANG LUPAKAN KULIT
  • Bermakna apabila sudah MERAIH sedikit KEJAYAAN, mereka akan cepat mempamerkan KESOMBONGAN.
  • Sudah mula Mengejek dan Memperli Orang lain yang masih dalam Proses Pembangunan Perniagaan
  • Tidak Suka MENOLONG PENIAGA lain atau tidak suka memberikan TUNJUK AJAR kerana TAKUT PERNIAGAAN mereka TERJEJAS dengan PERSAINGAN
  • Suka MEMPAMERKAN KEKAYAAN  dengan menggunakan Kereta Mewah dan Pejabat yang di ubah elok secara Eksklusif serta mewah
  • Jika bercakap lebih suka MENGEJI ORANG MELAYU sendiri TANPA ADA Pemikiran untuk mengubahkan nya.
DARI SUDUT PSIKOLOGI
  • Dari Sudut Psikologi nya, Usahawan dan Peniaga yang mengamalkan SIKAP MELAYU seperti ini memiliki PENYAKIT IRI HATI yang tidak bertempat.
  • Dimana PENYAKIT seperti ini selalunya di HIDAPI oleh Orang-Orang yang ada PERASAAN RENDAH DIRI kerana mereka tidak memiliki KEBOLEHAN, KEPANDAIAN, KECEKAPAN dan KEBIJAKSAAN seperti Orang yang lain.
  • Untuk MENUTUPI KELEMAHAN mereka sendiri, mereka akan sanggup merosakkan usaha Orang Lain dengan mengambil JALAN MUDAH.
  • Golongan ini juga TIDAK SUKA untuk BELAJAR sesuatu mengenai APA YANG MEREKA TIDAK TAHU dan sering MENGANGGAP yang mereka itu telah TAHU SEMUA NYA.
IMPLIKASI NEGATIF
  • SIKAP MELAYU seperti ini adalah TIDAK BAIK untuk di guna-pakai di dalam URUS TADBIR PERNIAGAAN yang mengamalkan CORAK UNIVERSAL.
  • Kerana SIKAP MELAYU seperti ini akan MEROSAKKAN KEWIBAWAAN seseorang USAHAWAN di mata Orang Ramai
  • SIKAP MELAYU seperti ini juga boleh di takrifkan sebagai SIKAP PERKAUMAN dan SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI dimana ia bertentangan di dalam ETIKA PERNIAGAAN.
  • Untuk jangkamasa panjang, golongan yang memiliki SIKAP MELAYU seperti ini TIDAK AKAN BERJAYA untuk bertahan lama di dalam Dunia Perniagaan kerana SIKAP MELAYU seperti ini sememang nya SIKAP YANG MENENTANG ARUS.
RUMUSAN
  • Oleh yang demikian, jika anda MAHU MENJADI seseorang PENIAGA dan USAHAWAN yang cemerlang di dalam DUNIA PERNIAGAAN yang bercorak UNIVERSAL ini, anda PERLU JAUHI daripada mengamalkan SIKAP MELAYU seperti ini.
  • Ia bukan sahaja boleh merosakkan Perniagaan anda tetapi ia juga boleh MEMBURUKKAN NAMA DAN BANGSA MELAYU itu sendiri di MATA DUNIA.
TIPS
INGIN JENIS SIKAP YANG BETUL UNTUK DI JADIKAN TELADAN?...

GUNAKAN SIKAP SEMUT.......

DIMANA MEREKA SUKA BERGOTONG ROYONG & BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI DALAM MENJALANKAN SESUATU USAHA MENCARI REZEKI.

editor

No comments:

Post a Comment