Thursday, March 17, 2011

PENGURUSAN #9 - Post #177

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #177


PENGURUSAN #9
PENGURUSAN PEMBELIAN UNTUK KILANG


BAHAGIAN PEMBELIAN - PURCHASING DEPT.
  • Bahagian ini wujud untuk mengatur segala PEMBELIAN BAHAN MENTAH dan SEGALA KEPERLUAN sesebuah Operasi KILANG. 
  • Dimana yang membuat PEMBELIAN itu di kenali sebagai BUYER atau PEMBELI.
  • Seseorang BUYER harus mengetahui segala KEPERLUAN setiap bahagian PRODUKSI untuk merancang segala pembelian TANPA membazirkan wang Syarikat. 
  • Dimana ramai Buyer dan Majikan tidak memberi perhatian yang khusus di dalam hal ini.
TUGAS BUYER
  • Merancang / Melakar / Menempah Pembelian Bahan Mentah hanya menurut keperluan atau kegunaan yang TERANCANG sahaja.
  • Harus menggunakan GARIS PANDU PENGGUNAAN BAHAN MENTAH yang telah di gunakan sepanjang 6 Bulan untuk mengetahui ANGGARAN PENGGUNAAN sebenar.
  • Setiap Tempahan Pembelian hanya di benarkan melebihi 5% dari Jumlah sebenar sebagai Stok Keselamatan jika berlaku sebarang  kerosakan.
  • Dan setiap BAHAN MENTAH yang di tempah harus sampai ke Premis Kilang TEPAT PADA MASA bagi mengelakkan LAMBAKAN STOK di dalam Gudang Penyimpanan.
  • Seorang Buyer juga harus bekerjasama dengan Bahagian SALES untuk mengetahui JANGKAAN TEMPAHAN PELANGGAN terhadap Produk yang di hasilkan, melalui JANGKAAN ini akan membolehkan Pihak Buyer untuk melakar dan merancang PEMBELIAN BAHAN MENTAH secara berhemah.
  • Buyer juga harus berhubung rapat dengan Pihak Pembekal Bahan Mentah agar setiap perubahan dan keperluan dapat di laporkan dan tindakan susulan dapat di ambil oleh Pihak Pembekal.
JIKA TIDAK MEMATUHI CARA PEMBELIAN
Jika Pihak Buyer sesebuah Syarikat tidak mematuhi CARA PEMBELIAN maka kita akan dapat lihat di dalam sesbuah Syarikat itu akan :
  • BERLAMBAKAN STOK DI DALAM GUDANG SIMPANAN
  • Dan lambakan ini bukan sesuatu yang bagus atau baik kerana LAMBAKAN STOK tersebut menunjukkan seseorang Buyer itu TIDAK-CEKAP 
  • Lambakan ini juga akan mengakibatkan WANG SYARIKAT TERKANDAS melalui STOK yang belum dapat di gunakan dan gejala ini tidak baik untuk Syarikat.
  • Jika berlaku PEMBATALAN TEMPAHAN daripada Pelanggan Syarikat terhadap Produk yang di hasilkan maka Pihak Syarikat akan terpaksa menanggung KERUGIAN di atas LEBIHAN STOK, sehingga ia dapat di gunakan kembali.
  • Kerana itu PEMBELIAN BAHAN MENTAH ini harus di lakukan secara BERHATI-HATI dan memerlukan PENGALAMAN dan KEMAHIRAN untuk melakukan perancangan.
  • KERUGIAN BESAR akan berlaku jika setiap harga bahan mentah untuk menghasilkan sesuatu Produk itu MAHAL harga nya seperti Bahan EMAS, PERAK, RESINS atau Bahan-Bahan Mentah yang berharga yang lain.
MEMERLUKAN KERJASAMA
  • Pihak BUYER juga memerlukan KERJASAMA dengan Pihak PERANCANG PRODUKSI KILANG bagi mengetahui segala PERANCANGAN JADUAL PRODUKSI atau PEMBUATAN agar PEMBELIAN BAHAN MENTAH SELARAS dengan apa yang mereka rancangkan.
  • PENGURUSAN YANG BIJAK akan melakukan KERJASAMA secara BERSEPADU bagi membolehkan semua perancangan di laksanakan tanpa halangan dari mana-mana bahagian sokongan.
  • Ini juga menjadi TUGAS PENTING Pengurus Kilang dan Pentadbiran Syarikat secara keseluruhan, bukan hanya setakat mahu menghasilkan Produk tetapi tidak menepati segala PROSES PEMBUATAN yang tepat.
PROSES PEMBUATAN YANG TEPAT BERMAKSUD
SEGALA PERANCANGAN harus di lakukan secara BERSEPADU di semua BAHAGIAN UTAMA dan BAHAGIAN SOKONGAN.
  1. BAHAGIAN UTAMA ialah PRODUCTION LINE
  2. BAHAGIAN SOKONGAN ialah ;-

  • Bahagian Stor Bekalan
  • Bahagian Pembelian Bahan Mentah atau PURCHASING DEPT
  • Bahagian SALES DEPT (Penerima Tempahan)
  • Bahagian TEKNIKAL atau MAINTENANCE
  • Bahagian QUALITY ASSURANCE atau KAWALAN MUTU
  • Bahagian PENJUALAN (Penjualan Produk Siap)
RUMUSAN
  • Oleh yang demikian, setiap MAJIKAN dan PENTADBIR serta PENGURUS harus MEMASTIKAN setiap perkara di dalam URUS TADBIR PENGILANGAN harus DI TEPATI menurut CARA-CARA YANG BETUL.
  • PENGURUSAN PENGILANGAN tidak boleh menggunakan CARA SEBARANGAN yang mengikut SESUKA HATI
  • KERANA ia akan melibatkan UNTUNG RUGI dalam masa PENDEK & PANJANG
  • DAN HAL PEMBELIAN MEMERLUKAN KEMAHIRAN YANG TERSENDIRI DI DALAM ILMU PEMBELIAN.
editor

No comments:

Post a Comment