Wednesday, March 23, 2011

PENGURUSAN #14 - Post #182

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #182


PENGURUSAN #14
PENGURUSAN PEMBEKAL 


PEMBEKAL 
Merupakan PENIAGA yang membekalkan segala BAHAN PRODUK terhadap Syarikat anda, dan golongan ini harus di kawal selia agar mereka menepati segala jadual penghantaran bekalan kepada anda pada masa yang di tetapkan.


Jika anda memiliki banyak PEMBEKAL maka anda perlu menugaskan Pegawai di Bahagian PEMBELIAN untuk MEMANTAU dan BERUNDING dengan pihak PEMBEKAL mengenai segala JADUAL PENGHANTARAN yang anda inginkan, agar BEKALAN PRODUK yang anda TEMPAH dapat sampai sebelum TARIKH Produk tersebut mahu di serahkan kepada Pihak Pelanggan anda pula.


KERANA
  • PERJANJIAN anda dengan PihakPelanggan anda telah wujud dan di persetujui TARIKH PENGHANTARAN menurut keperluan Pihak Pelanggan.
  • Jika anda tidak MENGAWAL Pihak PEMBEKAL yang membekal sesuatu PRODUK daripada Syarikat-Syarikat PEMBEKAL BAHAN & PRODUK, maka PERJANJIAN anda terhadap PELANGAN anda akan TERABAI. I
  • Ini akan menjejaskan NAMA BAIK SYARIKAT anda di mata Pelanggan anda.
JIKA
Jika Pihak PEMBEKAL dengan sengaja MELEWATKAN PENGHANTARAN kepada anda dengan PELBAGAI ALASAN itu bermakna :-
  • Ada PEMBAYARAN yang lalu yang anda belum jelaskan seperti yang di janjikan, kerana sebab itu mereka melengahkan Penghantaran untuk memaksa anda melakukan Pembayaran dahulu.
  • Atau BEKALAN yang mereka TEMPAH pula maseh belum tiba kepada mereka kerana sebab yang sama dengan anda.
  • Atau memang benar Pihak PENGELUAR atau PENGIMPORT terlalu banyak PESANAN untuk di penuhi dengan Jadual yang ketat.
  • Atau Pihak PEMBEKAL tidak melakukan PEMANTAUAN JADUAL PENGHANTARAN seperti yang sepatutnya
KEJADIAN BERULANG
  • Jika Syarikat anda adalah PAY MASTER yang tepat kepada pihak Pembekal, jika mereka sering melakukan penghantaran BEKALAN yang lambat daripada JADUAL yang di persetujui 
  • Maka anda perlu untuk mencari PEMBEKAL yang lain supaya KELICINAN PERNIAGAAN anda berjalan dengan lancar dan tidak tergendala dengan masaalah ketidak-cekapan pihak Pembekal.
  • Tetapi pastikan anda memberi AMARAN terlebih dahulu kepada Pihak Pembekal mengenai hasrat anda, supaya mereka melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan.
  • Selepas AMARAN di berikan dan mereka tidak menunjukkan sebarang kemajuan, itu menunjukkan mereka mempunyai MASAALAH PENGURUSAN dan MASAALAH KEWANGAN yang serius.
MENCARI PEMBEKAL
Mencari PEMBEKAL bukan suatu perkara yang mudah atau senang kerana akan banyak KRITERIA yang perlu ada di pihak PEMBEKAL sebelum anda melantik mereka sebagai PEMBEKAL BAHAN & PRODUK kepada Syarikat anda seperti :-
  • KEKUATAN KEWANGAN SYARIKAT YANG MANTAP
  • SAIZ DAN KEMAMPUAN SYARIKAT YANG KUKUH
  • KECEKAPAN & KEBOLEHAN SYARIKAT YANG MAPAN
  • HARGA TAWARAN YANG MUNASABAH
  • MUTU PRODUK YANG SETARAF
  • SKIM & KAEDAH PEMBAYARAN YANG FLEKSIBEL
  • TAHAP PERKHIDMATAN PELANGGAN YANG BAIK
Jika ada salah satu daripada yang di sebutkan itu tidak wujud atau tidak menepati KRITERIA maka mereka tidak ada kelayakan untuk di jadikan PEMBEKAL
Jika anda melantik mereka tanpa meneliti KRITERIA seperti di atas, anda akan menghadapi banyak MASAALAH dengan PEMBEKAL tersebut di hari muka.

RAMAI YANG KECEWA
Ramai di kalangan PENGUSAHA & PENIAGA yang KECEWA dengan Pihak PEMBEKAL mereka di sebabkan oleh banyak MASAALAH DALAMAN seperti yang di jelaskan.
Kebanyakan PEMBEKAL yang di lantik atas DASAR mereka itu adalah :

  • KAWAN 
  • KENALAN 
  • SOKONGAN KAWAN
  • AHLI KELUARGA
Tetapi KREDIBILITI mereka sebagai PEMBEKAL YANG PROFESIONAL tidak wujud dan di bawah TAHAP yang semestinya.
Kerana PERASAAN anda INGIN MENOLONG maka anda MENGABAIKAN segala KRITERIA yang perlu wujud sebagai seorang PEMBEKAL, maka segala MASAALAH yang wujud harus anda terima dan anda terpaksa memberikan KHIDMAT NASIHAT kepada mereka untuk bagaimana menjadi PEMBEKAL yang CEKAP dan BERWIBAWA.

AMARAN
  • JANGAN SESEKALI anda melakukan sebarang PEMBAYARAN TUNAI terhadap segala TEMPAHAN PEMBELIAN BAHAN & PRODUK kepada Pihak PEMBEKAL anda.
  • Kerana CARA TERSEBUT boleh mendatangkan MASAALAH BESAR jika Pihak PEMBEKAL menggunakan atau menyelewengan WANG tersebut untuk perkara yang lain. Di mana GEJALA seperti ini sering berlaku.
  • Itu menunjukkan bahawa PEMBEKAL tersebut mengalami MASAALAH WANG PUSINGAN di sebabkan oleh PENGURUSAN KEWANGAN YANG LONGGAR dan TIDAK MEMILIKI DISIPLIN PERNIAGAAN YANG SEMPURNA.
  • TERKECUALI anda melakukan TEMPAHAN menggunakan KAEDAH C.O.D atau CASH ON DELIVERY.
editor

No comments:

Post a Comment