Thursday, March 24, 2011

BUSINESS TERMS #1 - Post #183

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #183


BUSINESS TERMS #1
MEMAHAMI TERMA PERNIAGAAN
MAKSUD KEPADA :

  1. DIRECT SELLING
  2. SINGLE LEVEL MARKETING
  3. MULTI LEVEL MARKETING
DEFINASI : DIRECT SELLING
  • Di kenali sebagai JUALAN LANGSUNG iaitu suatu bentuk PEMASARAN di mana setiap Produk DI JUAL TERUS kepada PELANGGAN tanpa melalui ORANG TENGAH.
  • Dan melalui DIRECT SELLING ini pula wujud lagi  Dua (2) KAEDAH PEMASARAN iaitu SINGLE LEVEL MARKETING (SLM) dan MULTI LEVEL MARKETING (MLM) yang berbeza dari segi STRATEGI PEMASARAN & PEMBAYARAN IMBUHAN yang berbeza-beza.
DEFINASI : SINGLE LEVEL MARKETING
  • SINGLE LEVEL MARKETING (SLM) adalah suatu program JUALAN LANGSUNG yang memberi IMBUHAN SECARA PENCAPAIAN PERIBADI kepada seseorang PENJUAL.
  • SLM tidak wujud tugas untuk mencari DOWNLINE seperti MLM.
  • Dan segala IMBUHAN berasal dan berbentuk pembayaran dalam bentuk BONUS JUALAN dan INSENTIF pencapaian jualan menurut susunan sesebuah Syarikat.
DEFINASI : MULTI LEVEL MARKETING 
  • MULTI LEVEL MARKETING (MLM) adalah suatu KAEDAH PEMASARAN & PENJUALAN yang BERTINGKAT di lakukan dari KETUA ORGANISASI.
  • Setiap Orang / Ahli perlu mencari DOWNLINE seperti 2 hingga 4 orang untuk melengkapkan PECAHAN RANGKAIAN.
  • Setiap Orang / Ahli akan mendapat IMBUHAN daripada Hasil Jualan sendiri dan juga daripada Hasil Jualan Downline mereka (tidak kira berapa banyak tingkatan yang ada)
  • Ahli MLM juga di bayar pelbagai IMBUHAN / BONUS / INSENTIF menurut lakaran sesbuah Syarikat.
  • Nama-Nama lain untuk MULTI LEVEL MARKETING ini adalah seperti MLM / DIRECT SELLING / NETWORK MARKETING / REFERRAL MARKETING / PYRAMID MARKETING
HURAIAN
  • Kesemua PECAHAN KAEDAH PEMASARAN & PENJUALAN yang di sebutkan adalah di bawah SATU BUMBUNG iaitu di bawah KONSEP DIRECT SELLING.
  • Yang berbeza hanyalah OPERASI PEMASARAN & PENJUALAN yang di lakukan untuk bagaimana mensasarkan dan menjual produk mereka kepada PENGGUNA.
  • Dan STRUKTUR PEMBAYARAN IMBUHAN yang di lakar bersesuaian dengan sesuatu PEKERJAAN atau TUGAS.
PERLESENAN
Kesemua KAEDAH PEMASARAN & PENJUALAN yang menggunakan KONSEP :
  • DIRECT SELLING CONVENTIONAL
  • SINGLE LEVEL MARKETING (SLM)
  • MULTI LEVEL MARKETING (MLM)
Adalah di daftar di bawah satu sahaja AKTA PERLESENAN iaitu di bawah AKTA JUALAN LANGSUNG di mana-mana Negara Dunia.


PENDAPAT UMUM
Ada juga UMUM beranggapan SINGLE LEVEL MARKETING (SLM) itu JUGA dalam MLM, tetapi anggapan itu tidap tepat kerana antara SLM dengan MLM memiliki STRUKTUR pekerjaan & tugas serta rangkaian pelanggan yang berbeza.


Ia mungkin nampak sama tetapi anda harus meneliti dengan rapi untuk mengetahui perbezaannya.

editor

No comments:

Post a Comment