Thursday, March 10, 2011

CASE STUDY #8 - Post #164

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #164


CASE STUDY #8
TIDAK MENERIMA BAYARAN & PECAH AMANAH


KES ini melibatkan sebuah Syarikat Membaiki & Menyelenggara Kenderaan yang sederhana besar, Syarikat ini tidak mempunyai apa-apa masaalah besar dan dengan cara tidak di sengajakan KISAH ini terbongkar apabila saya di minta untuk MEMERIKSA Pengurusan AKAUN Syarikat nya sebelum External Auditor melakukan semakan.


KES TERSEMBUNYI
  • Pada mulanya si Pemiik Syarikat cuba MERAHSIAKAN hal tersebut tetapi melalui PEMERIKSAAN saya dapati ada 1 AKAUN yang PEMBAYARAN nya telah TERTUNGGAK selama 6 TAHUN dengan jumlah BELASAN RIBU RINGGIT dan Akaun Pelanggan tersebut maseh AKTIF.
  • AKAUN Pelanggan tersebut datangnya dari sebuah Syarikat yang agak terkenal serta tersenarai dalam BURSA SAHAM MALAYSIA tetapi yang menjadi TANDATANYA ialah mengapa BIL yang hanya berjumlah BELASAN RIBU tidak mampu di bayar?
  • Atas mandat yang di berikan oleh si Pemilik Syarikat, saya di benarkan untuk berhubung dengan Pihak Syarikat tersebut dengan TUJUAN untuk MENUNTUT segala TUNGGAKAN PEMBAYARAN yang telah tidak di bayar dari 6 TAHUN yang lalu secara berturutan.
  • TETAPI SURAT PERTANYAAN yang saya hantar kepada Pelanggan Syarikat ini berbunyi begini :
  • "Adalah di maklumkan bahawa Syarikat kami telah menjelaskan segala bayaran terhadap bil-bil yang di tuntut dan dalam rekod kami tidak ada menunjukkan sebarang tunggakan bayaran........."
  • Dengan Surat Jawapan tersebut, KES ini semakin RUMIT dan apabila di rujuk kembali kepada Pemilik Syarikat Bengkel Kenderaan ini maseh MENGESAHKAN bahawa HUTANG tersebut maseh belum di jelaskan!
MELALUI SIASATAN SETERUS NYA
  • Saya mengambil INISIATIF untuk bertemu PEGAWAI yang berkuasa di dalam Syarikat Pelanggan tersebut dengan membawa segala BIL-BIL ASAL dan PENYATA PEMBAYARAN untuk di bincangkan dengan Pegawai tersebut.
  • Tetapi di dalam perbincangan itu, Pegawai yang menyandang Jawatan PENGURUS OPERASI KENDERAAN itu menerangkan bahawa :-
  • Syarikat nya sememangnya telah menjelaskan semua BIL-BIL yang di TUNTUT dari masa kesemasa dan mengatakan bahawa SURAT JAWAPAN yang saya terima itu adalah benar.
  • Tetapi yang tidak benar ialah, sememangnya TIDAK ADA PEMBAYARAN di lakukan kepada Syarikat Bengkel Kenderaan seperti mana yang DI TUNTUT dan Pegawai tersebut MENGESAHKAN bahawa TUNGGAKAN tersebut memang WUJUD dan di bawah pengetahuan beliau.
  • Akhirnya Pegawai tersebut meminta saya untuk membuat TEMU JANJI lain kerana beliau terpaksa menghadiri mensyuarat Syarikat, dan Temu Janji tersebut di lakukan keseokan hari nya di Pejabat yang sama.
INI PENGAKUAN BELIAU (Pegawai)
  • Dalam KES TUNGGAKAN BAYARAN ini, beliau MENGAKU telah menyalah gunakan kuasa dengan MENYELEWENGKAN WANG SYARIKAT melalui PERUNTUKKAN PEMBAYARAN kepada semua VENDOR Syarikat tersebut. 
  • Dimana beliau memiliki sepenuh KUASA melakukan segala PEMBAYARAN AKHIR.
  • Beliau telah melaporkan kepada Bahagian AKAUN Syarikat bahawa semua BIL telah di lakukan PEMBAYARAN dan kerana itu Pihak Syarikat menjelaskan sememang tidak ada Tunggakkan yang berlaku seperti yang di tuntut.
  • Beliau juga meminta saya untuk melakukan PEMOTONGAN TUNGGAKAN melalui BIL-BIL SEMASA TERKINI secara ANSURAN sehingga semua Tunggakkan itu selesai. 
  • Dan menurut perkiraan awal ANSURAN itu akan berlanjutan hingga 5 TAHUN!!!.
  • Juga meminta saya agar MERAHSIAKAN PENGAKUAN beliau dari pengetahuan Syarikat nya.
TINDAKAN SAYA
  • Setelah mendengar PENGAKUAN & PENJELASAN PEGAWAI tersebut, saya kembali merujuk kepada Pemilik Syarikat Bengkel dan memaklumkan kepada beliau apa yang sebenarnya berlaku, dan beliau terkejut kerana peluang untuk mendapatkan Bayaran Tunggakkan adalah TIPIS.
  • Dengan mandat kedua di berikan, saya membuat sekali lagi Temu Janji dengan PENGARAH BAHAGIAN AKAUN SYARIKAT tersebut dan memaklumkan dan menjelaskan kedudukan BIL-BIL YANG TERTUNGGAK.
  • Saya mengemukakan beberapa PILIHAN kepada Syarikat tersebut untuk MEMILIH bagaimana untuk menjelaskan segala HUTANG TERTUNGGAK berdasarkan segala BUKTI yang wujud, walaupun ianya berlaku kerana DASAR PECAH AMANAH oleh pegawai mereka sendiri.
TINDAKAN MEREKA (Syarikat Pelanggan)
  • Setelah beberapa Perbincangan dan beberapa Tolak Ansur, Syarikat tersebut BERSETUJU untuk MEMBAYAR segala TUNGGAKKAN TANPA SYARAT
  • Kerana mereka ingin menjaga REPUTASI Syarikat yang tersenarai di dalam Bursa Saham itu.
  • Dan saya juga di maklumkan bahawa PEGAWAI yang terlibat telah di ambil Tindakkan Disiplin serta Perkhidmatan nya telah di tamatkan serta merta.
RUMUSAN KES
  • KES ini saya KLASIFIKASIKAN sebagai KES PECAH AMANAH terhadap yang BERTUGAS di Syarikat  tersebut dan perkara sebegini tidak boleh di pandang ringan atau boleh di terima di dalam URUS TADBIR PERNIAGAAN
  • Ia bukan sahaja boleh MEROSAKKAN perniagaan VENDOR tetapi akan merosakkan juga NAMA BAIK syarikat mereka sendiri yang bertaraf sebagai syarikat AWAM dimana banyak KEPENTINGAN akan tergugat atas perbuatan tersebut.
  • Jika anda seorang PENIAGA yang mengalami KES lambat menerima pembayaran, anda harus segera melakukan siasatan awal dan jangan menunggu hingga bertahun-tahun baharu mahu menyiasat seperti KES yang di jadikan CONTOH ini.
  • KERANA di dalam Dunia Perniagaan segala KEMUNGKINAN BOLEH BERLAKU dengan apa juga keadaan yang tidak kita fikirkan.
  • Dan perbuatan atau SIKAP MELENGAHKAN TINDAKKAN SUSULAN akan hanya MERUGIKAN dan akan MEMBEBANKAN STATUS KEWANGAN Syarikat anda sendiri.
  • Juga JANGAN TERLALU meletakkan sepenuh KEPERCAYAAN terhadap mana-mana PELANGGAN secara membuta tuli, dan KENALI SUSUR GALUR JAWATAN yang wujud di dalam Syarikat pelanggan anda dengan teliti, agar jika berlaku sesuatu KERUMITAN atau MASAALAH, anda akan TAHU kepada SIAPA anda mahu atau boleh MERUJUK.
PENDAPAT PAKAR
Pertama:
  • CARA PENYELESAIAN untuk KES ini akan kelihatan sebagai TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN atau TIDAK BERTIMBANG RASA terhadap PEGAWAI yang terlibat, tetapi KES ini anda harus selesaikan menurut ETIKA PERNIAGAAN yang biasa, di mana SETIAP UPAH KERJA / PERKHIDMATAN harus DI BAYAR oleh pihak PELANGGAN, dan setiap TUNGGAKKAN di klasifikasikan sebagai HUTANG.
Kedua:
  • MERASA KASIHAN sememang nya SIFAT YANG MULIA tetapi di dalam KES ini, jika anda MERASA KASIHAN untuk melaporkan SALAH LAKU Pegawai yang PECAH AMANAH itu bermakna anda seperti BERSUBAHAT untuk melindungi perbuatan nya serta tidak sesuai untuk BERNIAGA.
  • Kerana berdasarkan SEBAB-SEBAB KES ini terjadi, Pegawai tersebut telah di kesan MENIPU MAJIKAN nya sendiri dan pihak VENDOR SYARIKAT nya dengan TUJUAN  mengambil kesempatan untuk MENGAMBIL WANG SYARIKAT dengan TIPU HELAH.
  • Ini merupakan PERBUATAN yang BERSALAHAN DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIKAT, NEGARA DAN AGAMA.
Ketiga:
CARA untuk BERTINDAK harus di ketepikan segala EMOSI PERIBADI seperti MERASA:-
  • KASIHAN
  • SEDIH
  • TAKUT
  • SERBA SALAH
  • INGIN MEMBALAS DENDAM
  • DENGKI
  • KHIANAT
Anda harus BERTINDAK dengan 100% PROFESIONAL seperti yang di unjurkan di dalam ILMU PERNIAGAAN iaitu :-
  • SETIAP YANG DI JUAL HARUS MENERIMA BAYARAN
  • DAN APABILA HAK MILIK BERTUKAR TANGAN ANTARA PENJUAL DENGAN PEMBELI SAMAADA DARI SEGI BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN...
  • ANDA BERHAK MENUNTUT PEMBAYARAN SEPERTI YANG DI PERSETUJUI.
  • LAKUKAN TUNTUTAN MELALUI LUNAS UNDANG-UNDANG YANG DI BENARKAN.
editor

No comments:

Post a Comment