Tuesday, March 08, 2011

CASE STUDY #5 - Post #161

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #161


CASE STUDY #5
PENIAGA RESTORAN
KERANA KESOMBONGAN


KES  ini saya ambil sebagai CONTOH bagaimana hanya kerana KESOMBONGAN sebuah RESTORAN kehilangan PELANGGAN dan terpaksa menanggung KERUGIAN.


FAKTA KES
LOKASI : TAMAN PERUMAHAN YANG PADAT
KELUASAN KEDAI : 24' x 90'
UBAH SUAI : SANGAT CANTIK
KAPASITI : 100 PELANGGAN SESUATU MASA


MODAL MULA : RM250,000
MASA NIAGA : 7 Pagi - 2 Pagi
PEKERJA : 15 ORANG (2 Shift)
MENU:
SARAPAN PAGI : PELABAGAI MENU SARAPAN
MAKAN TENGAHARI : NASI CAMPUR
MALAM - TOMYAM


MASAALAH UTAMA
  • Pendapatan Harian MEROSOT dari Bulan KETIGA PEMBUKAAN sehingga ke bulan KESEPULUH
  • Walaupun dengan keadaan sekitaran Restoran yang KEMAS & CANTIK.
TEORI PEMILIK
  • BERANGGAPAN Restoran nya telah terkena ILMU HITAM oleh PESAING PERNIAGAAN
  • Telah berusaha mengatasi dengan mengambil Khidmat BOMOH
  • Tetapi keadaan maseh BERLARUTAN.
HASIL ANALISA & TINJAUAN
Dari Pendapat Umum
  • HARGA untuk sesuatu MENU sedikit MAHAL dari Restoran lain
  • MENU Makanan Nasi Campur amat TERHAD sekitar 15 - 20 JENIS LAUK
  • JENIS LAUK yang SAMA pada setiap hari
  • MENU TOMYAM MAHAL dan KURANG SEDAP
Dari Penyelidikan
  • Tukang Masak Tomyam tidak MAHIR dalam Masakan THAI kerana Orang Tempatan
  • Tukang Masak LAUK Nasi Campur juga kurang MAHIR memasak
  • Pemilik yang TIDAK TAHU MEMASAK atau PASAL MASAKAN
  • Pemilik TIDAK PEKA pada KEHENDAK PELANGGAN
ADUAN UTAMA PELANGGAN
  • PEMILIK TERSANGAT SOMBONG dan suka menempelak Pelanggan jika pihak Pelanggan cuba memberi Nasihat, Teguran atau Saranan dengan cara yang kurang sopan atau biadap.
SARANAN & LANGKAH PEMBETULAN
Setelah berbincang dengan PEMILIK, beberapa SARANAN telah di ajukan untuk PEMULIHAN Perniagaan Restoran beliau, walau pada mula nya Si Pemilik bersikap NEGATIF & AGRESIF tetapi setelah di terangkan segala PUNCA MASAALAH dengan jelas, beliau mula AKUR dan bersetuju untuk melakukan rombakan.
ANTARA SARANAN
HAL PEMILIK
  • Pemilik di LARANG untuk BERINTERAKSI secara terus dengan pelanggan kerana SIKAP PANAS BARAN (cepat marah) dan kakitangan yang sesuai mengambil alih TUGAS tersebut.
  • LARANGAN ini berkuatkuasa selagi SI PEMILIK maseh belum dapat belajar untuk merubah Sikap Panas Baran dengan belajar MENGAWAL DIRI dan PERASAAN.
  • PEMILIK di berikan TUGAS untuk MENGAWAL hal-hal KEWANGAN di belakang tabir sahaja sehingga beliau YAKIN dapat mengawal PERASAAN.
MENU
  • MENU Makanan Tengahari di sarankan untuk di pelbagaikan JENIS LAUK PAUK nya dalam setiap hari, agar kelihatan BERBEZA dan Pelanggan tidak JEMU.
  • Bilangan LAUK juga DI TAMBAH daripada Maksima 20 JENIS kepada 50 - 60 JENIS termasuk ULAM-ULAM kegemaran Orang Melayu.
TUKANG MASAK
  • Tukang Masak untuk masakan lauk pauk Nasi Campur dan Tomyam DI TUKAR kepada PEKERJA BAHARU yang lebih MAHIR dan CEKAP.
  • Tukang Masak sediaada di berikan Tugas sebagai PEMBANTU.
HARGA JUALAN
  • Di rombak dan di kaji semula serta di lakar HARGA BAHARU yang SETANDING dengan HARGA PASARAN.
  • TETAPI tidak sampai menjejas KEUNTUNGAN secara keseluruhan
PROMOSI SEMULA
  • Untuk merealisasikan segala Strategi Pembaharuan, suatu PROMOSI di wujudkan untuk menarik PELANGGAN dengan SLOGAN yang menarik perhatian
  • POTONGAN HARGA ISTIMEWA di wujudkan semasa KEMPEN PROMOSI bagi Tujuan menarik Palanggan KEMBALI melanggan.
SELEPAS 6 BULAN
  • RESTORAN ini telah BERJAYA mengembalikan KEYAKINAN PELANGGAN dan di dapati 99% PELANGGAN amat BERPUASHATI dengan segala perubahan yang di lakukan. Yang terutamanya masaalah HARGA dan SIKAP PEMILIK restoran.
  • SI PEMILIK Restoran juga di dapati sudah mula dapat MENGAWAL DIRI serta lebih BIJAK ketika berhadapan dan melayan Para Pelanggan
SUDUT PSIKOLOGI
SEBAB UTAMA yang menyebabkan RESTORAN ini GAGAL MENYERLAH di peringkat AWAL PEMBUKAAN ialah kerana :
  • SIKAP SOMBONG & TINGGI DIRI
  • MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN
DI SEBABKAN OLEH FAKTOR :-
  • DIRI SENDIRI YANG SANGAT BERKEMAMPUAN DARI SEGI KEWANGAN kerana baharu sahaja mendapat WANG PAMPASAN PENCEN yang berjumlah besar.
  • Juga kerana JAWATAN TERAKHIR beliau adalah sebagai seorang yang BERPANGKAT BESAR dari Angkatan Tentera!
  • Sudah TERBIASA dengan DASAR PANGKAT & PENGHORMATAN dalam Tentera yang menyebabkan beliau JANGGAL bila berhadapan dengan Orang AWAM.
RUMUSAN
Oleh sebab itu, setiap ORANG yang mahu membuka PERNIAGAAN harus memastikan dengan TELITI faktor KEJUTAN BUDAYA KERJA yang akan berlaku jika anda sudah lama berkhidmat sebagai Anggota Berunifom.

Kerana berhadapan dengan ORANG AWAM sebagai PENIAGA, kita TERIKAT dengan FALSAFAH 
"THE CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT"
KERANA TANPA PELANGGAN, PERNIAGAAN ANDA AKAN GAGAL BEROPERASI...
INI LAH YANG SELALU DI TEKANKAN DI DALAM PENULISAN BLOG TIPsNIAGA.COM INI.

editor

No comments:

Post a Comment