Sunday, March 06, 2011

CASE STUDY #2 - Post #158

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #158


CASE STUDY #2
PENIAGA BENGKEL MEMBAIKI KENDERAAN
CONTOH KES PENIAGA B



Nama Syarikat : Mxx xxxxx  SDN BHD 
Jenis Perniagaan : Membaiki Kenderaan Bermotor
Lokasi Berniaga : Johor Selatan, Malaysia
Modal Berbayar : RM800,000
Jumlah Pekerja : 100 Orang
Memiliki : 5 Cawangan Bengkel
Overhead Costs : RM300,000 / Bulan
Pendapatan Kasar Bulanan : RM1.5 - RM2.1 Juta
Cara mendapat Modal : WANG Simpanan Keluarga

JENIS ADUAN
  • PENGARAH URUSAN SYARIKAT datang meminta NASIHAT untuk mendapatkan PANDANGAN ALTERNATIF terhadap PERANCANGAN mereka untuk MEMBUKA 3 lagi CAWANGAN di beberapa DAERAH
  • Dimana mereka telah mendapat PINJAMAN BAHARU berjumlah RM1.5 juta.
  • SEGALA Tinjauan Kawasan telah mereka di lakukan dan di dapati Kawasan-Kawasan tersebut memiliki POTENSI yang baik untuk membuka CAWANGAN mereka.
  • Dan mereka merancang untuk membuka 3 CAWANGAN tersebut secara serentak di tiga-tiga kawasan dengan PERUNTUKAN MODAL sebanyak RM300,000 untuk sebuah Cawangan.
HASIL ANALISA
Setelah di lakukan ANALISA MENYELURUH terhadap kemampuan Syarikat ini di kesemua CAWANGAN yang ada, di dapati PENDAPATAN KASAR mereka tidak begitu 
  • KUKUH di beberapa Cawangan
  • Mengalami Pendapatan yang TURUN NAIK dan tidak seimbang
  • Masaalah Pekerja yang selalu berhenti
  • Pembelian Alat Ganti yang tidak teratur serta berlainan HARGA
  • Senarai PEMBEKAL kebanyakan nya bertaraf AGENT atau PENIAGA PERTENGAHAN
  • PENGURUSAN URUS TADBIR SYARIKAT yang masih tidak konsisten
  • PENGURUSAN KEWANGAN yang tidak MANTAP kerana tidak ada yang benar-benar BERTAULIAH.
  • KEPAKARAN PEKERJA MAHIR juga terbatas
SARANAN YANG DI BERI
  • Setelah menganalisa segala KEMAMPUAN & KEBOLEHAN SYARIKAT tersebut dari pelbagai SUDUT, saya telah MENASIHATKAN kepada Pihak pengarah Urusan agar membatalkan RANCANGAN untuk membuka 3 lagi CAWANGAN.
  • TETAPI di gantikan dengan SARANAN agar di dalam 5 CAWANGAN yang sediaada DI PERTINGKATKAN segala Kemampuan & Kebolehan bagi mengimbangi KELEMAHAN yang boleh mendatangkan MASAALAH jangkamasa panjang terhadap perniagaan mereka.
  • WANG PINJAMAN boleh di peruntukkan untuk MENAMBAH NILAI segala jenis PERKHIDMATAN yang sediaada bagi tujuan meningkatkan MUTU
  • Wang itu juga di sarankan untuk MEMBELI BEKALAN ALAT GANTI yang POPULAR secara BORONG bagi mengurangkan harga pembelian dan meningkatkan Margin KEUNTUNGAN.
  • Jabatan AKAUN di nasihatkan untuk di ambil seorang AKAUNTAN BERTAULIAH sebagai langkah memperkemas URUSAN KEWANGAN.
TINDAKAN YANG MEREKA AMBIL
  • AKHIRNYA Pihak Pengarah Urusan telah mengambil KEPUTUSAN untuk meneruskan PERANCANGAN untuk membuka 3 CAWANGAN seperti yang telah di rancang lebih awal dan juga untuk memanfaatkan sepenuh nya WANG PINJAMAN yang telah di dapati.
  • Kerana beliau berpendapat langkah membuka 3 lagi CAWANGAN akan menambahkan PENDAPATAN bagi SYARIKAT secara KESELURUHAN.
  • Dimana mereka mensasarkan PENDAPATAN KASAR daripada 3 CAWANGAN ini sekitar RM500,000/ Bulan.
  • Juga akan menambah KEUPAYAAN SYARIKAT untuk berada di banyak KAWASAN dan mengambil peluang yang sediaada.
MASAALAH YANG TIMBUL 
Pertama...
  • 3 CAWANGAN yang baharu di buka GAGAL menepati SASARAN yang di rancang serta GAGAL beroperasi di Kawasan-Kawasan tersebut kerana PERSAINGAN YANG SENGIT.
  • Ini di sebabkan oleh HARGA UPAH dan ALAT GANTI dengan NILAI YANG TINGGI daripada Tawaran yang di berikan oleh Para PESAING.
Kedua...
  • 3 LAGI CAWANGAN yang sediaada juga mengalami KEMEROSOTAN PENDAPATAN, juga kerana MASAALAH YANG SAMA iaitu HARGA UPAH & ALAT GANTI
  • DALAM MASA 3 BULAN sahaja, Syarikat ini menjadi TENAT dari segi KEWANGAN dan terpaksa MENUTUP & MENJUAL 6 CAWANGAN untuk menjelaskan HUTANG TERTUNGGAK serta ANSURAN kepada PIhak BANK bagi WANG PINJAMAN.
Ketiga...
  • Dalam masa 12 Bulan yang berikut nya, Syarikat ini TERPAKSA MENUTUP SEMUA OPERASI dan PERNIAGAAN yang sediaada DI JUAL kepada Syarikat lain, sebagai langkah untuk menjelaskan WANG PINJAMAN BANK.
  • Dan akhirnya mereka kembali BERNIAGA dengan membuka SATU BENGKEL YANG KECIL.
RUMUSAN
Satu
  • PERKARA seperti ini boleh TERJADI jika seseorang PENIAGA itu TERLALU YAKIN (Over Confidence) dengan STRATEGI PERANCANGAN yang ingin di lakukan berdasarkan UKURAN  KEJAYAAN yang mereka dapati melalui 5 CAWANGAN di lain-laian Kawasan.
  • Dimana mereka TERSILAP MENTAFSIR bahawa SEMUA STRATEGI boleh di gunakan UNTUK SEMUA KEADAAN & TEMPAT atas pengalaman masa lalu.
Dua
  • Mereka juga TERLUPA FAKTOR DALAMAN dimana didalam Perniagaan yang sediaada telah BANYAK PERKARA secara tidak langsung DI ABAIKAN terutamanya DISIPLIN HARIAN dan URUS TADBIR secara berterusan.
  • Mereka juga TERLUPA dengan FAKTOR NILAI PERKHIDMATAN yang di tawarkan seharusnya BUKAN DI SANDARKAN PADA NAMA SYARIKAT yang telah banyak membuka Cawangan tetapi ia harus di Nilai dengan FAKTOR PERMINTAAN PELANGGAN.
Tiga
  • Mereka juga MENGENEPIKAN FAKTOR PENGURUSAN KEWANGAN secara BERHEMAH di dalam melakukan PERANCANGAN.
  • Diamana seseorang PENIAGA itu tidak HARUS bersifat RAKUS untuk MEMPERBESARKAN PERNIAGAAN di BAWAH KEUPAYAAN SEMASA.
  • Juga tidak memberi PERHATIAN terhadap HASIL ANALISA bagi semua kelemahan yang ada dan tidak cuba untuk mengkaji & memahami HASIL KAJIAN PAKAR.
editor

No comments:

Post a Comment