Sunday, March 06, 2011

CASE STUDY #1 - Post #157

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #157


CASE STUDY #1
PENIAGA BENGKEL MEMBAIKI KENDERAAN
CONTOH KES PENIAGA A


Nama Syarikat : xx xxxx xxxxx  SDN BHD 
Jenis Perniagaan : Membaiki Kenderaan Bermotor
Lokasi Berniaga : Johor Utara, Malaysia
Modal Berbayar : RM100,000
Jumlah Pekerja : 15 Orang
Overhead Costs : RM20,000 / Bulan
Cara mendapat Modal : GADAI TANAH KELUARGA


MASAALAH
Perniagaan maseh berjalan dengan beberapa KONTRAK dan di anggarkan boleh mendapatkan Pendapatan KASAR Pendapatan Kasar bulanan : RM 40,000 - 80,000 (Kebiasaan)
Tetapi oleh kerana MASAALAH HUTANG yang banyak, Syarikat ini tidak dapat beroperasi secara normal dan menghadapi pelbagai TUNTUTAN daripada semua KREDITORS.
  • Hutang Kreditors RM89,000
  • Hutang Peribadi RM60,000
  • Hutang KWSP RM5,000
  • Lain-lain RM12,000
  • JUMLAH : RM166,000 sewaktu Kes di lapor
HASIL ANALISA
DI DAPATI Pemilik Syarikat tidak mematuhi DISIPLIN PENGURUSAN KEWANGAN Syarikat dengan betul, walaupun menggajikan seorang AKAUNTAN.
SEBAB 1
Pemilik Syarikat ini banyak menggunakan WANG syarikat untuk membayar segala keperluan Peribadi seperti  membayar  ANSURAN :
  • 5 BUAH KERETA
  • 7 BUAH RUMAH TERES
  • KEPERLUAN & PERBELANJAAN SEISI RUMAH
  • Dimana untuk hal-hal tersebut sahaja beliau telah menggunakan RM10,000 / Bulan.
SEBAB 2
  • Cara beliau membayar Kreditors Syarikat ialah dengan MEMINJAM WANG DARI RAKAN-RAKAN secara BILA DI PERLUKAN
  • Oleh sebab itu beliau telah mengumpul RM60,000 Hutang Peribadi.
SEBAB 3
  • Apabila semua Kreditor Syarikat menghentikan PEMBERIAN KREDIT kerana HUTANG TERTUNGGAK maka Syarikat beliau terpaksa membeli semua ALAT GANTI KENDERAAN SECARA TUNAI. 
  • Ini telah menimbulkan masaalah secara HARIAN.
SEBAB 4
  • 80% PENDAPAT SYARIKAT di bayar melalui KREDIT kerana kerja-kerja di lakukan berdasarkan KONTRAK.
  • 20% PENDAPATAN TUNAI melalui PELANGGAN AWAM yang datang untuk membaiki dan menyelenggara kenderaan mereka, dan WANG ini di gunakan untuk membeli Alat-Alat Ganti secara TUNAI.
SEBAB 5
  • AKAUNTAN yang bekerja tidak dapat MEMBANTAH ARAHAN MAJIKAN didalam Pengurusan Kewangan Syarikat walaupun ia tahu Penyelewengan Kewangan dari landasan yang betul. 
  • Ini juga telah membantu MASAALAH berterusan. Alasan nya "Boss Always Right"
SEBAB 6
  • SEMUA PEKERJA di dalam Bengkel tidak memiliki SEMANGAT BEKERJA yang tinggi serta tidak berdisiplin, di mana mereka lambat datang, waktu rehat dan waktu makan tengahari mengambil masa yang panjang dari yang di peruntukkan. Dan tidak melakukan sesuatu Pekerjaan dengan cepat.
  • Keadaan ini juga telah MENYUMBANG kepada permasaalahan yang sedia wujud..
RUMUSAN KES
KESEMUA 6 PERKARA yang menyebabkan SYARIKAT ini bermasaalah, adalah berpunca dari KEKURANGAN PENGETAHUAN Si PEMILIK Syarikat di dalam URUS TADBIR sesebuah Syarikat secara BERDISIPLIN.
  • Dimana Pemilik Syarikat tidak pernah belajar CARA YANG BETUL di dalam PENTADBIRAN PERNIAGAAN dan hanya melakukan sesuatu menurut KEHENDAK SEMASA.
  • Walaupun Perniagaan nya berdaya maju dan boleh di permajukan tetapi kerana Pengurusan Kewangan yang LONGGAR telah menyebabkan perniagaan ini TERKANDAS.
  • Si Pemilik Syarikat juga TIDAK MEMAHAMI dengan JELAS perbezaan di antara WANG MILIK SYARIKAT dengan WANG PERIBADI, kerana beliau beranggapan semua Wang Syarikat adalah MILIKI nya sendiri dan tidak ada beza nya jika di gunakan oleh nya.
SARANAN & PEMBETULAN
  • KES ini telah saya tangani sendiri atas permintaan PEMILIK dan meminta bantuan untuk di pulihkan supaya perniagaan nya kembali lancar dan segala HUTANG dapat di jelaskan kerana Si Pemilik maseh belum dapat MENEBUS TANAH yang DI CAGARKAN kepada Pihak BANK.
  • Walaupun KES ini saya lihat sebagai TENAT dan SUKAR untuk di selesaikan dalam masa yang singkat, serta PELUANG PEMULIHAN adalah 50-50. Tetapi saya ambil KES ini kerana ingin MEMBANTU.
  • YANG DI LAKUKAN
Langkah 1
  • KESEMUA TUNGGAKKAN KREDIT DENGAN KREDITORS di buat Permohonan untuk Pengkajian Semula bagi mendapatkan Cara pembayaran yang baharu. 
  • Walaupun ramai Kreditors tidak menyenangi nya tetapi setelah di nasihatkan RISIKO jika Syarikat ini DI BANKRUP KAN akhirnya mereka semua bersetuju dengan pelbagai SYARAT menurut keperluan Syarikat masing-masing.
Langkah 2
  • KESEMUA PEMBERI HUTANG PERIBADI di hubungi untuk meminta PENANGGUHAN PEMBAYARAN dalam JANGKAMASA TERTENTU suapaya Pemulihan Pentadbiran Syarikat dapat di jalankan dan dapat menjana kembali KEWANGAN.
  • Mereka semua BERSETUJU setelah di jelaskan segala RISIKO jika tidak di berikan PELUANG ini.
Langkah 3
  • UNTUK JANGKAMASA 6 BULAN, Segala PENTADBIRAN & PENGURUSAN Syarikat ini di bawah URUS TADBIR saya sendiri dan Si Pemilik tidak di benarkan untuk CAMPUR TANGAN dalam masa yang di tetapkan.
  • Dan Pemilik TIDAK DI BENARKAN untuk menggunakan WANG Syarikat secara sesuka hati dari tarikh PENGAMBIL-ALIHAN KUASA.
Langkah 4
  • KESEMUA PEMBAYARAN HAL-HAL PERIBADI PEMILIK di ASINGKAN dengan segala KEPERLUAN SYARIKAT.
  • PEMILIK DI BERIKAN "GAJI TETAP" SEHINGGA TEMPUH TERTENTU.
Langkah 5
  • Melakar dan Membuat STRATEGY PERNIAGAAN yang baharu untuk Syarikat bagi mendapatkan SUMBER KEWANGAN TAMBAHAN dan tidak bergantung pada KONTRAK yang sediaada.
  • Disini KEMPEN untuk MENARIK ORANG AWAM datang melanggan bagi segala kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan mereka.
  • Di sasarkan 50% PENDAPATAN SYARIKAT melalui PENDAPATAN TUNAI
  • Kempen menarik Pelanggan di lakukan secara Agresif dengan PELBAGAI SKIM PERKHIDMATAN DI TAWARKAN.
Langkah 6

  • Semua Harta Peribadi Pemilik Syarikat di kaji semula dan dimana Harta yang tidak mendatangkan HASIL di sarankan untuk DI JUAL bagi mengurangkan BEBAN TANGGUNGAN. Dan Si Pemilik Syarikat bersetuju selepas di nasihatkan.
  • Dan HASIL JUALAN di gunakan untuk membayar HUTANG yang sedia ada.
Langkah 7
  • SEMUA DISIPLIN PEKERJAAN DI KETATKAN dan semua PEKERJA di arahkan untuk mematuhi segala PERATURAN BEKERJA.
  • Mana-mana Pekerja yang tidak mematuhi samaada di berikan AMARAN BERTULIS atau pun di nasihatkan untuk berhenti bagi memberi peluang kepada ORANG LAIN untuk MEMBANTU PEMULIHAN SYARIKAT.
  • 50% PEKERJA TELAH BERHENTI KERJA dan telah di GANTIKAN dengan PEKERJA BAHARU.
  • IMEJ SYARIKAT DI JENAMAKAN SEMULA dengan LOGO & PAKAIAN SERAGAM serta PERKHIDMATAN yang CEKAP & PANTAS di perkenalkan.
SELEPAS 6 BULAN
  • SYARIKAT ini telah berjaya MEMBAYAR HUTANG TERTUNGGAK SEHINGGA 90%
  • PENDAPATAN TUNAI MENINGKAT 200%
  • PENDAPATAN KONTRAK MENINGKAT 50%
  • SYARIKAT BERJAYA BERTAHAN & MELEPASI MASAALAH UTAMA
  • SEMUA PEKERJA BERSEMANGAT
  • SISTEM URUS TADBIR PULIH
  • PEMILIK TELAH LEBIH BERDISIPLIN DALAM HAL KEWANGAN
  • KEPERCAYAAN SEMUA KREDITORS PULIH
  • RAMAI PELANGGAN BAHARU
  • DALAM TAHUN KETIGA DI DAPATI SYARIKAT INI TELAH MEMBUKA CAWANGAN.
editor

No comments:

Post a Comment