Monday, March 14, 2011

PENGURUSAN #2 - Post #170

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #170


PENGURUSAN #2
PENGURUSAN YANG CEKAP


SEPERTI yang di sebutkan melalui Post #169, Bidang PENGURUSAN ini sangat LUAS dan meliputi SEMUA BAHAGIAN AKTIVITI KEHIDUPAN MANUSIA, samaada ia bercorak PERNIAGAAN ataupun KEHIDUPAN PERSENDIRIAN. Semuanya memerlukan PENGURUSAN YANG CEKAP.


JIKA di sentuh mengenai PENGURUSAN YANG CEKAP pula, ia akan merujuk kepada TUGAS HARIAN yang telah DI TETAPKAN untuk seseorang PENGURUS melaksanakan segala AKTIVITI di bawah pengurusan mereka. 


SIKAP PENGURUS
  • Seorang PENGURUS yang cekap akan melakukan setiap TUGAS HARIAN yang di tetapkan TANPA GAGAL kerana jika mereka gagal itu bermakna KEWIBAWAAN mereka yang menyandang JAWATAN PENGURUS akan terjejas serta menunjukkan bahawa wujud KELEMAHAN di dalam pengurusan mereka.
  • PENGURUS YANG BERJAYA akan mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh menjejas nama baik mereka sendiri, malah mereka berusaha dari masa kesemasa untuk melakukan yang terbaik pada setiap hari.
  • Malah Golongan PENGURUS adalah PENYUMBANG IDEA yang terbanyak untuk memajukan sesebuah Syarikat
  • Ini di sebabkan KAYU UKUR untuk mengukur KEJAYAAN & KELEMAHAN mereka berpandukan kepada KEMAJUAN HASIL KERJA yang mereka pamerkan.
CONTOH - CONTOH PENGURUS
PENGURUS OPERASI BAS
Contoh KECEKAPAN seorang Pengurus Syarikat BAS
  • Mereka akan segera bertindak jika di dapati ada Bas yang rosak dan tidak dapat digunakan.
  • Mereka akan pastikan JADUAL PERJALANAN tidak terjejas dengan kerosakan bas tersebut
  • Mereka akan berusaha untuk mendapatkan Bas lain jika tidak ada Bas Simpanan dengan berusaha MENYEWA dari Pengusaha bas yang lain.
PENGURUS PRODUKSI PENGILANGAN
Contoh KECEKAPAN seorang Pengurus Produksi Pengilangan
  • Mereka akan segera bertindak jika sesbuah MESIN atau JENTERA rosak dengan mengarahkan pembaikan segera.
  • Mereka akan memastikan kerosakan dapat di pulihkan dalam masa yang paling singkat
  • Mereka memastikan setiap Jurutera dan Teknisyen bekerja dan memantau segala proses pembaikan
  • Jika kerosakan amat teruk dan pembaikan akan memakan masa, mereka akan mencari alternatif lain untuk bagaimana mengelakkan Proses Pengilangan dari terhenti terus.
  • Atau jika ada Pekerja yang tidak hadir, mereka kan segera melakukan ROMBAKAN di dalam Operasi Pengilangan dengan mengubah suai Tugas Warga Kerja yang sediaada untuk mengambil alih pekerjaan tambahan.
PENGURUS PENJUALAN
Contoh KECEKAPAN seorang Pengurus Penjualan
  • Mereka akan segera bertindak jika pada hari-hari tertentu SASARAN JUALAN di bawah JANGKAAN dengan mengadakan Post Mortem terhadap masaalah jualan
  • Mereka akan mencari sebab-sebab sesuatu Jualan menjadi lembab dan mencari penyelesaian segera
  • Mereka akan memastikan setiap Anggota Jualan bekerjasama dan produktif secara kumpulan
  • Mereka akan bertindak jika di dapati ada Anggota Jualan yang tidak produktif
  • Mereka akan memastikan setiap SASARAN JUALAN dapat di lakukan dan di tepati
  • Mereka akan merasa TERCABAR jika HASIL JUALAN MENURUN
APA YANG BOLEH KITA PELAJARI
  • KETIGA-TIGA CONTOH PENGURUSAN yang di jadikan contoh menunjukkan bahawa seseorang yang menjadi seorang PENGURUS akan sedaya upaya untuk menjayakan segala TUGAS & TANGGUNGJAWAP yang di berikan dan akan memastikan segala PERANCANGAN DAPAT DI LAKUKAN.
  • Walaupun JENIS atau SEKTOR PEKERJAAN yang berbeza TETAPI mereka mempamerkan SIKAP YANG SAMA iaitu CUBA MENEPATI SASARAN.
  • Inilah MUTU bagi seorang PENGURUS yang menguruskan sesebuah JABATAN / BAHAGIAN yang CEKAP, dan jika sikap sebegini di pamerkan oleh PENGURUS yang anda miliki di dalam Perniagaan anda, mereka akan membantu perniagaan menjadi MAJU.
RUMUSAN
SEPERTI yang telah di jelaskan di Post #169, KEJAYAAN & KEGAGALAN sesuatu PERANCANGAN PERNIAGAAAN akan bergantung kepada SIAPA PENGURUS yang MENGURUSKAN PERNIAGAAN TERSEBUT?
  • Jika Pengurus tersebut sangat berkaliber dan berkebolehan dan berkemahiran maka segala masaalah dan rintangan akan dapat di atasi segera dengan menggunakan KEBIJAKSANAAN yang di miliki oleh seseorang Pengurus dan Program Perlaksanaan dapat di teruskan dengan jayanya.
  • Berlainan HASIL nya jika seseorang PENGURUS itu bukan dari jenis yang berkebolehan atau tidak berkemahiran di dalam banyak HAL-HAL PENGURUSAN, maka apa yang boleh mereka lakukan ialah MENIMBULKAN BANYAK MASAALAH dan BUKAN MENYELESAIKAN MASAALAH.
editor

No comments:

Post a Comment