Saturday, March 05, 2011

TINDAKAN & IMPLIKASI #9 - Post #155

TIPsNIAGA.COM -Chapter2-Post #155


TINDAKAN & IMPLIKASI #9
AKAUN BANK SYARIKAT


AKAUN BANK SYARIKAT adalah AKAUN yang di gunakan untuk MEMASUKKAN & MENYIMPAN segala PENDAPATAN dan WANG KELUAR MASUK PERNIAGAAN.


Sepertimana yang telah di sentuh melalui banyak Posting yang lalu dan AKAUN BANK SYARIKAT harus di kendalikan dengan CARA atau PROSEDUR yang BETUL agar ianya tidak BERCANGGAH PENGGUNAAN dan PENYIMPANAN nya.


TETAPI maseh ada lagi USAHAWAN atau PENIAGA yang tidak MEMBUKA AKAUN BANK SYARIKAT atas NAMA SYARIKAT, mereka menggunakan AKAUN atas NAMA SENDIRI untuk di gunakan sebagai AKAUN BANK SYARIKAT.


BAGAIMANA IA BERLAKU
Dalam PENDAFTRAN SYARIKAT yang di lakukan, mereka MENGGUNAKAN NAMA SENDIRI sebagai NAMA SYARIKAT seperti :-

  1. AHMAD AWANG BIN SELAMAT
  2. BALAKRISHNAN S/O RAMASAMY
  3. WONG KAI LENG
  4. STEPHEN VICTOR MORIS
  • APABILA Nama Syarikat menggunakan NAMA sendiri maka AKAUN BANK SYARIKAT juga akan menggunakan NAMA YANG SAMA.
  • Ini banyak berlaku di dalam NAMA SYARIKAT yang di daftarkan sebagai HAK MILIK PERSAORANGAN atau SOLE PROPRIETORSHIP
  • Ada juga Nama Syarikat menggunakan Nama Lain tetapi WANG KELUAR MASUK PENDAPATAN SYARIKAT di masukkan ke dalam AKAUN PEMILIK SYARIKAT.
  • Ini di terima oleh Pihak BANK kerana HAK MILIK SYARIKAT di miliki oleh PEMEGANG AKAUN BANK.
IMPLIKASI NEGATIF
Menamakan NAMA SYARIKAT atas Nama Diri Sendiri sememang nya BAIK dari segi PENJENAMAAN dan mudah untuk di kenali oleh Orang Ramai. Tetapi langkah ini akan memberikan KESAN NEGATIF di dalam PROSES PENGENDALIAN AKAUN BANK.
  • Pemilik Syarikat akan sukar untuk mengawal dan membezakan di antara AKAUN untuk Pendapatan & Penggunaan Wang Syarikat dengan Pendapatan & Penggunaan Wang Peribadi JIKA mereka hanya memiliki SATU SAHAJA AKAUN BANK.
  • Dalam kebanyakan KES, ramai Peniaga seperti ini tidak tahu atau tidak mahu untuk membezakan akaun dan akhir nya mereka mengalami pelbagai masaalah di dalam PENGAWALAN KEWANGAN PERNIAGAAN dan PERIBADI.
  • Yang paling sukar ialah di dalam Proses Pengistiharan Sumber Pendapatan untuk membayar CUKAI kepada kerajaan.
  • Pihak Pembekal atau Kreditor juga kurang selesa untuk berurusan dengan CEK yang menggunakan NAMA SENDIRI kerana memiliki RISIKO TINGGI. Dimana melalui STATISTIK BANK, banyak AKAUN seperti ini memiliki MASAALAH KEWANGAN.
RUMUSAN
  • Sebagai USAHAWAN & PENIAGA, perkara pertama yang harus anda lakukan ialah JANGAN menggunakan Nama Sendiri untuk mendaftar Syarikat Perniagaan. 
  • Anda maseh boleh menggunakan NAMA TAMBAHAN di hujung NAMA ANDA jika maseh mahu meletakkan NAMA SENDIRI.
  • Jika anda menggunakan Nama Sendiri untuk Nama Syarikat, PASTIKAN anda MEMBUKA AKAUN BANK yang BERASINGAN untuk di gunakan sebagai AKAUN BANK SYARIKAT. Langkah ini akan menyelamatkan anda di dalam jangkamasa panjang.
TIPS
PASTIKAN ANDA MENAMBAH NAMA PERKATAAN PADA NAMA ANDA BAGI TUJUAN PENDAFTRAN SEPERTI :-
  • AHMAD AWANG NASI LEMAK HOUSE
  • BALAKRISHNAN CURRY HOUSE
  • WONG KAI LENG NOODLES HOUSE
  • STEPHEN VICTOR MORIS MAKAN HOUSE
DAN JIKA TIDAK MAHU MENAMBAH PERKATAAN, PASTIKAN AKAUN SYARIKAT DENGAN AKAUN PERIBADI MENGGUNAKAN AKAUN YANG BERLAINAN.

editor

No comments:

Post a Comment