Thursday, March 03, 2011

TINDAKAN & IMPLIKASI #6 - Post #152

TIPsNIAGA.COM -Chapter2-Post #152


TINDAKAN & IMPLIKASI #6
MEMINJAM WANG UNTUK PUSINGAN MODAL


RAMAI PENIAGA melakukan PINJAMAN WANG untuk menambah WANG PUSINGAN MODAL jika perniagaan mereka menemui masaalah atau kegagalan berjalan lancar.


PERSOALAN
  • Adakah TINDAKAN melakukan Pinjaman Wang Modal Pusingan ini di galakkan atau ia hanya akan membawa permasaalahan yang lebih besar?
  • Ramai pula yang melakukan Pinjaman atas DASAR SAYANGKAN Perniagaan mereka, kerana mereka terlalu SAYANG untuk menutup perniagaan yang telah gagal, tetapi perasaan SAYANG itu boleh mengakibatkan pelbagai lagi masaalah yang tidak di jangka.
PINJAMAN MELALUI
  • Bank 
  • Institusi Kewangan Perdagangan (Merchant Bank)
  • Institusi Bantuan Kerajaan
  • Institusi Koperasi Perniagaan
  • Institusi Kewangan Swasta
  • Institusi Kewangan HARAM (Along)
  • Pinjaman PERIBADI dari Sahabat Handai
ALASAN
  • Ramai yang memberi ALASAN bahawa Pinjaman yang di lakukan itu untuk melakukan SUNTIKAN MODAL TAMBAHAN agar segala kegawatan di dalam perniagaan dapat di atasi segera
APA YANG TIDAK DI AMBIL KIRA

  • Ramai Peniaga tidak melakukan KAJIAN mengenai SEBAB UTAMA KEGAGALAN PERNIAGAAN sehingga KEHABISAN WANG PUSINGAN
  • Dan tidak pula membuat KIRA-KIRA untuk mengetahui KEMAMPUAN sebenar PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN dalam TEMPUH yang tertentu
Apabila sesuatu PINJAMAN BAHARU di lakukan TANPA mengambil kira FAKTOR tersebut, akan berlaku pelbagai lagi masaalah yang lebih rumit seta lebih kronik di masa yang akan datang

IMPLIKASI NEGATIF
Apabila tidak ada GARIS PANDU berapakah ANGKA SEBENAR untuk PEMBAYARAN BALIK dari KEMAMPUAN SEBENAR PENDAPATAN PERNIAGAAN, akan wujud :-
  • Masaalah membayar balik wang pinjaman dalam tempuh yang di persetujui
  • Apabila pembayaran balik TERTUNGGAK sekali atau dua kali, maka itu sudah menjadi masaalah yang lebih besar untuk bagaimana mencukupi JUMLAH jika mahu membayar nya di lain bulan
  • Jika pembayaran tersebut kelewatan dan tertunggak lebih dari 4 KALI maka kemampuan untuk membayar nya menurut KADAR yang DI MAMPU sudah tidak ada lagi. Ini bermakna HUTANG BERTAMBAH 
  • Adalah lebih BURUK dan BAHAYA jika PINJAMAN tersebut di buat melalui ALONG dimana akan wujud UNSUR JENAYAH, KEKERASAN dan PELBAGAI UGUTAN jika pembayaran balik tidak di tepati pada waktu nya
  • Jika melalui Institusi Kewangan yang di iktiraf maka anda akan menghadapi Tindakan Di Mahkamah sebagai TUNTUTAN daripada pihak mereka.
IMPLIKASI POSITIF
  • Jika segala nya telah di buat perkiraan yang TELITI dan TAHU berapa KADAR KEMAMPUAN untuik membayar balik, maka PINJAMAN seperti ini akan membuahkan hasil seperti yang di jangkakan
  • Dimana ramai juga Peniaga yang berjaya mengatasi masaalah dengan melakukan Pinjaman untuk Pusingan Wang Modal
RUMUSAN
  • PARA PENIAGA di nasihatkan agar JANGAN melakukan sebarang PINJAMAN WANG jika anda dapati bahawa Perniagaan yang sediaada itu TIDAK ada KEMAMPUAN untuk membayar balik WANG PINJAMAN berdasarkan 10% DARI NILAI PENDAPATAN KASAR HARIAN atau BULANAN.
  • Jika Pendapatan Harian anda sebanyak RM500 Sehari x 30 hari = RM15,000 Sebulan. 
  • Dan RM15,000 x 10% = RM1,500
  • Jika KADAR BAYARAN BALIK melebehi RM1,500 sebulan, maka itu bermakna anda TIDAK MAMPU untuk membayar nya dengan secara tetap.
  • Jika anda teruskan juga, anda akan menemui MASAALAH seperti yang telah di terangkan di atas.
TIPS
AMBIL PERHATIAN
  • NILAI 10% adalah dari Pendapatan Kasar
  • Adalah 25% dari Nilai KEKUNTUNGAN BERSIH PENDAPATAN setelah di tolak segala jenis PERBELANJAAN.
  • 25% NILAI UNTUK DI KIRA dari 40% MARGIN KEUNTUNGAN dari PENDAPATAN KASAR
  • INI CONTOH PERKIRAAN UNTUK MARGIN KEUNTUNGAN DALAM SEKITAR 40%
  • ANGKA 25% DARI NILAI KEUNTUNGAN BERSIH ADALAH UNTUK MEMASTIKAN ANDA TIDAK MENGGUNAKAN KLESEMUA KEUNTUNGAN DALAM MEMBAYAR HUTANG
  • DIMANA BAKI 75% UNTUNG BERSIH ADALAH UNTUK WANG KESELAMATAN JANGKAMASA PANJANG DAN PEMBAHAGIAN UNTUK PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN
SEBAIK MUNGKIN 
IALAH MENGGUNAKAN PENDEKATAN BERHEMAH DENGAN MEMBUAT PILIHAN UNTUK MELAKUKAN JENIS PERNIAGAAN LAIN DENGAN WANG PINJAMAN TERSEBUT. 
SEBAGAI LANGKAH MENGURANGKAN RISIKO KEGAGALAN BERTERUSAN.


INI MEMBAWA MAKSUD 
ANDA TERPAKSA MENUTUP PERNIAGAAN YANG SEDIAADA JIKA DI DAPATI TIADA POTENSI UNTUK PULIH.

editor

No comments:

Post a Comment